Feb 2, 2009

KAK TIE YANG COMEL

Nie pemberian kak tie, diantara tempat(blog) aku mencari idea dan menilai kehidupan, melihat pandangan para sahabat blogger yang bermacam ragam dari pelbagai lapisan usia dan status.



Masyarakat Malaysia memang unik lain dari yang lain, mendalami arena memblog di Malaysia membuatkan aku semakin teruja kerana dari blog kita dapat tahu tentang pandangan dan pengalaman orang lain walau tidak pernah bersua secara bersemuka namun ia satu kaedah komunikasi yang bagus dan berkesan.


Ini kerana blog bukan sekadar tempat untuk memaparkan rasa hati kita tentang isu yang kita suka atau isu yang mahu dikongsikan bersama, namun ia turut menunjukkan ekspirasi diri kita. Pernah aku diberitahu bahawa tulisan menggambarkan diri kita yang sebenar, dari tulisan seperti di blog, orang lain dapat menilai sejauh mana tahap pendidikan dan pemikiran serta budaya yang dibawa seharian dalam hidup kita.


Maka para blogger termasuk Kak Tie teruskan bekarya, aku lebih suka baca blog dari baca surat khabar, kenapa? nak tau? banyakkan lagi meluangkan masa di blog orang lain(aku cakap kat diri sendiri yang sekarang dah jarang menziarahi blog orang lain, sibuk dan menyibukkan diri, keh keh keh).


Tq Kak Tie........

5 comments:

  1. Terima kasih dek ooii!! Rasa terharu kerana tak sangka adik ni sudi terima award 'main2' ni...hi hi...

    ReplyDelete
  2. memang la cbuk..tp sy cbuk maen2 je

    ReplyDelete
  3. seronok tengok ayat penulisan yang berbeza dan apa yang mereka tulis.Macam-macam ada..menjana pemikiran dan buat terfikir..aku setuju tentang pendapat yang dikatakan di sini..
    dapat komen kat blog orang lain seronok gak..respons yang pelbagai..

    ReplyDelete
  4. kadang dapat inspirasi dan motivasi dari penulis2 blog yang mmpunyai kebolehan, malahan mmg ramai yang bijak pandai.Rasa bertuah dan bersyukur.

    ReplyDelete
  5. salam...
    maen2 dan kerja adalah suatu maksud yang berbeza... kan???
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete