Oct 24, 2008

TIADA TAJUK

Aku yang mencari sinar abadi
Dalam dakapan Illahi
Terkadang aku lupa diri disini bukan untukku
Terkadang aku lupa diri hari ini bukan untukku
Berkali-kali diingatkan namun masih membatu
Bukan kerna tidak tahu tapi ego dan jalan buntu


Aku yang mencari jalan abadi
Berhadapan manusia yang tak mahu memahami
Tentang perjuangan hakiki
Tentang ikrar azali
Di hina, dimaki, aku tetapkan begini
Terus mengejar cinta abadi



Apa yang menyesakkan jiwaku
Cahaya ini mahukan pengorbanan
Yang terkadang aku kelu memikirkan
Kerna terlalu besar untuk aku korbankan
Namun jauh dilubuk hati
Aku mengerti
Keyakinan bukan hanya kata-kata
Harus disulami usaha


Siapa lagi yang mampu lakukan?
Kerana ramai yang hingusan.
Kerana ramai tidur dicengkam kebosanan


Siapa lagi yang mahu lakukan?
Awalku hilang, kekasihku pulang
Semuanya sekadar menunggu dibelakang


Tanah ini perlukan pejuang
Harus aku yang teruskan
Kerana ramai yang terkekang
Dihalang mengejar cahaya abadi

8 comments:

  1. Heh....

    Cume nak melepaskan ketegangan.....heh

    ReplyDelete
  2. "Keyakinan bukan hanya kata-kata
    Harus disulami usaha"


    Faith is not belief. Belief is passive. Faith is active.
    - Edith Hamilton

    ReplyDelete
  3. wah. awk pandai tulis puisi ye... diya rs tajuk yg sesuai ngan puisi ni.. Mencari Sebuah Hakikat

    hehe. memandai je ni, since awk tak letak tajuk utk puisi yg best ni :D

    ReplyDelete
  4. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    pada xz dan diya, terima kasih kerana bertandang ke kakisyurga...

    xz, yup bro, rumah takkan jadi kalau setakap cakap nak buat rumah, kena ada pelaksanaan.....heh.

    diya, sesuke je bagi tajuk... he he he aku dah letak tajuk die, tajuk die 'TIADA TAJUK'. heh

    ReplyDelete
  5. pelaksanaan....nazirul

    ReplyDelete
  6. salam...

    Al Maa'idah:50.

    "Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?"

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete