Dec 26, 2008

RENTUNG

Aku masih mual selepas melihat mayat rentung dalam kereta yang terbakar di persimpangan Federal Highway masuk ke Shah Alam pagi ini. Aku tak pasti kereta apa(mungkin kembara atau viva) nak dapatkan kepastian nanti tengok newspaper pagi ini. Cuma saat aku sampai keretanya sudah terbakar, api semakin marak walau hujan renyai-renyai, lalu seorang sahabat menelefon bomba, dan bomba sampai kira-kira 2.25 pagi selepas lima minit panggilan.

Yang membuat aku sering menghampiri mana-mana kemalangan terutama yang membabitkan kemalangan kereta, kerana perasaan ingin memastikan mangsa sama ada orang yang aku kenali atau tidak. Bagi kemalangan ngeri ini, tak dapat dipastikan, no platnya aku tak jumpa dan mayat sudah rentung. Aku sering berharap bukan kawan-kawan aku(entahlah).


Tangannya mengerengkot, badannya masih menghadap ke hadapan, tetapi kedudukannya sudah berada di seat belakang(takda kena-mengena dengan tak pakai tali pinggang belakang). Selepas api dipadamkan, seluruh tubuhnya aku lihat melecur, masak macam ayam kenny rogers(maaf aku tak ambil gambar sebab tak sanggup), mukanya sudah hitam(tapi aku rasa lelaki, melihat dari bentuk muka dan badannya).


Takziah pada keluarganya.


Persoalan yang bermain-main di kepala aku, laju yang macam mana hingga keretanya remuk dan terbakar. Apa yang dikejar? Hidup ini sementara...........sedap cuma sejengkal.........maka hargailah.

12 comments:

  1. Salam,

    Ya, melihat kemalangan pasti dan pasti akan mengingatkan kita tentang kematian. Melihat pula bagaimana kembalinya mereka, terfikir bagaimana pula akan 'dipanggil' kita. Huh, Astaghfirullah..

    Moga perginya kita dalam husnul khatimah...
    Allahuakbar...

    ReplyDelete
  2. SubhanAllah, saya tidak mampu melihat mayat yang masih elok keadaannya, apatah lagi yang sudah rentung,nauzubillah...

    ya, bak kata Balqis, moga2 kita tergolong dalam golongan yang dijanjikan syurga, insyaALlah...

    ReplyDelete
  3. innalillah..
    matinya sudah pasti..
    hanya amal dibawa pergi..
    so..pndai2 la jg diri..

    ReplyDelete
  4. Asben saya pun klu ada eksiden, konpem dia berenti dan pegi tgk. Aritu, dia msuk longkang beso tu sensorang utk selamatkan budak kecik yang jatuh motor dgn ayah dia.

    ReplyDelete
  5. dah ditentukan cara dia mati macam 2
    kita x tau lagi camne
    mudah2an mati dalam islam..amin

    ReplyDelete
  6. Mayat rentung tak pernah tgk, kecuali dlm internet. Tapi yang kemalangan tu pernahlah...kesian tgk sorang pakcik tertiarap dgn darah membuak2..tak de sapa yang tolong, so hubby pun hentikan kereta, angkat dan antar (dgn pertolongan sorang wanita kereta kancil) ke hospital. Kereta kami tak muat, seat belakang ada anak 3 orang plus barang2...kami on the way balik johor , lak.. Uuiiks!! lari dari topik lak...hi hi..

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    BalQis,Fakhzan Marwan,~~Noli,INTAN RH,lieza,Tie, satu persamaan antara korang semua ialah semuanya nisa, woit2 rijal2 ku maner korang menyorok, wakakaka.....

    moga hidup dan mati ku kerana Allah.......

    ReplyDelete
  8. masa umur 6 tahun kot.. pernah tengok satu mamat ngan minah ni accident... motor dia besar dan laju... mamat ni potong kereta mak cik saya dan kerana tidak dapat kontrol (ada kereta parking di depan) lalu dia langgar kereta itu dan masuk bawah kereta itu... kemalangan 1 yang dilihat di depan mata..mereka berdua mati...

    lagi satu.. kawan saya cerita.. ada satu anak dato' ni mati accident rentung (kereta sport).. dikatakan kalau dia tak pakai tali pinggang keledar dia boleh keluar dari kereta itu... mungkin masa accident tu.. tali pinggang keledar dia buat hal dan tangan pun dah tak berupaya nak bukak tali pinggang keledar tu... bahaya jugak pakai seat belt ni... ape pun kalau ajal da sampai memang da tak boley lari...

    astagfirullaah...

    ReplyDelete
  9. bazLa', he he he, tapi biar ler mati dalam keadaan yang normal, ngeri maa aku tengok kalau yang eksiden2 nie, pernah aku tengok badan terputus, terburai-burai isi perut, peh! terus tak jadi singgah......keh keh keh

    dakchomey, yup, Allah memang suci, mari pula kita sucikan diri dari dosa dan mencampur adukkan yang haq dan bathil....

    ReplyDelete
  10. sy rijal....hehe bak kata nabil insaf sesaat dua je...pastu bawak laju balik...betol sedap tu kejap je

    ReplyDelete
  11. salam...

    terima kasih kerana mengingatkan...

    ReplyDelete