Jan 5, 2009

MANA CAHAYAMU

Allah mengeluarkan manusia dari gelap ke cahaya, membekal pada manusia prinsip yang jelas bahawa hidup dalam cahaya lebih bermakna. Dengan cahaya manusia dapat menilai kembali serta membezakan antara haq dan bathil.


Manusia memang tidak boleh hidup selama-lamanya dalam kegelapan, waima jika dipaksa manusia akan tetap untuk mencari jalan untuk mengejar cahaya walaupun sedikit, kerana dalam terang baru manusia mampu membaca, mampu mencari ilmu, mampu mencari kebenaran.


Manusia boleh sahaja berjalan dalam kegelapan namun perjalanannya terlalu sukar, terkadang terlanggar, terkadang jatuh dan pasti manusia hilang arah serta hilang punca dalam kegelapan. Tidak pasti apa yang berlaku waima dalam jarak seinchi, yang didengar dengusan diri sendiri malah mukanya sendiri pun tidak mampu dibayangi.


Namun tanyakan pada diri kita, sudahkah kita benar-benar dalam naungan cahaya Allah, atau kita sekadar berpura-pura berada dalam cahayanya? Atau mungkin nenek moyang kita menipu tanpa sengaja menyatakan kita sudah berada dalam cahaya.


Keh keh keh……belum berjalan sudah sampai ke destinasi? memang ajaib. kitabnya sekadar dibaca arabnya tanpa memahami maksud, tanpa mengamalkan ilmunya, bagaimana kita yakin kita benar-benar dalam cahaya, cahaya Allah bukan percuma…..keh keh keh


Ibrahim:1,

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

9 comments:

  1. dalam terang lagi terjatuh,inikan pula hitam gelap tanpa cahaya...

    Ya Allah...ampunkanlah kami..

    ReplyDelete
  2. Cahaya penting tapi kerja untuk menghasilkan cahaya lebih penting. Misalnya, penting ada mentol/lampu..etc kat rumah utk terangkan rumah, tapi lagi penting perlu ada orang yg bekerja untuk buat mentol/lampu..etc di kilang, janakuasa elektrik etc supaya cahaya dlm disalurkan ke rumah. Dan kalau lampu rosak maka boleh dipastikan cahaya dpt diteruskan dengan 'kerja' menyelenggarakan lampu itu. Kalau orang fikir mahu cahaya tetapi tak mahu buat kerja atas perkara itu, maka mana dapat beb! (dgn izin Allah). Ibaratnya, nak lampu tapi tak mau cari kat kedai, beli ke, bergerak ke sana sini atau cari mana-mana patut... tunggu je lampu dtg dari langit... mana boleh beb!
    Maka siapa yg buat kerja pasti mudah dia dapat cahaya.
    Untuk amalkan agama perlukan nur/cahaya petunjuk/hidayah dari Allah. Tapi siapa yg buat kerja hidayat itu mudah dia dapat cahaya itu, misalnya, seorang muazin melaungkan azan, dia telah buat 'kerja' mengajak manusia kepada solat, maka sejurus lepas tu pasti bilal itu dapat bersolat. Tak berlaku bilal terus balik rumah tak solat sebaik saje lepas melaungkan azan.
    Sorry beb terpanjang pulak, tapi ia ditujukan untuk saya sendiri. Jgn ada sapa2 terasa pulak. he he he

    ReplyDelete
  3. aku harapkn cahaya itu untukku..
    tp masih adakah cahaya untukmu..
    sama2 la berusaha dan berdoa..

    sekian..

    puitis noo...isk =)

    ReplyDelete
  4. moga cahaya menyinari ku juga

    ReplyDelete
  5. Di dalam dunia ini tiada yg percuma, hidayah Allah juga bukan percuma, kena rajin mencari

    teruskan menggali...peace

    ReplyDelete
  6. cahaya. apa sifat cahaya... memberi, mengeluarkan, tidak pernah cahaya itu diserap semula ke dalam sumbernya. terang lagi menerangi. yang gelap jadi terang, yang terang lagi terang, dan yang terang itu pula menerangi.

    satu garisan cahaya, bila dibiaskan terhasillah cahaya yang berlapis-lapis, berwarna-warna.

    ilmu penyuluh hidup. ilmu umpama cahaya. yang tak berilmu, jadi pandai bila diberi ilmu. yang dah berilmu, masih mencari ilmu. dan ilmu itu disampaikan pada yang lain. dari satu ayat, bila dihuraikan, terhasillah berbagai idea darinya. huraiannya lebih panjang dan bermacam.

    ~cahaya di atas cahaya~

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    semuanya melontarkan idea yang bernas, keh kehe keh..... so, go on. Teruskan kayuhan mencari cahaya abadi

    ReplyDelete
  8. kayuahan akan menuju mentari di ufuk timur..heehee

    ReplyDelete
  9. salam...

    Ibrahim:1,

    Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete