Dec 20, 2008

LANGKAH YANG PASTI (BAH. 1)

Hari ini masuk hari yang kesembilan aku berdialog dengan seorang mualaf, berkahwin diusia muda, menganut Islam kerana perkahwinan dan cuba untuk memahami Islam. Aku terlalu kesian dan tersentuh jiwa bila mendengar bahwa dia terkapai-kapai tidak tahu kemana hala tuju.


"Ustaz saya nak tanya soalan tambahan boleh?" sambil mengesat anak matanya yang tidak berair, mungkin dia cuba untuk menahan sebak bila ada yang mahu berkongsi pendapat.


"Jangan panggil saya ustaz, saya manusia biasa saja seperti kamu, menyampaikan amanah Allah, setakat yang mampu, apa soalannya?", sambil aku mengelap peluh di keningku kerana bilik bacaan di rumahnya agak panas.


"Kawan saya dahulu pun Kristian macam saya, sama dari Sarawak, sekarang duduk di Kelantan, berkahwin dengan orang Melayu, tapi dia masih ada tatoo di tangan dan bahu, salah ker?" dia menyusun kata begitu tertib dan lancar.




"Dia tahu tak bertatoo itu tidak dibenarkan dalam Islam?" perlahan-lahan aku kembali duduk di kerusi berhadapan dengannya.


"Tahu, cuma dia tak sanggup lagi nak buang, katanya kawan-kawan dia orang Melayu Islam pun ada tatoo," riak wajahnya seakan kebingungan mahukan kepastian.


Aku memandang sahabat disebelahku sambil tersenyum, melihat jam di dinding rumahnya menghampiri waktu maghrib. "Beginilah, Islam satu ajaran yang dimulai dengan kefahaman, bukan ajaran paksaan, bukan ikut-ikutan, apa yang mampu kita lakukan adalah dengan menjelaskan dalil-dalil Allah tentang larangan bertatoo, dan jelaskan secara muhkamat apa kesan pada manusia jika bertatoo, fitrah semulajadi manusia yang hidup dimuka bumi ini harus mengikut kehendak Allah yang menciptakan manusia", jawabku panjang lebar.


"Tak dosa ker?" sampuknya seakan mahukan lagi kepastian.


"Dosa, pahala Allah yang tentukan, kita, lakukan apa yang diperintah dan tinggal apa yang di larang, sama ada dihumban ke dalam neraka atau syurga, itu hakNya. Kenapa kita harus ikuti perintah Allah? Mudah, kerana main golf dekat padang golf pakailah peraturan golf, kalau main golf dalam kolam renang boleh, tapi nanti huru-hara, nak main golf ikut peraturan bola tampar pun boleh tapi nanti akhirnya huru-hara jugak", jelasku lagi sambil menarik nafas yang panjang.


Sunyi sepi keadaan di luar, mungkin semuanya sedang balik kesarang. Masih banyak tanda tanya dan persoalan dibenakku tentang prinsip manusia, mengapa terlalu sukar untuk dijelaskan tentang fitrah manusia? Kenapa masih ramai yang berlebelkan Islam tapi akhirnya meghina dan memalukan Islam sendiri. Mungkin ini sunnahtullah, ya mungkin.


"Encik jom, dah nak Maghrib, perjalanan kita masih panjang", tegur sahabatku, menghapuskan lamunanku.


Iya, perjalanan ini masih panjang, aku berdoa agar perjalanan yang penuh dugaan ini dapat aku tempuhi, dapat aku hadapi, jika dahulu seakan sukar, namun bila melihat ramai yang berhati rijal berdarah mujahid, aku kembali segar. Perjalanan ini masih panjang.

7 comments:

  1. semoga selamat sampai dan berjaya menamatkan perjalanan tanpa kemusykilan...

    ReplyDelete
  2. Perjalanan dakwah yang baru bermula. Teruskan

    ReplyDelete
  3. pasal tatoo ni kan...

    sy ada terbaca dlm mastika, sorg hamba allah ni kat sarawak dulu adalah seorg samseng..besela samseng mesti ada tatoo.

    Tiba saat dia insaf, alhamdulillah dh berubah pun. Cuma ada satu benda yg tak boleh dihilangkan, tatoo naga yang maha besar di lengannya. W/pun dia dh berusaha menghilangkannya.

    Setiap kali solat,Dia berharap Allah ampunkan dosa beliau bertatoo. Sy pun harap begitu. Kalau nak paksa hilangkan juga, seolah-olah nmpk islam itu susah. Sedangkan beliau sendiri sudah bertaubat.

    Takkan disebabkan bertatoo, menghalang beliau untuk beribadat kepada Allah.

    ReplyDelete
  4. Salam semua,

    hanya secebis kisah =)

    ReplyDelete
  5. tq pendekar...memang terkesan,...tp nk tingglakan kesan nanti dikesan palk so sy x beri kesan la..
    memg jaln nya sukar dan jauh...peringatan yang meningatkan...hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam peringatan,

    51:55

    Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

    51:56

    Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

    :)

    ReplyDelete
  7. salam...

    terima kasih kerana memberi peringatan...

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete