Oct 30, 2008

MELAYU ROCK @ MELAYU BATU

Al-Baqarah:23

"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar".

Bila kali terakhir kita baca Al-Quran? 3 minit lepas? 3 hari lepas? 3 minggu lepas? 3 bulan lepas? 3 tahun lepas? Atau, entah aku dah tak ingat bila kali terakhir? Sebab Al-Quran bukan penting pun, alah..... tak khatam Al-Quran pun Bill Gate boleh jadi billionare, malah lebih permurah hati dari orang yang dah berbillionare kali khatam Al-Quran. Bukan kenyang pun kalau bace Al-Quran, lagi menyusahkan adelah, sudahlah bahasa Arab kalau bahasa Melayu okey jugak.


Tak payah baca pun gaji aku tiap-tiap bulan jalan jugak. Bini aku tetap lawa juga(he he he). Anak-anak tetap macam tu, hantar ajer pergi kelas kafa, janji boleh kenal huruf, cukup. Sekurang-kurangnyer bila masa baca yasin takdelah memalukan aku. Heh. Al-Quran, ape ade? Cerite nikah kawin boleh la. Hukum? Kalau zaman tok kadok dulu boleh la cerite. Inikan negara demokrasi, masyarakat majmuk, orang Islam bace seminggu sekali cukuplah.


Ahh... malas, fikirlah nak kena ambil wudhuk, lepas tu aku bukan boleh duduk lama-lama, sengal, tengok t.v lain la boleh juga aku baring-baring. Heh.
Janji, aku tak kacau orang lain, orang lain nak buat apa pun biarlah, mati kubur asing-asing. Buat semak kepale aku ajer, nak fikir tentang politik lagi, tentang minyak lagi, tentang anak bini lagi, aku takde mase nak baca-baca Al-Quran nie, tolonglah. Kalau pergi solat Jumaat pun aku boleh 'head banging', adui cukuplah. Rasa-rasa aku dah tua nanti, aku taubatlah, mulalah pakai kopiah, lepak-lepak kat surau. Macam la tak faham.

Yaasiin:69

"Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan."


9 comments:

  1. pelajaran dan peringatan..tq ingatkan sy dan beri pendidikan agar terusdilidungi rAhmat allah..nazirul

    ReplyDelete
  2. Tersirat & tersimpul...yang pergi surau kebanyakannya golong RTM (Rehat Tunggu Mati) dan kumpulan KRU (Kumpulan Rambut Uban)...

    ReplyDelete
  3. Mcm mana tak pedulikan AQ banyak sangat AF lah AJL lah dan mcm2 A lagi yang menjauhkan dari AQ

    ReplyDelete
  4. Ramai orang anggap AQ ni tuntutan Agama. Sebab tu tak nak baca.

    Kalau diorg nampak AQ ni tuntutan ILMU, mesti hari-hari nak baca. Tapi nak buat macamana..baca bukan faham pun.

    Asyik2 cerita pasal laut. Matahari. Gunung.

    "Sesungguhnya telah Kami buatkan bagi manusia dalam Al Quran ini setiap macam perumpamaan supaya mereka dapat pelajaran."

    Surah Az-Zumar ayat 27.

    Terima kasih en Pendekar kerana tulis menulis.

    ReplyDelete
  5. mekasih dek... blog adek ni banyak memberi kesedaran pd akak....

    ReplyDelete
  6. insaf jap sy baca entri ni awk. huhu. klw nak kira, sy dh byk lupa surah2 yg sy penah hafal dulu. :(

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Anonymous, Allah Maha Berilmu, fahami dan tetap konsisten memahami.....sampai mati tetap menerima ilmu Allah...mardhotillah

    Happiness, heh....perkara yang kita biasa dengar dalam hati......

    orangbukit aku mencari hati emas....

    RAHISAM RAMLI, tapi kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai....he he he AF tak bersalah..... kita jugak yang lalai...

    xz, surat Allah untuk mengeluarkan manusia dari gelap ke cahaya.....tapi kalau tak faham dan susah nak faham, takut nanti terbalik, heh mengajak pula kegelapan...

    sepi, kasih diterima....he he he, selagi darahku mengalir, selagi itu tulisanku takkan pernah berakhir...

    diya, insaf ler lamer2 sikit.... hu hu hu, lebih utamanya memahami ayat2 cinta Allah wahai diya....

    ReplyDelete
  8. salam...

    Yaasiin:69

    "Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan."

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete