Nov 9, 2008

KEBENCIAAN MELAYU KESOMBONGAN ISLAM

Aku pelik kerna manusia saling benci-membenci, salah-menyalahkan. Semua perkara tidak betul, hanya dirinya sahaja yang betul. Umat Islam diajar untuk membenci Israel, katanya golongan inilah yang memporak-perandakan umat manusia sekarang ini. Umat Islam diajar membenci Amerika, katanya orang-orang Amerika sukakan keganasan, membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa di Afghanistan, Iraq dan mahu pula menghancurkan Iran. Maka habislah barangan dari Israel dan Amerika diboikot(tapi yang lawaknya sampai sekarang Mc Donald dibuka, siap 24 jam lagi), maka habislah segala teknologi serta ilmu mereka tidak di terima.


Kalau di Malaysia, wujud pula kebencian disebabkan berlainan parti politik, apa sahaja parti berlainan politik buat semua salah, partinya sahaja yang betul. Meningkatnya sikap ego, tertutup untuk menerima teguran saling merasa bangga dengan apa yang ada pada dirinya. Maka haram bertegur-sapa, haram menjalinkan hubungan silaturrahim, haram mengadakan pertemuan dan perbincangan(setahu aku khinzir haram, heh, lari tajuk).


Yang berserban benci pula pada yang berambut perang, katanya jangan didekati nanti boleh masuk neraka. Maka terus hanyutlah anak-anak, terus meningkat pula kebencian mereka, hingga makin jauh dengan Islam. Kalau boleh station television dibakar kerana menayangkan banyak perkara hiburan dan melalaikan, maka timbul pula kebencian pada hiburan, itu salah, ini salah semuanya salah. Meruap-ruap kebencian mereka hingga seakan berkata, duduk berzikir di masjid sahaja 24 jam, konfirm masuk syurga.


Apa kesudahan benci-membenci ini? Dapat duit? Dapat syurga dengan membenci? Dan yang paling kronik apabila kerana sikap benci, mereka-mereka ini kembali berperangai kebudak-budakkan. Walaupun suara aku belum sampai keseluruh pelosok dunia, tapi pada yang membaca 'entry' kali ini, aku memohon, tinggalkan sikap benci-membenci, sebarkan budaya toleransi dan perdamaian, carilah persamaan, dan murnikanlah kecintaan.

16 comments:

  1. aiman pun sedy skang sb kawan kawan saling bergaduh...membenci sesama mereka...hurmm

    ego buat mereka jadi begitu..

    ReplyDelete
  2. jgn ada benci..
    -hny

    ReplyDelete
  3. Sebab Allah ajar, syaitan itu musuh kamu yang nyata. Ikut syaitan, masuk neraka. Ikut Muhammad s.a.w. masuk syurga.

    Allah yang ajar ada syurga, ada neraka. Bukan kita pandai pandai.

    Allah ajar:tunjukkan kami jalan yang lurus

    Allah ajar: benci syaitan

    Kalau tak mau benci syaitan, ikutlah syaitan.

    macam mana nak kenal syaitan?apa yang bertentangan dengan ajaran Allah itulah syaitan.

    Contoh: Allah suruh sujud (sembahyang), syaitan tak mau sujud.

    Anda pilihlah. Risalahnya telah sampai. pilihan buat sendiri.

    Tetapi orang yang taqwa kepada Allah akan tetap BENCI syaitan.

    ReplyDelete
  4. membenci itu menatijahkan kepada kebenciaan dunia..rugi sekali jika 'mereka-mereka' lari kerana silap dalam berhikmah..melayu ini terkenal dengan kelembutan..jika dibelai lembut mudah diikut berbanding sergah garang..tak gitu pendekar?

    ReplyDelete
  5. Nak komen dah boleh komen...aritu ada masalah teknikal dari blogger tu yang takleh komen.TQ

    ReplyDelete
  6. Benci, sayang, kasih, suka..semuanya perasaan yang ada dalam diri secara semulajadi. Ia boleh jadi negatif, ia boleh jadi positif..bergantung pada situasi dan keadaan dan cara mana kita mengendalikan perasaan-perasaan itu. Benci kepada kejahatan lantas meninggalkannya merupakan sesuatu yang positif. Membenci sesama kaum muslimin tentulah negative dan ini lah yang dimaksudkan oleh saudara pendekar dalam artikelnya di atas. Di antara sesama muslimin, sepatutnya ada perasaan kasih dan sayang walaupun kadang-kadang berlaku perselisihan pendapat tapi perselisihan itu tidak akan sampai menimbulkan kebencian di hati masing-masing. Apabila berlaku perbalahan di antara kamu, maka kembalilah kepada al Quran dan as Sunnah kerana sesungguhnya Quran dan Sunnah saja yang dapat menyatupadukan kita sesama umat islam.

    ReplyDelete
  7. sebarkan salam perdamaian dan budaya tolenransi agar suatu masa nanti kita semua akan mengerti..nazirul

    ReplyDelete
  8. salam...setuju sekali...kita kena berubahh...jgn sentiasa negative, tunding menunding jari. Dalam Islam sendiri pun mengajar kita saling sayang menyayangi...Rasullullah telah menunjuk contoh yg baik..walau di caki maki, tetapi Baginda melayan musuh dgn baik sehingga ada yg memeluk Islam kerna sikap Baginda itu..tapi msykt hari ini sungguh sedih. Ahli agama pun siap kutuk mengutuk....

    ReplyDelete
  9. Heh. Apa nak hairankan saudara..

    Orang Islam kita ni memang cepat EMOSIONAL. Sebab xnampak sebab rasional, melainkan "Allah yang suruh".

    Semua terpaksa, main ikut2 saja. Bila berdakwah mula pelik sebab apa org xterima.

    Siapa yang nakkan agama yang mengajar KEBENCIAN? Lebih2 lagi bila agama itu mengaku maksudnya 'sejahtera'.

    Jiwa penuh dgn kebencian mana mungkin sejahtera. Tetapi jiwa yang penuh dengan ilmu, rasional dan taqwa..that's something else.

    ReplyDelete
  10. Sokong kat tirana tu... Senang betul nak komen, ekk??

    ReplyDelete
  11. Benci membenci sudah bermula dari zaman Habil dan Qabil lagi. Ini adalah penipuan syaitan, yang merasakan kitalah individu dan kelompok yang lebih baik dari individu dan kelompok yang satu lagi.

    ReplyDelete
  12. Quote pasal ISRAEL dan AMERIKA.

    Kenapa umat Islam kena boikot?
    Tepuk dada tanya iman. Selak sejarah. Tambah lagi banyak tafsir yg mengatakan kenapa Israel ni patot diboikot? Nak tulis panjang lebar kang macam hijack blog sedara.

    McDonald/ Starbucks maju sebab apa?
    Sebab kita kurang ilmu pengetahuan. Nak makan silakan. Tapi kalau org2 tahfiz/ alim ulama', mana ada dia mau makan makanan segera ni?

    So bak kata Nabil. Lu Pikir La Sendiri.
    Sekecik apa yg kita boleh tolong umat seagama kita di Palestin/ Iraq dan seluruh umat Islam di Moro dsbnya, tolonglah waima mengelak makan di McD sekalipun.

    ReplyDelete
  13. jauh lagi nak cari titik persamaan,apparently..

    -hny

    ReplyDelete
  14. oh!
    dan
    tak boleh la nak ajak mkn lempeng di McD :]

    :P
    -hny (lagi)

    ReplyDelete
  15. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Aku bersaksi tiada sembahan melainkan Allah dan aku bersaksi Muhammad itu utusan Allah.

    DIAlah yang telah mengutus RasulNya petunjuk dan Deen yang benar untuk dizahirkanNya atas segala Deen, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai.

    Terima kasih berjutaan terima kasih pada yang meninggalkan komen, moga Allah memberkati kalian.

    akuduniaku, maka aiman harus menjadi pendamai, menyebarkan budaya toleransi dan damai. cari pada mereka titik persamaan dan jangan sekali2 mencari perbezaan.

    Hamirdin b Ithnin, aku nie agak bebal sedikit maka boleh Prof. tunjukkan ayat atau hadith yang berkaitan menyatakan Allah menyuruh manusia membenci syaitan? tolong yer. sebab aku cari takde pulak Allah suruh benci syaitan.....jangan ikut langkah syaitan aderlah.....sekali lagi tolong yer....

    dan andai ada pun maka kenapa manusia pula yang harus kita benci? manusia bukan syaitan, merekakan ada pendengaran, penglihatan, dan hati???,

    aku tidak kata tindakkan mereka yang melanggar etika kemanusiaan betul, tapi bila kita mengembalikan kebencian mereka dengan kebencian, seakan memaki prinsip mereka, seakan memaki sembahan mereka.

    Al An'aam:108. Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.

    (p/s yang tak mahu tunduk itu Iblis bukan syaitan)

    (p/s tolong baca dengan intonasi yang rendah bukan dengan intonasi amarah. Al-Quran itu ilmu, maka jadikan disini sebagai wadah ilmu, he he he)


    Ibnurashidi, aku tabik spring ngan bro!!! itulah yang mahu aku sampaikan, aku doakan bertambah-tambah penduduk dunia yang berfikiran seperti Ibnurashidi.....


    Tirana, betul sis. harus kita ingat Al-Quran bukan cuma untuk kita tapi untuk semua manusia, maka kita buang rasa benci, cari kembali titik persamaan, budayakan kedamaian, sebarkan toleransi......bukankah Allah itu Al-Muhaimin, tegar kita pula membawa porak-peranda, siapa kita mahukan kebencian???


    Nazirul, harus mengerti dan pasti....


    arsaili, tolong aku sebarkan rasa kecintaan manusia sesama manusia dan manusia dengan Allah. sampaikan salam pada sahabat2 di bumi kanggaroo...heh.


    xz, kita yang mengubah sejarah sahabatku, maka sejarah ini harus ditukar, pendirian kebencian harus ditukar, terpulang pada kita menghisab ketetapan yang Allah kurniakan.(pssss...yang cepat emosi yang berjiwa nisa', yang berjiwa rijal bisanya gunakan akal)Heh. Semakin hari ramai pulak Nisa' berjiwa rijal dan rijal berjiwa nisa'. he he he.....


    Tie, kak Tie ngelat......he he he, kirim salam ngan patric starfish....he he he.


    Pok Li, benar tapi hanya Qobil yang membenci Habil, maka tidak boleh kita gunakan perkataan benci-membenci jika kebenciannya sekadar satu hala sahaja.....heh. tidak pernah sekelumit lansung Habil membenci saudaranya hingga nyawa tergadai masih terus mengangkat bendera kedamaian.


    taichee~, Allahkan Al-Af'fuu....maka kita manusia sahabatku, apa daya kita untuk saling musuh-bermusuhan, saling benci-membenci, dan tidak memaafkan??? Siapa kita sahabatku???

    Tapi jika itu prinsipnya pegang sekuat-kuatnya, keluarkan kebencian yang memnbuak-buak, keluarkan lagi Amrozi yang baru, bom lagi kelab malam, bom lagi JW Marriot, ITU HASIL KEBENCIAN. bagi semua makhluk benci pula pada kita......itu yang kau mahu sahabatku??????

    Lu pikirlah sendiri......(bukan kata Nabil, nie kata aku).


    Hny, sis masakkan ajerlah lempeng untuk aku....he he he, memang jalan mendaki lagi sukar....tapi atas puncak semuanya nampak, jelas.....he he he.

    ReplyDelete
  16. salam...

    Al Hujuraat:13.

    Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete