Dec 10, 2008

MARI MEMBAKAR

Assalamualaikum……bro Pendekar

Sempena ketibaan ibadah Korban ni, saya nak tanya satu persoalan mengenai MERCUN.

Baru-baru ni saya terbeli buku kecil ni yang berupa teguran dengan dalil al-quran dan dalil hadeeth yang dijadikan sandaran yang selalu kita tak prihatin sangat. Yg disusun oleh Ustaz Zakaria Talib. Buku biasa jer. Fotostat. Ustaz tue cakap modal kecil jer dia pakai. So, sy tertarik dengan kata Syeikh Abdul Qadir Mahmud al-Qadahi yang mengatakan:

“Bunyi mercun itu adalah suara ifrit, suara syaitan. Orang yang main mercun ini ialah orang majusi (org sembah api). Jin syaitan pun kejadiannya dari api” Ada apa-apa pengesahan ke bro, dalil Al-Quran ke, dalil hadeeth ker?

Jawab dlm blog ye bro, semoga pembaca dapat iktibar dan memudahkan kastam dan sewaktu dengannya menjalankan kerja.

p/s: sy bukak blog ummuhani.com, sekali ada entri ‘senyuman syahid’ sekali ngan gambar (Indonesia). Makin blurr plak sya rasa.

Makasih….. Salam Eidul Adha

Jawahir


Maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk aku masukkan ke dalam entry, maklumlah perut penuh dengan rendang daging korban, tangan nie 'maleh' sikit nak menulis. Hehehe. (Sebelum tu, aku merepek sikit tulis entry kali nie sebab masih kekenyangan. hohoho)


Mungkin betullah kot bunyi mercun macam suara ifrit, tapi dahsyat betul sampai boleh dengar suara Ifrit, belum pernah pulak aku dengar suara Ifrit, sebab aku hanya manusia biasa, yang aku tahu spesis syaitan sahaja yang mampu dengar suara spesis syaitan. Ho ho ho ho.


Orang kita nie banyak menggunakan perumpamaan, yang merunsingkan jika apa yang diumpamakan tidak diambil pelajaran tapi diterima terus 'bentuknya' dan terus diletakkan sebagai fakta. Contoh tentang mercun, memang salah main mercun dan boleh memudharatkan diri serta berlakunya gangguan awam(bunyi). Maka untuk menyatakan ianya larangan adakala sukar difahami, maka ramai para sahabat menggunakan perumpamaan seperti yang disebutkan. Berbalik pada kita bagaimana untuk memahaminya, tidak ada di dalam Al-Quran dan hadith yang sahih(kalau sesiapa jumpa tolong info), bahwa bunyi mercun seakan suara Ifrit. Hehehehe


Kemudian tentang fakta orang yang main mercun orang Majusi, aku rasa kena dikaji semula kerana mercun bukan dicipta oleh orang Majusi dan tidak ada perayaan orang Majusi yang melibatkan mercun.



Manakala tentang gambar senyum syahid, hehehehehe, tengoklah dan lepas tu tengok pula link yang kat bawah tu, bezakan sendiri. Bukan setakat senyum malah siap tak reput. Heh. http://www.youtube.com/watch?v=0dRm_1OG4oE


Apa yang ingin aku sampaikan, jika senyuman ketika mati dijadikan ukuran maka ramai lagi yang mati bukan dalam agama Islam tapi tetap tersenyum ketika mati. Banyak faktor menyebabkan mereka ini tersenyum dan nampak seakan tersenyum, atau disenyumkan, dan jangan pelik pulak yang ditembak tiga orang yang tersebar gambar senyum cuma Amrozi, yang lain??? hehehe. awat yang lain tak syahid pulak ker? Semoga mereka menerima apa yanag mereka usahakan. ;-)


P/s :- aku memang tidak akan meletakkan sebarang fatwa untuk korang prinsipkan, dan tujuannya untuk semua pembaca menilai sendiri, membuat kesimpulan dan letakkan prinsip sendiri..harg harg harg mardhotillah. .


*nie tiada kena-mengena dengan entry, dan tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati*

Alkisah ada tiga mayat di salah satu bilik mayat sebuah Rumah Sakit di New York. Ketiganya dari negara yang berbeza. Yang satu warga negara Amerika, satunya Belanda dan yang satu lagi Afrika. Anehnya ketiga-tiganya mati dalam keadaan "tersenyum".


minigun



Dengan penuh persoalan si penjaga bilik mayat bertanya pada doktor yang menghantar ketiga jenazah tersebut.


Penjaga bilik mayat: "Doc, mengapa si Amerika ini meninggal dalam keadaan tersenyum?".


Doktor: "Oh, dia kena serangan jantung ketika sedang berasmara".


Penjaga bilik mayat: "Lalu kenapa dengan si Belanda?".


Doktor: "Dia kena serangan jantung kerana terkejut ketika mendapat loteri jutaan dollar".


Penjaga bilik mayat: "Bagaimana cara si Afrika ini meninggal, doc?".


Doktor: "Disambar petir".


Penjaga bilik mayat: "Hah?!... tapi kenapa dia tersenyum?"


Doktor: "Ooh... sebab kilatnya disangka sinar kamera. Dia fikirkan bahwa ada yang sedang mengambil gambarnya".

11 comments:

  1. kadang2 main mercun ok (kot?!)..meriah, seronok, makan asap.. :P
    tapi..
    kalo main kat tempat tertutup (i.e perkarangan lif rumah yang ada lif), lepas tengah malam..
    ish !! :( :( :(
    boleh mati sbb heart attack wo!!(mati tak senyum kot?!)

    :P
    ...

    اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينابسـوء الخاتمة

    :)
    -hny

    ReplyDelete
  2. hmm...dah tengok video ni..tq.. tapi diorang buat ape kat mayat ni ek.. yang mati tahun 300 something pun x reput..rr..mang depa x tanam ke mayat2 ni..huh.. salaam

    ReplyDelete
  3. Serasa gua.. tak ada dalil atau nas yang mengatakan mercun itu haram disisi ugama kita..
    (Maafkan gua kalau tersilap fakta..)

    Kita sendiri yang meletakkan hukum haram itu padanya.. Tapi, gua rasalah.. (pendapat je ni..) mercun tu melalaikan dan membazir.. Jadi apa hukumnya kalau membazir?.. Faham-faham sendirilah.. Jangan pulak pegi bom rumah gua pasal salah beri pendapat..!! Ini cuma pandangan dari gua yang masih lagi jahil.. Tak tau banyak tentang ugama.. Maafkanlah gua..!!

    ReplyDelete
  4. salam bro...slmt hr ry qurban..klakar la kisah si afrika tu mnggal....hahahahohoho..k la wassalam

    ReplyDelete
  5. hahaha...gua cm nak gelak jer baca entri kali ini

    pe2 pun makasih la jawap soalan den tue...lagi satukan bro, bole x delete email den tue. Bukan apa cukup malas nak layan apa2 email drpd org yg x dikenali. Sekadar keselamatn sahaja.

    Lepas ni, boleh la den main mercun.

    Apa la gunanya raya tanpa mercun...huahuahua

    ReplyDelete
  6. Nak main mercun ke, meriam buluh ke, mainlah at your own risk, kalau cedera sila jumpa doktor, boleh masuk suratkhabar, tivi, baru popular..hehe
    Anak kastam, anak polis, anak doktor pun main juga..

    Apa-apapun, syiar Islam patut diutamakan..takbir & tahmid kepadaNya..

    ReplyDelete
  7. sampai tahap macam tu sekali ke...pasni xde la nak main mercun lg...kalu bleh same2 la kita siasat kebenarannya...

    ReplyDelete
  8. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Hny, betul lah tu, memang best main mercun, kasi bakar, tapi kan lebih bagus duit tu korang derma kat aku dari beli mercun hohohooooo.

    bazLa'
    Santa Agnes dari Montepulciano
    Santo Alphege
    Santo Amphilochius dari Pochayiv
    Santa Angela Merici
    Santa Angela dari salib kudus
    Hamba Tuhan Angelina dari Spoleto
    Hamba Tuhan Anna Marie Taigi
    Para Santo Anthony, John, dan Eustathios
    St. Benedict Moor
    St. Bernadette-visionary dari Lourdes
    Hamba Tuhan Betrando de Genies
    St. Catherine dari Bologna
    St. Catherine Labouré
    St. Catherine dari Siena
    St. Cecilia
    St. Charbel Maklouf
    St. Charles Seeze
    St. Clare dari Assisi
    St. Clare dari Montefalco
    Hamba Tuhan Dominic Barberi
    St. Francis Xavier
    St. Gaspar Louis Bertoni
    Hallvard Vebjørnsson
    Blessed Imelda
    St. Isidore Petani
    Hamba Tuhan Jacinta Marto
    St. Jane Frances dari Chantal
    St. Job dari Pochayiv
    St. John Bosco
    St. John Jacob dari Hozevit
    St. John Vianney
    Hamba Tuhan Josaphata Hordashevska
    St. Joseph dari Cupertino
    Santa Juliana Falconieri
    St. Louis Orione
    St. Louise de Marillac
    Hamba Tuhan Margaret dari Castello
    St. Margaret Mary (Marie Alacoque)
    Hamba Tuhan Maria Angela dari Astorch
    Santa Maria Crucificada
    Hamba Tuhan Maria de Jesus dari Ágreda
    Hamba Tuhan Maria de Jesus Torres
    Hamba Tuhan Maria de San Jose
    St. Maria Francisca Illagas

    ini diantara mayat2 paderi dan sister yang sudah ditanam dan gali semula yang masih elok jasad mereka dan tidak mereput.

    jika di ambil statement dari pihak gereja memang tidak diawet, hehehehe, jika difikir secara logik memenag tak logik, tapi cuba kita fikirkan bahwa Islam, Kristian, Buddha atau Hindu perlu di teliti apa yang sebenarnya yang mahu disampaikan sama ada satu dasar untuk mensejahterakan umat manusia atau sekadar agama anutan yang punya unsur-unsur luar logik?

    Pena Keris, memang tidak diharamkan waima kalau diharamkan macam rokok pun manusia nie buat tak tau jer, terpulang pada kita sebenarnya macam mana nak membezakan antara yang haq dan bathil. hehehe

    Unrestmind he he he, tu la pasal.

    Jawahir, weh... raya, raya, tapi pernah tak kita fikirkan apsal kita kena raya...... hohohhohoo

    orangbukit, hehehehe, correct correct correct, alangkah bagusnya kalau ramai yang punya pandangan macam orangbukit, aman dunia.... hehehehe

    BurungBelatuk, ;-), aku kene bukak syarikat penyiasat persendirian...... hehehe

    ReplyDelete
  9. Saya rasala hukum pasal mercun ni mmg xde dalil direct. Tapi kalo diikutkan, kalo mengikut proses ijtihad yang betul (contohnya), tak hairan kalau mercun ni diharamkan.

    Bukanlah sebab membazir (entertaining tu..), tapi sebab memudaratkan. Entahla..

    ReplyDelete
  10. salam...perdamaiann

    ReplyDelete
  11. salam...

    manunsia hidup di bumi ber Al-Quran...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete