Dec 29, 2008

BUKAN SI LEBAH

Al 'Ankabuut:41.
Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat sarang. Dan sesungguhnya tempat yang paling lemah adalah sarang labah-labah kalau mereka mengetahui.


Salam ma'al hijrah, terus kita meninggalkan 1429 melangkah setapak lagi menuju tahun 1430 hijrah. Maka banyaklah ucapan, janji, dan azam diprinsipkan, ditabur, dan seperti biasa bila masuk pada tahun baru akan datang semuanya berkubur kembali.


Kita merayakan dengan pelbagai cara, dan semestinya rapat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, maka kayalah penyanyi-penyanyi nasyid, kembali padatlah poket mereka. Akan tetapi yang menarik hati aku adalah tentang logo ma'al hijrah kita, saksikan dan perhatikan dengan tenang.

Pastinya niat pereka logo ini baik, dan antara sebab diletakkan sarang labah-labah pada latarbelakang logo ini untuk diingatkan kembali kisah hijrah Muhammad s.a.w dari Mekah ke Yathrib(dikatakan Muhammad selamat ketika bersembunyi di dalam gua yang ditutupi sarang labah-labah).


Namun jika diperhatikan dalam Al-Quran seperti ayat diatas, Allah mahu kita mengambil pelajaran dari sarang labah-labah, kerana sarang ini terlalu mudah dimusnahkan, bergantung pada banyak tempat, keluar dari hasil cerna(proses seakan najis), dibina pada tempat-tempat yang buruk, lama dan tidak lagi dihuni manusia, manakala si labah-labah sendiri tidak tinggal di sarangnya, sekadar menunggu mangsa terperangkap barulah disedut intipatinya.


Banyak pelajaran yang boleh kita ambil dari kisah labah-labah, umat Islam contohnya ketika ini hidup dan melaksanakan sistem atau aturan atau negara seperti sarang labah-labah, rapuh, senang dimusnahkan, bergantung pada kuasa-kuasa lain(tidak berdikari), hasil dari yang tak diperlukan lagi(dah kenyang baru salur pada masyrakat), negaranya bukan dalam kalangan negara yang maju(buat negara di tempat yang orang tinggalkan).


Manakala pemimpinnya tidak rasa memiliki negaranya(sense of belonging), sekadar dijadikan sebagai tempat untuk memerangkap mangsa(cari makan), sudah diperangkap tidak dimakan tapi disedut perlahan-lahan, disedut dengan segala macam cukai, segala macam tol dan akhirnya rakyat seperti mayat hidup, di luar nampak jasadnya namun kosong dalamannya.


Saling bergaduh seperti labah-labah yang apabila berjumpa dengan labah-labah yang lain pasti timbul pertelingkahan(tiada persefahaman), waima duduk dalam satu parlimen atau satu parti masih wujud jurang perbezaan. Senjatanya diletakkan di hadapan, ditayang-tayang kekuatan namun semuanya sekadar retorik belaka.


Maka memang layaklah logo kita berlatar belakangkan sarang labah-labah......hehehe

16 comments:

  1. sangat mengesankan...

    hehehehe... lebah... bukan labah labah

    ReplyDelete
  2. catatan yang lain dari yang lain ^^

    ReplyDelete
  3. Hmmm boleh diambil ikhtibar.

    ReplyDelete
  4. kesian labah-labah tue yerk...=p

    Salam maal Hijrah & Hepi New Year

    nota tumit kaki: terkesan.....

    ReplyDelete
  5. Semoga hijrah ini tidak menjadikan kita seperti labah-labah.

    ReplyDelete
  6. Salam Ma'al Hijrah dan moga umat Islam terus menjadi umat terbaik

    ReplyDelete
  7. Hehe...

    Apalah nasib menjadi labah-labah...
    (Saya dah lah geli dengan labah-labah)
    Takper, apa pun labah-labah tak bersalah, eheh...

    Selamat tahun Baru 1430H!

    ReplyDelete
  8. hehehe..ada lawak yang berpengajaran mendalam di sini..lepas ni nak buat logo kena lebih mengkaji dulu dari segala sudutnya..hehehe..tak boleh nak buat apa lah.sebab memang dah ditonjolkan pada logo tu..huhuhu.idea hang memang selalu berbeza..thanx so much..
    salam maal hijrah..memang akan terus berazam.walaupun bukan tahun baru.moga2,aku dapat lakukan apa yangtelah diazamkan..penting walaupun dah berapa kali sebut cakap dan jemu mendengar..hehehe

    ReplyDelete
  9. Persoalannya : Adakah kita mengambil pelajaran dari ayat tersebut?

    Diharapkan kita sama-sama kembali kepada jalan dan petunjuk yang benar iaitu Al-Quran dan menjadikan ianya satu azam paling kuat untuk Tahun Baru ini.Terima kasih kerana berkongsi. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. 1 lagi yang bleh kita ambl tentang kebesaran Allah swt...bagaimana dgn benda yang lemah seperti sarang labah2 Allah dapat mengalahkan kaum quraisy...asal ada takwa di hati tiada mustahil nusrah Allah sampai kepada kita wpun tanpa asbab yang kuat...

    ReplyDelete
  11. hi abang pendekar ittewww, salammmz maal hijrahhh weiii..

    ReplyDelete
  12. Saya rasa laba-laba. Cuba baca;

    http://korban-demokrasi.blogspot.com/2008/07/selingan-berat-rumah-laba-laba-baitul.html

    Tapi memang asyik mem'baca' blog nie.

    Tahniah Tok Pendekar dari Tok Pakir.

    ReplyDelete
  13. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    ku tak sempurna, hehehe, lebah yang comel.

    DAMAI, yang berbeza jika kita tak sama, tak sama kerana kita sendiri tak mahu cari yang sama, hohohhoho(aper yang aku merepek nie labu)

    Tie, ambil kak jangan tak ambil tak payah bayor pun.... hehehe

    Jawahir, salam kembali.....

    Pok Li, aminnnnn...

    RAHISAM RAMLI, aminnnn....

    BalQis, awat geli plak, dan die memang tak salah, cuma sekadar mengambil pelajaran.... hehehe, salam kembali....

    fahana_ann, ;-) aku sedang cari macam maner nak buat logo kakisyurga, keh keh keh, uhuk...uhuk...uhuk...(banyak tul gelak)

    Wira, selamat berbahagia ke anak cucu....

    PIANED, hohohohho, boley plak cam tu yer... keh keh keh...

    en_me, hallo, slamat dan slamzz kembali, taun 2009 tangkap lagi gambor2 yang best2.

    Tok Pakir, wokeh, roger.......

    ReplyDelete
  14. hang buat..tak pun nak tolong aku buatkan..boleh jugak..tapi royalti lebihlah..kena imagine habis tapi confirm tak dapat.. boleh menang pertandingan logo antarabangsa...em,tak pun..bukak penyertaan...memang tak habis gelak sebab tak sape dapat bayangkan..kuikuikui

    ReplyDelete
  15. lebah yang berkerjasama...bak kata wonderpets yang penting berkerjasama heheehe...

    ReplyDelete
  16. salam...

    Al 'Ankabuut:41.

    Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat sarang. Dan sesungguhnya tempat yang paling lemah adalah sarang labah-labah kalau mereka mengetahui.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete