Nov 27, 2008

MELAYU YANG SATU...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sahabat yang dirahmati Allah, terkedu aku membaca tulisan saudara Kamal Affandy Hashim, maka aku dengan berbesar hati mewarwarkan pula apa yang terbuku dalam jiwanya, dengan harapan ada yang mampu menghulurkan bantuan. Ihsan sebagai manusia yang punya perasaan.




"Telah 15 tahun berkhidmat, rupanya jalan ini masih lagi berliku. Dah terbalar kulit, dah tercalar belulang tetapi keadaan masih tetap samar. Cabaran yang ditempuhi berbaur; luka, duka, hiba.


Sesungguhnya, tidak ada yang lebih menyayat dan dahsyat. Sesungguhnya tidak ada kemuliaan dan harga nyawa insan. Hanya sahaja semangat juangku yang masih utuh kalaupun jasad ini sudah lama mengadu lusuh.


Apakah tidak ada yang melihat kematian adik-adikku? Apakah tidak ada yang tersiat perasaan? Atau adakah airmata pura-pura masih lagi lebih bermakna dari kematian mereka yang padahnya sia sia?


Perjuangan itu menuntut pengorbanan! Perjuangan ini memerlukan korban! Nah!!!!!!!Ambillah diriku menggantikan mereka!!!!!


Kalau selama ini kalian tidak tahu, aku terpaksa berhadapan dengan wajah wajah hipokrasi dunia sepanjang perjalanan ini. Bercakap berkobar kobar atas nama manusia tetapi orang2 ini yang sama menghalang segala usaha mengurangkan jumlah mangsa.


Setiap kali mesyuarat, ada sahaja yang tidak kena kalau aku yang berbicara. Kalaupun mataku layu menyiap segala macam kertas kerja, aku masih tidak akan berjaya menyakinkan mereka bahawa manusia ini ada nyawa dan nyawa itu berharga! (Sedang yang lain datang lenggang sahaja dan mereka pasti berjaya.)


Nah, lihatlah duniaku yang penuh pancaroba;


Mereka boleh ke sana ke mari keliling dunia di atas kerusi empuk kelas utama. Aku?eh, kita tiada bajet untuknya! Jangan kata kelas utama, ekonomi pun bak suatu yang berdosa untuk diluluskannya. Mereka bisa sahaja ke mana mana kerana apa apa sahaja. Aku?kalaupun untuk ilmu-eh,kita tiada bajet untuknya!Aneh2 sahaja jawapannya.


Kalaulah bukan demi bangsaku dan adik-adikku yang tidak lagi bernyawa ini, pasti akupun lama kecundang sepertimu. Kalaulah kau kenalan2ku berada di tempatku, sudah lama kau menarik diri dari menjadi abdi tamadunmu sendiri.


Kalau kau menjadi aku, sudah lama kau hilang hormat pada orang orang tertentu. Depannya seolah membantu, belakang masyarakatmu dialah seteru sedangkan kau menyangka mereka ini pembela nusa! (Aku sudah lama berhenti menghormati mereka kerana fananya mereka pada dunia)


Kepada kenalan2ku, kalau kau mahu membantuku, carikan aku segera sesiapa dari kenalanmu yang benar-benar mahu membantu mengangkat kembali martabat nyawa. Bukan untukku tetapi demi adik adikku supaya kematian mereka terbela.


Sudahlah hidupnya dahulu merana, matinya masih terseksa rupanya".


P/s minta jasabaikmu mewarwarkan kepada semua kenalanmu kalau kalau mereka turut ingin membantu- Public Bank 4007852927

kamal fnd hashim 019-210 9999

http://kamalfndhashim.blogspot.com

2 comments: