Jan 20, 2009

AGAMA CANDU MASYARAKAT

Itulah kata-kata Karl Marx, dan kini kata-katanya seakan benar bahwa ‘Agama candu masyarakat’. Bukan setakat umat Islam yang mana mengaku pentingkan kesejahteraan dan kedamaian tetapi pada semua anutan dan ajaran agama di muka bumi. Mengapa sampai begitu kata-katanya?


Candu(Papaver somniferum), merupakan hasil proses dari pokok popi yang boleh bertindak sebagai bahan menghayalkan, dan dari candu pula boleh dihasilkan heroin yang mana akan mendatangkan simptom-simptom seperti :-

  • -pergerakannya tidak seimbang
  • -khayal dan diikuti halusinasi
  • -tindak balas lambat
  • -mata hitam mengecil
  • -mata dan hidung berair
  • -mual dan muntah-muntah
  • -sembelit
  • -hilang selera makan
  • -tegang perut
  • -euforia dan diikuti dengan kesugulan
  • -tak boleh tidur, pemikiran dan pertimbangannya berkurangan

  • Apa kena-mengena dengan kata-kata Karl Marx? Banyak penindasan, kezaliman dan ketidak adilan berpunca dari kalangan penganut agama-agama di dunia. Penyalahgunaan kuasa juga banyak dilakukan oleh pemuka-pemuka agama, kerana manusia teramat senang dimanipulasikan menggunakan ‘title’ agama.


    Ramai yang tersungkur dan menafikan hak manusia dan rasa kemanusian yang sepatutnya hadir dalam jiwa manusia. Contoh yang sedang berlaku sekarang peperangan diantara Zionis dan Hamas. Zionis dengan dogma ajarannya dan Hamas dengan dogma ajarannya. Setiap mereka mahukan kebaikkan namun menafikan hak kemanusiaan. Zionis dengan lahap melapah penduduk Palestin manakala Hamas dengan angkuhnya menjadikan penduduk Palestin sebagai perisai mereka.


    Teserlah juga kata-kata Karl Marx bila kita melihat tingkah laku pengebom di Bali, yang mabuk pada agamanya(dogma) hingga keluar dan terkeluar dari ajaran Islam itu sendiri. Mana silapnya? Benarkah Islam itu juga candu?, umatnya hanya berhalusinasi?, terawang-awangan berkhayal dan yakin masuk syurga? Tanyakan pada kalangan paderi mahukan syurga atau neraka, dan tanyakan juga pada para imam mahukan neraka atau syurga? Apa jawapnya?


    Jika ketagih rokok pun sukar berhenti inikan pula ketagih candu. Pandangan umat Islam contohnya pada manusia yang belum memahami Islam yang terus menerus dilabel ingkar(kafir) padahal mereka belum pernah lagi dijelaskan tentang Islam. Salah mereka dilahirkan sebagai non-muslim? Atau salah kita yang masih bebal dan sombong bodoh tidak memahami apa sebenarnya yang mahu Allah sampaikan hingga merendahkan nilai kemanusiaan?


    Kita jadi hilang kawalan, hingga tidak berhenti mengeluarkan kata-kata kesat, menyebarkan kebencian dan menghamburkan sejuta keburukan orang lain jika mereka tidak sependapat atau satu prinsip dengan kita. Mabuk candu?


    Aku tidaklah bersetuju dengan pendapat Karl Marx seratus peratus tetapi kata-katanya ada benarnya. Maka sahabatku yang dirahmati Allah, nafikan kata-kata Karl Marx dengan mengembalikan nilai agama Islam yang sebenar, sebarkan budaya toleran dan damai, kumpul sebanyak mungkin persamaan dan jadikan Islam Ad-deen(sistem) bukan sekadar dogma.

    11 comments:

    1. alhamdulillah...setuju 100%. kita kena gemblengkan penyatuan ummah utk kembali gemilang. bagaimana & di mana permulaannya?...itu pastinya akan terjawab insyaAllah.

      ReplyDelete
    2. Aku baru dikejutkan...
      Bahawa peperangan telah berakhir
      bila Khilafah Usmaniku diguling
      oleh sibuta Agama....
      Benarkah mereka buta ?...
      Ataukah sememangnya mereka buta
      dan kini aku juga telah dibutakan...
      Adakah aku telah dicandukan
      dengan candu yang baru...
      Khayal sungguh aku
      dengan nikmat candu yang baru ni
      sungguh toleran dan mendamaikan...
      Walau di sekelilingku ku dengar tangisan
      dan derita....
      musuh melapah anak biniku
      aku mampu tersenyum bersama-sama canduku
      Candu baru....
      Aaahh... pedulikan
      Inilah jalan yang benar....
      Memang perang telah berakhir...
      Memang tiada Usmani lagi...
      Yang ada hanyalah aku dan canduku yang baru

      Harap jangan mencari candu baru

      ReplyDelete
    3. ku dah berhenti merokok..kalian? dakah sudah berprinsip,,ku pun dah dapat candu yang tok fakir cakap tu

      ReplyDelete
    4. teringat pula dengan sejarah dan ekonomi~
      tak silap, karl marx berbangsa yahudi jerman, berfahaman ateis, membenci kapitalis mewujudkan sosialis

      Islam adalah candu yang terbaik!!!

      Islam tak pernah bersalah sebagai agama, umat islam yg bersalah. Selalu Lari drpd kebenaran

      ReplyDelete
    5. Salam,

      Islam Candu yg Terbaik?


      Biar betul.Candu kan tak elok..

      ISlam Itu Melambangkan kedamaian, sejahtera, Rahmatillalamin, Toleransi,...

      "I have a dream"....

      ReplyDelete
    6. isk..sy rase betul la ape yg Jawahir ckp tu... 'Islam Candy yg Terbaik'..cube tgk secara metafora nye..jgn secara direct translation ek... :)

      ReplyDelete
    7. http://www.beverlyhillstrafficreport.com/go.php?af=917769

      ReplyDelete
    8. salam...

      Dalam sebuah hadits Nabi Muhammad SAW bersabda:
      “Kutinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya, yaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya” (HR. Malik).

      Alhamdulillah...

      ReplyDelete
    9. http://swaramuslim.net/ebook/html/014/index-UA.htm
      tengok la laman web ni
      Fikir fikirkan lah...
      kita diberi akal untuk berfikir mana baik and mana buruk..

      ReplyDelete