Dec 17, 2008

MALAS + y = MALAyS

Al Jumu'ah:5.

Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.


INT3

Aku cuba membayangkan seekor keldai yang dipikulkan dengan buku-buku yang tebal dan banyak, memang bagi seekor keldai yang sejak azalinya menjadi keldai tidak akan pernah membantah atau menunjukkan reaksi yang kurang senang bila diletakkan sesuatu atasnya. Namun keldai merupakan spesis binatang yang terkenal dengan sifat kedegilannya.


Ikut “suka hati mak bapak” dia nak bergerak atau tidak, jika mahu berjalan dia akan berjalan, jika mahu duduk dia akan duduk. Disebat atau diampu bagaimana pun waima ditarik ekornya keatas pun tidak akan mengubah fitrah si keldai, melainkan dicucuh besi yang panas pada punggungnya, itu pun masih berkira-kira untuk bergerak.


Si keldai mampu menerima bebanan yang diberi, paling kurang pun dia akan bising, ‘ehok’ ‘ehok’ ‘ehok’… namun untuk berjalan, “jauh sosej dari api”. Kakinya kecil, langkahnya pendek, katik, makan banyak, rehat banyak, tidur banyak, bising banyak, kerja? Bila rasa perlu baru kerja.


Keldai oh! Keldai, larinya terkedek-kedek, dihambat macam mana sekali pun tetap terkedek-kedek. Perjalanan terasa semakin jauh bila menunggang keldai, harganya murah, dijual nilainya rendah. Bukanlah salah si keldai jadi keldai, dan dia pun tak diminta untuk jadi keldai.


Namun kita fikir dan ambil pelajaran, kita menerima tanggungjawab dan sering kali kita diingatkan bahwa manusia adalah khalifah di muka bumi maka satu tugas yang dipikulkan kepada manusia untuk merahmatkan alam ini supaya manusia terus kekal dan tidak pupus serta alam ini tetap utuh mengikut fitrahnya.


Kita menerima bahwa Islam merupakan cara hidup yang paling praktikal dan ideal serta mengakui Al-Quran dan semua kitabullah sebagai teori kearah mensejahterakan manusia. Kita faham dan amat jelas, namun mengapa masih teragak-agak? Kaki kita pendek? Tubuh kita katik? Atau sememangnya terpahat rasa malas dalam diri kita untuk mempraktikkan kembali Al-Quran sebagai sistem manusia?


Mulut bising lebih bising dan hinggar dari laungan seekor keldai yang dicucuh besi panas, namun bisingnya tak sampai kemana. Biru muka menahan amarah melihat Islam dihina dan manusia semakin tidak bermoral dan keluar dari fitrahnya. Namun birunya makin hari makin pudar bila memikirkan perutnya perlu diisi dahulu.


Keldai oh keldai…………...........................

13 comments:

  1. Hehehe..cantik sekali perumpamaan yang dipaparkan..Dalam senda terselit kebenaran..dalam gurauan terselit sindiran pedas bagi sesiapa yang mahu mengerti. Kitalah keldai itu..berani menerima tanggungjawab tapi untuk melaksanakan belum tentu boleh dilakukan bila sikap kita tidak berpaksikan Quran dan as Sunnah.

    ReplyDelete
  2. aww..(!!!)
    ok ok..
    pasni x malas dah wat asgment..
    T_T

    :) -hny

    ReplyDelete
  3. Hmm...Memang melayu selalu dikaitkan dengan sifat malas, walaupun ramai yang begitu rajin dan berjaya.

    Yang malas tu patut mengambil ikhtibar dan yang rajin seharusnya memberi inspirasi ....eh..entah apa lah yang tie tulis ni??

    ReplyDelete
  4. bagi saya cari lar penyelesaian.. kurangkan cakap pasal melayu malas.. ada cara.. mungkin salah satunya terapi gelombang otak..hmm..

    (http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2008/12/terapi-gelombang-otak.html)
    dr.azhar (kolumnis majalah MW)

    nak baca penuh pergi kat link tu

    Apa yang anda perlu tahu tentang gelombang sebenarnya? Gelombang otak memainkan peranan yang cukup penting dalam membentuk sikap kita secara fizikal. Sekiranya kita berada dalam gelombang yang tinggi, kita akan sering mendapat masalah serta buntu fikiran bahkan secara fizikalnya kita pasti akan lemah dan mudah untuk mendapat sakit. Seandainya kita terperangkap dalam gelombang otak kita akan menjadi orang yang tidak langsung mempunyai motivasi hidup… sikap "tak pa lah…" itu sebenarnya datang dari kehidupan yang terperangkap dalam gelombang yang dipanggil talpha.

    Anak yang malas serta degil adalah anak yang mana gelombangnya sering berada pada tahap tinggi. Mereka aktif tetapi jika tidak dibentuk kepada gelombang yang betul mereka akan menjadi degil bahkan merosakkan masa hadapan mereka. Penyelesaian masalah dan penyembuhan penyakit berada dalam gelombang yang rendah. Persoalannya kini bagaimana untuk mendapat tahap gelombang yang sesuai. Ada dua jalan iaitu dengan melakukan meditasi super sedar atau dengan menjalani terapi gelombang otak. Sepanjang pengalaman saya bertemu orang yang bermasalah, mereka teruja untuk bermeditasi tetapi mereka malas untuk melakukannya. Bagi mereka yang bersikap demikian eloklah sekiranya mereka menjalani terapi gelombang otak dengan perlatan AVE kerana ianya akan membawa seseorang itu ke gelombang yang sepatutnya biarpun seseorang itu malas melakukan meditasi. Mereka akan memperolehi manfaat sebagaimana yang diperolehi oleh mereka yang melakukan meditasi.

    note: meditasi sesuatu yang sukar dicapai sekiranya tidak dilakukan dgn method yg betul...nanti jadi makin biol..ngeh ngeh...

    salaam

    ReplyDelete
  5. setuju ngan tajuk ni...kerajaan dah bantu tp masih mharap xsudah..bukankah itu ternyata malas...sedih bila ingat orang sendiri macam tu...

    ReplyDelete
  6. xreti nk komen tajuk nie. tp paham!

    ReplyDelete
  7. meLAYU perlu di tukar agaknya.

    meLAYU sampai bila mahu ditongkatkan

    kalu saya perhatikan, org melayu xde kuantiti tetapi ada kualiti.

    Bro pendekar rasa cam mana?

    ReplyDelete
  8. malasyy larr nak komen komen one uooolsss.. uhuhu

    ReplyDelete
  9. mase membaca semangatnyer berkobar2 nak rajin tapi bile M tu datang, dah tak ingat semua motivasi..huhuhu

    ReplyDelete
  10. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Akhirnya dapat jugak aku menjawap komen, hahahaha, bukan aper mouse aku tunjuk perasaan plak, hehehe, masak asam tul......

    Tirana aku tak kot, hehehe, kalau ada yang nak jadi keldai silakan, hehehe, tapi cuba untuk tak jadi......

    Hny, macam maner nak dapat 4.0? kalao malas2.... wakaka.....taun nie score dekan lagi..... chayok...

    Tie, huh, entahlah, ada juga bangsa lain yang malas, tapi dek aku bangsa melayu, maka aku ingatkan pada bangsa aku hohoohoo.

    bazla, tu la pasal ade jugak yek bende2 macam tu.... hohohoho.... macam-macam....heh, aku tengah mentelaah jugak aper yang sis bagi...

    Burung Belatuk, ah engkau.... hehehe, maner ade melayu malas, melayu yang aku kenal seetakat ini semuanya tarlalu rajin... hehehehe, tak percaya? buktinya, tanah melayu ini lebih maju dari India waima india telah merdeka lebih lama dari tanah melayu.....

    Sweet Thinker, makasih, makasih.... hehehe, janji ko tulis jugakkan kat komen post... hehhe

    Jawwahir, melayu nie unik aper, tak yah tukar2, biarkan terjun dengan labu-labunya....wakaka aper yang aku merepek nie labu....

    en_me, laaa fulakssssss,

    fahana_ann, tu biase aku kene jugak penyakit tu, kadang2 sengeh sorang2, pastu cari alasan apsal aku taknak buat... kalau jumper jeng jeng jeng muler laaa ngulor.... hahhahaha

    ReplyDelete
  11. terasa la siut....heheehe..

    ReplyDelete
  12. salam...
    terima kasih kerana mengingatkan...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  13. salam...

    Al Jumu'ah:5.

    Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete