Dec 5, 2008

MELAKA, MALIK, MALAIKAT......heh

Ar Ra'd:11.
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

Hari ini aku nak berkongsi-kongsi tentang malaikat. Maka jika ada salah dan silap mohon perbetulkan. Hehehe. Salah satu dari rukun iman kita ialah beriman kepada malaikat, dengan erti kata lain percaya dan yakin kepada kewujudan makhluk yang Allah ciptakan ini yang melakukan kerja-kerja yang unik(bagi aku), termasuk membantu Allah menata alam dan menjaga serta memperhatikan manusia.


Tapi kenapa pula Allah perlukan malaikat, padahal Allah itukan Maha Berkuasa, Maha Memerhati, hah! Sudah. Jika tersalah pandang seakan memperlihatkan Allah tidak berupaya menata alam sendiri dan mentadbir serta menjaga manusia sendiri, hah! Sudah ;-).


Allah Maha Berilmu, dan ilmunya meliputi segala macam aspek, termasuk cara hidup atau sistem alam ini. Di sini Allah mahu mengajarkan pada manusia bahwa untuk mentadbir alam perlu berjemaah, walau sehebat mana kita tetap perlu melakukan sesuatu perkara dalam berjemaah. Bukan masalah terlepas pandang atau tidak mampu melakukan, akan tetapi bila melakukan kerja yang secara berjemaah akan meminimakan kesilapan (dan sampai satu tahap tidak ada kesilapan).


Disini juga Allah mengajar tentang pembahagian tugas dan pengkhususan(peh! dulu aku tidor mase subjek perdagangan...heh). Manusia perlu ingat bahwa untuk menzahirkan sistem yang haq juga perlukan pengkhususan dan pembahagian tugas. Ada yang perlu menaikkan pendidikan, ada yang perlu menaikkan ekonomi dan banyak lagi. Untuk melancarkan dan melicinkannya pula perlu ada garis panduannya iaitu Al-Quran serta contoh praktikalnya iaitu Sunnahrasul.


Melihat dari hasil kerja yang telah dilakukan oleh Muhammad s.a.w, baginda juga mengadakan koordinasi yang cukup mantap dan melakukan pembahagian tugas serta pengkhususan. Hingga ada yang tidak hijrah ke Yathrib tapi masih mendanakan para mujahid, contohnya seperti isteri baginda sendiri yang bertungkus lumus menaikkan ekonomi umat pada ketika itu. Khadijah pernah berkata 'Jika habis hartaku, aku relakan batang tubuhku menjadi titian untuk umat Islam berhijrah'.

Animated Pictures Myspace Comments


Dari malaikat juga dapat kita ambil pelajaran bahwa dalam melakukan tugas harus wujud ketaatan pada pemimpin. Melaksanakan tugas tanpa pernah mengeluh dan mengalah dan sentiasa bersabar dalam melaksanakannya, kerana mereka tahu kerja yang dilakukan dengan 'istiqomah' baru akan menghasilkan sesuatu yang berqualiti.


Allah telah menciptakan kita cukup bagus dan manusia merupakan ciptaanNya yang paling agung, hinggakan manusia mampu mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Kita yang mencipta sejarah. Maka pada sahabatku Aboo, tingkatkan kesabaran dan belajarlah dari para malaikat. Mardhotillah.

Ali 'Imran:146.
Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak menyerah. Allah menyukai orang-orang yang sabar.

12 comments:

  1. Persembahan yang menarik. Cuma nak tanya apa kaitan Melaka tu... :)

    ReplyDelete
  2. salam jumaat abang ittewww.. sama samalarr kiterr tingkat kesabaran macam malaikat..

    ReplyDelete
  3. Niatkan kerja kita sebagai ibadah kepadaNya dan segala ujian adalah proses mematangkan diri dan fikiran..
    "Reality is complex. Sometimes, there are many aspects of the same issue, many ways to solve the same problems"

    Delegation of works..focus, focus, focus..

    p/s: Apa rewards utk iklan los dan foun tu???

    ReplyDelete
  4. Pendekar!

    KES1:Pergi solat Zhor/Asar - Aboo,mengular!
    KES2: Ajak budak baru buat drawing - Aboo,bossy!
    KES3:Aboo tgk engineering skill kat engineering section - Aboo,selalu kuar isap rokok!

    Well...bkn pe! Gua duk bergelut dgn si kapir tempat gua keja ni. Celaka siot..main2 politik plak! Ada back stabber plakk...Si kapir2 nak kejar apa?Gua pun taktau..Boss plak,main tonyoh je kepala gua...Bengang jugak!Tp..Sabar!

    Tu pasal,gua mtk khidmat nasihat pasal sabar. Well...Nice jugak!

    Sabar tak bermaksud kita takut!

    Roger,Pendekar!

    ReplyDelete
  5. delegation...tiada apa pun yg sia2

    ReplyDelete
  6. ishhh,mata den cukup sensitip nama perkataan MELAKA ni. tak puas ati dibuatnye...hahahaha

    Apa2 pun apa kene mengenanya entri ni ngan MELAKA plak ni. konpius den

    setiap apa yang Allah cipta, ada maksud yang tersirat. Cuma, manusia kadangkala tak perasan..atau buat2 tak perasaan.

    Setiap perkara yg dibuat mesti ada sikap tolong-menolong...kalau duk sorg2..byk keje plak yg terbengkalai

    kalau sorg berhutang, bayo reramai yerk...huhuhu

    ReplyDelete
  7. termiss plak...gambo lembu/seladang bertanduk beso tue...sempena raya Korban ni ker...hehehe

    ReplyDelete
  8. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Pok Li & Jawahir, he he he, aku nak semua fikir, mana datang perkataan MELAKA, ho ho ho, jika menurut sejarah banyak pendapatnya, dan salah satu dikatakan dari perkataan 'MALAKAT', yang kata dasarnya 'MALIK' beerti penguasa/raja, hehehehe, berkait rapat juga dengan MULK, iaitu kerajaan/negara.

    MELAKA didirikan bukan dengan akal fikiran peribadi, tetapi secara jemaah dan mengadaptasikan wahyu Allah. Didirikan dengan menaikkan sistem Islam, diatur jajahan kekuasaan dan di perintah oleh organisasi yang benar2 tersusun, terpimpin dan wujud juga pengkhususan dalam pemerintahan...... mardhotillah.

    en_me, salamzz kembali, moga kita dapat sedikit pelajaran walaupun sedikit....heh

    kuchalana, tanx bro, heh, aku pun suker gak(suka menyakat orang) hohohohoooo.

    orangbukit, heh, betul2, kena baiki niat, dan fokus serta istiqomah. Aku nak bagi harta yang paling tak ternilai kalau ada sesiapa yang jumpa lembu tanduk besar kesayangan aku tu..... harg harg harg

    Aboo, Ah engkau bro! sesuker cakap diorang kafir... hohohoo, bukan kafir, buta huruf, hehehehe. Kafir beerti ingkar. Macam mana sahabat2 kita nak ingkar kalau Al-Quran belum sampai lagi. heh. lainlah dieorang dah tahu dan jelas tentang Al-Quran pastu tolak bleh ler nak kate kafir...hohoohohooo

    Bro! Sabar jer, maner2 tempat pun samer jer. Lantak aper orang nak kate janji kita yakin kita betul. heh. Roger.

    Mak Su, kerna ciptaan Allah bukan sia2. dan aku yakin pelajaran dalam Al-Quran pun bukan sia2.

    arsaili, tanx.....

    Jawahir termiss plak, heh lembu tu memang hilang, hohohooo, aku memang tengah cari saper2 jumpe ade hadiah aku nak bagi.

    ReplyDelete
  9. sabar buakn mengurut dada kian,,,hehehe tq pendekar

    ReplyDelete
  10. salam...

    Ar Ra'd:11.

    Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete