Nov 12, 2008

KERA---JAAN---MELAYU

Ali 'Imran:26.
Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Maka ambil air embun pada tiap-tiap malam Jumaat, cukup satu baldi, baca ayat diatas 33 kali, kemudian minum, 'confirm' boleh jadi pemimpin dan boleh membentuk kerajaan. Kalau tidak berhasil juga ulang dari langkah pertama tapi buat tiga baldi, baca 99 kali minum dan mandi terus, jamin kalau tak dapat jadi PM boleh jadi YB, tak pun ketua kampung bergantung pada keikhlasan. Heh..........


Sebelum benar-benar mahu menjadikan Islam sebagai dasar untuk membentuk sesebuah kerajaan, tanyakan pada setiap jiwa rakyatnya, sudah kenal Allah belum? Jika setakat baca Yasin malam Jumaat, kemudian ramai-ramai berzikir belum masih lagi mengenali Allah. Kerana orang-orang yang beriman jika disebut nama Allah gementar hatinya dan bertambah keimanan. Sudah gementar? Nah kalau belum gementar jangan cerita hendak buat negara, hendak buat kampung pun belum tentu jadi. AsamaulhusnaNya sudah melekat dalam jiwa?


Jika setakat baca blog, baca akhbar, berbual di kedai-kedai kopi, cerita nak jadikan tanah ini sebagai negara Islam, baik masuk raja lawak. Lakukan sesuatu secara konsistan, walaupun pada kaca mata kita nilainya kecil. Tanam sedalam-dalamnya rasa cinta pada Allah dalam jiwa raga anak-anak kita dalam jiwa raga keluarga kita. Himpunkan kembali jasad-jasad yang benar-benar memahami kebaikkan menzahirkan sistem Islam.


Bina kembali Institusi Pendidikan yang benar-benar mampu mengarahkan generasi akan datang siap dengan kekuatan mental dan fizikal, siap menggantikan kepimpinan yang sedia ada. Bangunkan dan jana kembali ekonomi rakyat hingga mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa perlu bergantung pada mana-mana institusi kewangan. Siapkan dan rancang secara berjemaah, mencari kembali titik persamaan dalam berprinsip dan beragama, hingga benar-benar wujud persatuan yang menghormati diantara satu dengan yang lain. Bukti dan hasilkan sesuatu kerana kata Allah dalam Al Bayyinah ayat pertama:

Orang-orang ingkar yakni ahli Kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahwa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya/prinsipnya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata,

10 comments:

  1. kukuh kan pendidikaan dan jana ekonomi..
    ZUL JALA WAL IKRAM....YANG MAHA MENGUASAI SEMUA KERAJAAN.

    ReplyDelete
  2. Maka ambil air embun pada tiap-tiap malam Jumaat, cukup satu baldi, baca ayat diatas 33 kali, kemudian minum, 'confirm' boleh jadi pemimpin dan boleh membentuk kerajaan. Kalau tidak berhasil juga ulang dari langkah pertama tapi buat tiga baldi, baca 99 kali minum dan mandi terus, jamin kalau tak dapat jadi PM boleh jadi YB, tak pun ketua kampung bergantung pada keikhlasan. Heh..........

    suka btul baca part nih.. cuba lepas ni mandi bunga pulak!

    ReplyDelete
  3. Artikel ni sesuai diberi baca pemimpin PAS dan PKR. Kalau dalam lagu tema bukan main lagi menyanyi...Bersatulah wahai kaum Muslimin...tapi bila Pak Lah nak bermuzakarah (Muqabalah) apa jadah lagi punya istilah...selamba je si bongok Nik Aziz tolak...ini ke dikatakan bersatulah wahai kaum Muslimin? Politik bangsat yang menggunakan agama sebagai landasan menghalalkan cara..

    -anti hipokrit-

    ReplyDelete
  4. Banyak orang nak buat, cuma xtau caranya...

    Jadi diorang pun buatlah yang terbaik ikut apa yang mereka faham..itu lebih elok dari xberbuat apa2..

    Encik Pendekar sebut mengenai pendidikan, mental etc...memang bunyinya mudah.

    Tapi yang paling sukar ialah MEMECAH KEEGOAN PIMPINAN untuk ikut cara lain (selain dari apa yang diorang nak).

    Sometimes our wants will override our needs.

    ReplyDelete
  5. Seruan ni utk siapakah agaknya? Untuk kita, rakyat marhaen? Siapalah kita utk mengubah sistem pendidikan dan ekonomi negara tercinta ini? Kita cuma boleh berusaha mengikut kemampuan diri sendiri shj..Sepatutnya seruan ini dipanjangkan kpd mereka2 yg duduk & bekerja di Putrajaya tuu..

    Kalau nak tunggu semua org Islam kat M'sia ni jadi baik, baru nak laksanakan sistem Islam, entah bila agaknya, sdr pendekar? Sedangkan masa zaman nabi, zaman para sahabat, dll ada juga umat Islam yg ingkar, yg menyeleweng, dll. Itu sudah sunnatullah sejak dari zaman Nabi Adam a.s. lagi..Yang penting sistem & dakwah itu perlu saling lengkap-melengkapi..

    Kepada anti-hipokrit tu, jgnlah emosional sgt. Sepatutnya kita tau kenapa Pak Lah panggil utk muzakarah selepas PRU12, sebab partinya sudah hampir kecundang, ditolak oleh majoriti rakyat M'sia. Selepas PRU11 dulu, ada dia panggil muzakarah..sengih sampai ke telinga..hmmm politik orang terdesak..

    ReplyDelete
  6. salam...anonymous kt atas tu pun hipokrit jugak..klu brani letak la name sndiri...bg email ke,URL blog ke..klu xde blog create la..free je..sedap gigi die je ckp org cmtu..nik aziz tolak psl ape???psl dulu pas dh kna kencing ngn umno ni...bangang punyer komen..sori la KAKI SYURGA..sy x sokong umno pn x kata cmtu kt org umno..sume kt ats komen sikit punyer cantik..tp anonymous ni bikin panas je..wassalam.

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Moga kalian diberkati Allah.....

    NAZIRUL MUBIN, Segala-galanya harus tunduk padaNya, tanpa banyak alasan.

    alif-mikail, heh tapi aku selaku manusia yang berakal rasa timbul tanggungjawab.

    Azlin Hashim Aku dah test tapi tak menjadi pulak.....heh

    -anti hipokrit-, bro, first time jenguk kaki syurga ka??? heh..... kita disini tak pandang bulu bro tak kisah UMNO ker, PAS ker, DAP ker yang kami pandang semuanya manusia semuanya ada hak dan hak manusia dimuka bumi ini mengikut putaran fitrah semulajadi manusia......ok bro, never do this again bro......he he he.Sebarkan budaya toleransi dan perdamaian...

    xzEGO PIMPINAN hanya Allah sahaja yang akan pecahkan, kita? usaha kearah membangunkan jiwa raga bangsa ini.

    orangbukit, seruan ini untuk yang punya jiwa yang besar, yang punya jiwa rijal yang memahami erti iman, hijrah dan jihad, yang mengerti jihad dengan Al-Quran(25:52) paling besar, yang takut pada Allah.....

    lakukan apa yang bisa kita lakukan, orangbukit.... jika Muhammad mampu mengubah bangsanya mengapa kita tidak? bukankah sudah ditinggalkan pada kita pusakanya, Al-Quran dan sunnah? terpulang pada kita samaada masih mahu mengulangi kesilapan2 yang sama atau mahu lakukan perubahan pada bangsa ini......

    ubah pemikiran kita dahulu, benar2 menghadapkan wajah kita pada Deenullah......

    Unrestmind, tenang bro, he he he, hadapi dengan senyuman, bebudak memang fikir macam tue....he he he, maka kita yang matang hadapi dan tunjukkan pula uswah yang terbaik(matang??) heh.....

    Mak Su,, Sememangnya manusia diciptakan dengan keadaan susah payah.......

    Tanx All.......Mardhotillah

    ReplyDelete
  8. salam...

    Ali 'Imran:26.
    Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete