Jan 7, 2009

KEBANGKITAN ZAYTUN

An Nuur:35.

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Yang mampu menjelaskan kehidupan kita hanya Allah semata-mata, Dia sahaja yang mampu memberikan keyakinan dalam diri manusia untuk terus berjalan, bergerak di bawah cahayaNya. Allah memberikan perumpamaan cahaya petunjukNya seperti lampu-lampu di tanah Arab yang diletakkan di dinding-dinding rumah yang seakan lubang yang tidak tembus(seperti gua).


Yang mana cahaya yang tersebar terus menyinari bahagian hadapannya. Cahaya itu dihasilkan dari sumber yang jelas dan dari medium yang layak, iaitu dari minyak pohon zaytun. Pohon yang menjadi lambang kedamaian(digigit oleh sang merpati), menjadi lambang budaya toleransi.

Jelas bahawa pelita tersebut ada lokasinya, iaitu dipelihara di dalam kaca, yang nampak dari luar namun tak kan bisa mampu disentuh terutama bagi serangga-serangga, mahu pun binatang-binatang yang mahukan kehangatannya. Pelita punya tiga unsur utama, iaitu bahan atau medium bakar, sumbu, dan yang penting cahayanya. Unsur pelita serupa seperti unsur pokok yang punya akar untuk menarik mineral, yang punya batang untuk memproses, dan hasil semuanya iaitu buah.


Letaknya sumber cahaya Allah tidak di timur dan tidak di barat, mengungkapkan bahawa Allah juga tidak pro timur atau pro barat, beerti Islam yang sebenar tidak akan punya fahaman assabiyah dengan menyokong mana-mana pihak. Yang sering disebarkan oleh Islam ialah budaya toleransi, memegang prinsip masing-masing namun sedar bahawa manusia perlu menjaga kepentingan alam ini, hidup dalam keadaan harmoni tanpa kedengkian dan sering menyebarkan rasa cinta sesama manusia.


Bahan bakarnya yang mendokong kebangkitan cahaya sahaja mampu menerangi sekeliling, bahkan ada yang tertipu menyangka minyaknya yang bercahaya. Padahal minyaknya sekadar bahan bakar yang matlamatnya tak mampu diteliti bagi yang tidak memikirkan dan memahami.


Banyak lagi yang boleh kita ambil pelajaran tetapi sejauh mana kita menilai cahaya Allah? Sejauh mana kita mencari cahaya Allah? Sejauhmana kita memahaminya? Sekadar memerhati? Atau menjadi bahan bakarnya, mencetuskan kebangkitan cahaya Allah? Yang pasti......................

Ash Shaff:8.

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya."

8 comments:

  1. this is a very cool entry, syukran! menusuk jiwa dan damai. saya ada seorang sahabat maya yang menyatakan ayat favourite beliau adalah ayat yang pertama, dan seusai membaca penerangannya, dan jua dari kamu, saya semakin faham tentang cahaya, yang sentiasa diburu itu.

    syukran sekali lagi, may Allah bless you

    ReplyDelete
  2. terima kasih.. moga Allaah mengampuni kita semua dan memberikan cahaya itu.. salaam

    ReplyDelete
  3. cahaya yang diberi kadang2 nanti adakalanya terpadam seketika dan kita akan mencari lagi..rasa sangat letih dan takut kalau cahayaNYA terpadam lagi..usaha untuk terus menghidupkan cahaya agar terus kekal menerangi kehidupan..itulah yang sering aku hadapi..dan hanya Allah Yang Maha Tahu..

    ReplyDelete
  4. biasa kah aku menjadi cahayanay atau menjadi sumber bakar nya..terkesannya jiwa ku yang tenang..tq pendekar mengingatkan...agar ku menjadi cahaya yang menyinari

    ReplyDelete
  5. any words on Israeli attack on Gaza??

    -hny

    ReplyDelete
  6. salam ziarah...

    bersyukurlah atas kuniaan cahaya dari Allah...berdoalah agar dijauhkan dari gelap kemurkaan-Nya...ameen ^^

    ReplyDelete
  7. hanya cahaya Islam yg tak kunjung padam.
    InsyaAllah akan pasti cahaya itu akan menerangi alam semula

    ReplyDelete
  8. salam...

    Ash Shaff:8.

    Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya."

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete