Jan 11, 2009

AJARAN ILLAHI UNTUK SEMUA(II)

p/s:- sowrey beb, aku masih tak dapat nak jawab komen2, aku hargai komen semua, tetapi kesuntukan mase, keh keh keh....... hari sudah siang kerja makin banyak

pada yang memboikot barang2 Israel, aku sarankan korang tutup blog, jangan gune blogspot, google atau yahoo, baru betul2 kalu nak boikot, lagi, jangan pakai phone, jangan tengok tv atau naik mane2 kerete keluaran US, ada brani? stakat boikot makanan apa barang!



Apa kata kita fikirkan sejenak, tentang toleransi dan damai. Adakah hanya Islam sahaja yang melaung-laungkan kedamaian? Atau semua ajaran di dunia ini mahukan kedamaian. Dalam setiap diri manusia wujud rasa kecintaan pada kedamaian namun meluap-luap kebencian bila garis toleransi dibatasi. Maka wujudlah perbezaan dalam pendapat, hingga akhirnya mengheret kekancah peperangan.

huskens001


Sugiar Yao dalam 論 語(lunyu) III.3. (043)

Orang-orang yang dalam kehidupannya sehari-hari tidak memelihara damai, maka peraturan yang diterapkan oleh orang-orang ini dalam keluarga maupun organisasi yang dipimpinnya tidak akan pernah memberikan kedamaian dalam keluarga maupun organisasi yang dipimpinnya.


(Injil/AlKitab Terjemahan baru) Mazmur 34-14

Jauhilah yang jahat dan lakukanlah yang baik, carilah perdamaian dan berusahalah mendapatkannya!


(Al-quran) Al Anfaal:61.

Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Tidak dinafikan bahawa kita seringkali akan berhadapan dengan perbezaan pendapat, perbezaan prinsip atau anutan, namun yang penting kita mengakui bahwa wujudnya Tuhan dan Tuhan mengajar kepada manusia tentang hidup dalam harmoni dan mengamalkan budaya perdamaian.


Ini tidak bermakna menggadaikan prinsip kita, teguh pada prinsip masing-masing namun berjalan seiring bagi menjamin keharmonian. Memang sukar melupakan keperitan terutama melibatkan perbezaan prinsip hingga menggadaikan nyawa, namun sampai bila mahu bertelagah sesama manusia? sampai bila bumi ini perlu disirami darah?


Kekuatan sesuatu bangsa atau masyarakat adalah pada perpaduan, penyatuan dan persatuan, namun jika masih menggunungkan perbezaan maka natijahnya generasi mendatang akan terus dibakar dalam neraka dunia. Kembalikan semula manusia seluruhnya pada ajaran Illahi, kerana hanya Dia sahaja yang mengetahui segala-galanya tentang kita.

5 comments:

  1. entri nya memang menarik dan mmbuka mata..aku yang kekadang hanya melihat dari satu sudut terkena juga..untuk tujuan yang baik tak mengapa..aku senang terima..em..boikot?memang susah sebab yang boikit sikit berbanding pergantungan masih banyak pada amerika dan sekutu.em,boikot paling kecil yang sekurangnya menunjukkan kemarahan kita.Memang mungkin tak berapa membantu tapi,allah tahu betapa hati kita membenci kejahatan mereka..barang2 yang masih ada dalam simpanan perlu habiskan dulu..x kan nak membazir..hehehe..google..yahoo..yg ni em..nak guna apa lgi?yang boleh boikot,kita cubalah..
    tak boleh buat semua jangan tinggal semua..

    ReplyDelete
  2. sebarkan perdamaian dan tolenransi...hari makin siang ke saudara pendekar

    ReplyDelete
  3. salam...yang bole membantu cuma orang arab sendiri..mereka yg perlu bersatu dan kuat dahulu....kenapa negara arab yg kaya raya pun tak bole membela nasib saudara mereka...adakah org Islam tak pernah bersatu?..umm boikot? sampai bila? perkara akar yg patut diselesaikan dulu

    ReplyDelete
  4. salam...

    (Al-quran) Al Anfaal:61.

    Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete