Ada beberapa kebaikkan dan keburukkan jika pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, diantara kelemahannya memang akan merosakkan Bahasa Melayu itu sendiri yang sekarang sudah ‘pasar’ dan ‘rojak’(macam aku yang ntah ape2 kalu menulis… ho ho ho). Indentiti Bahasa Melayu dan seterusnya bangsa Melayu akan terhakis(Melayu ada Identiti ka?). Akan tetapi jika terus membudayakan demonstrasi, piket, maka bangsa Melayu tidak akan kemana, kabur hala tujunya.
Alasan tentang kekurangan guru untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris mungkin boleh ditelusuri, ini kerana, sedangkan di UiTM yang dah berkurun di’perintahkan’ untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris pun gagal untuk mengikut perintah, tanyakan pada pensyarah dan pelajar di UiTM, apa bahasa yang digunakan? Inggeris atau rojak? Bagi aku kemampuan seseorang menguasai bahasa yang lain selain dari bahasa ibundanya terletak pada dirinya sendiri dan faktor persekitaran(keluarga).
Akan tetapi, jika diperhatikan pada nenek moyang kita yang membesar dalam pemerintahan British memang ‘terror’(perkataan nie bukan BM atau BI, aku pun tak tahu mana datang, dan takde dalam kamus) dan fasih dalam berbahasa Inggeris, hinggakan anak-anak kita yang dilatih sejak dari tadika tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris seperti mereka, tidaklah pulak aku tengok nenek moyang kita yang fasih berbahasa Inggeris meninggalkan lansung Bahasa Melayu dan berperangai seperti Mat Salleh. Anak-anak kita sekarang yang ‘fail’ bahasa Inggeris lebih hebat ‘adengannya’ berbanding bangsa barat.
Kenapa isu bahasa ini tidak disuarakan melalui media ‘tradisi’ demokrasi seperti parlimen? Adakah rakyat sudah bosan dengan wakil rakyat? atau wakil rakyat tidak mendengar suara rakyat mungkin kuasa dan nama lebih penting dari rakyat? Bahasa adalah alat atau medium untuk mendapatkan ilmu, kita sibuk tentang bahasa tapi malas mengejar ilmu, dan menjadikan isu bahasa sebagai alasan, kenapa tidak dijadikan bahasa itu benar-benar sebahagian ilmu dan yang penting jangan memaksa. Cari pendekatan yang lebih rasional supaya anak-anak kecil dapat pendidikan yang terbaik.
Maka dalam isu bahasa ini aku tidak mahu mengulas dengan lebih panjang,(korang fikir ler sendiri, ho ho ho) akan tetapi jika diperhatikan isu PPMSI ini seakan mengarahkan kewujudan kembali PKMM(bukan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia) iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya.
Parti ini ditubuhkan pada 1945 di Perak dan diharamkan oleh British(semua orang kuatnya ditangkap) kerana mempunyai resolusi yang amat berbeza dengan British. Dipandang oleh British sebagai parti yang memihak kepada Parti Komunis Malaya kerana resolusinya mirip dengan PKM(rancangan ‘sembilan perkara’ PKM).
Dan diantara usaha PKMM adalah untuk mewujudkan Melayu Raya(Tanah Melayu + Indonesia) kerana mahukan rumpun nusantara dan mahukan kemerdekakan Tanah Melayu bersama Indonesia pada tahun 1949(siapa yang merdeka pada tahun itu?).
Kini sekiranya penubuhan PKMM menjadi kenyataan maka Melayu akan bertambah berpecah belah. Yang nyata Melayu hari ini sedar pentingnya punya kuasa 'mutlak' dan pilihan Melayu tidak dapat dipisahkan dengan memimpin berpandukan ajaran Illahi.
Asy Syuura:13.
Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang ad-deen apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah ad-deen dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik ad-deen yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada ad-deen itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada -Nya orang yang kembali (kepada-Nya).
Allah memerintahkan kita agar menegakkan agama/ad-deen dan larangannya JANGAN BERPECAH BELAH, maka hari ini sahabatku, carilah dengan bersungguh-sungguh manusia yang serius untuk menegakkan ad-deen dan serius mengajak manusia kepada penyatuan kerana itulah mahunya Allah, bersatulah bersama-sama mereka.
Mardhotillah.........
ps:- buat cikgu Bahasa Melayu aku, “jangan menangis membaca entry aku yang ntah aper-aper, bukan salahmu tapi salah aku ”………ho hoh ho
bukan main/ bukan main-main tajuk entry kamoo!!!!!
ReplyDelete-hny
slm...cari titik persamaan..
ReplyDeleteaku warga negara yang merdeka ..hehehehe
Bukannya mereka xsuarakan pendapat melalui parlimen, tapi sistem demokrasi Malaysia (or demokrasi sndiri) gagal berfungsi bahagian 'Saperation of Power' tu..
ReplyDeleteso parlimen (legislative) = kerajaan (executive)
Jadi seperti biasa, jalan raya jadi tempat mengadu. Bahasa jiwa bangsa. Tapi adakah bangsa tu sendiri ada jiwa?
aih..guna bahasa kaum kan senang..
ReplyDeletesedangkan AQ diturunkan dalam bahasa
yang mudah di fahami Rasulullah dan rasul2 yg terdahulu..
kemudian kita pun mudah nk faham sebab ada terjemahan dlm plbgai bahasa (benarlah kata2 Allah yg AQ ni mudah dan jelas, tapi ade ke manusia yg amik pelajaran??)
kemudian isu ni pulak, aih, kesian la anak2 bangsa..
ibaratnye blajar utk lulus exam je la..
sbb vocab terhad ye dak? jadi, adakah anak2 bangsa kita akan amik pelajaran??cam biasa la kan, back to the basic, mesti ar blajar nk lulus je..
konsep AQ tak diterapkan..inilah jadinya..
salah siapa ye?knon nk martabatkan bhsa melayu..hmm..martabatkah?tepuk dada tnya hati, tepuk dahi pening sendiri...
anak2 aku pun nnti mcm mana la..
so, kita ada wawasan kan...fokus pada wawasan tu InsyaAllah..
pasti beroleh kemenangan.
Yang baik dari Allah, mana yg silap tu salah aku, harap sama2 saling tegur menegur dan berpesan-pesan..
Salam,
ReplyDeletePendekar, suruh mereka yang dah faham tu wat komen "underground" je.
Buat blog khas untuk dia orang ni.
Entri mesti menarik kepada membuka minda, supaya masuk komen-komen dari mereka di luar.
Kemudian boleh la menunjukkan jalan.
Di samping itu kita boleh "gauge" isi yang di sampaikan itu terkesan atau tidak.
Setakat untuk kita-kita je faham, masa berbasikal pun boleh cerita.
kesiannye...
ReplyDeletekomen pn kena ada had
Salam mr. P,
ReplyDeleteBahasa tak salah,
melayu cepat sangat melatah,
nak suruh pandai pun susah,
lantak korang lah.
Bangsa Melayu ni banyak bebeno alasannya. Dlm pendidikan la, dalam dunia bisnes lg la teruk...hmmm. Melayu ada masalah SIKAP!!!.
Jadikan masalah BAHASA ini sebagai satu cabaran. Bukan satu kelemahan. Malu lah banyak ngan bangsa-bangsa lain tu.
hai anonymous x bernama yang nk bercerita kat basikal.bskl cte bskl la..kte pun nk bg wadah agr yang len fhm sm2 kte..kte pun xfhm
ReplyDeleteEhem......ehem.......
ReplyDeleteBuat yang Anonymous, pantun empat kerat dari aku......
Bila lapar cari kuali,
Kuali ade atas pare,
Masak ler magee sendiri,
Magee aku dah cukup rase.......
ho ho hooooo hoh(nanti aku bagi gule-gule ye..)
salam...
ReplyDeleteAsy Syuura:13.
Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang ad-deen apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah ad-deen dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik ad-deen yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada ad-deen itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada -Nya orang yang kembali (kepada-Nya).
Alhamdulillah...
Pendekar,
ReplyDeleteKajian sendiri "Anonymous" kepada tingkah laku manusia.
Ujian kepada tindakbalas berhasil.
Tak kira yang di luar atau yang di dalam.
Manusia wajib ada emosi.
Hampir sebulan dalam n3 bulan Mac, Pendekar tak bagi komen, akhirnya ada keluar komen dengan ujikaji ini.
Jutaan maaf tuan.
bgusl anonymuous nie...hheheh
ReplyDeleteAnonymous
ReplyDelete"ho ho hooooo hoh(nanti aku bagi gule-gule ye..)"
Agak-agak sebab aper bende nie keluar dalam komen aku ?
Ho ho ho ho hooo....
ntah la...nk bg rasuah kot,,hehehe
ReplyDeleteBAHASA JIWA BANGSA(+ ‘L’ @ ‘T’)
ReplyDeleteBAHASA JIWA BANGSAL
BAHASA JIWA BANGSAT
BAHASA JIWA BANGSA(+ ‘L’ @ ‘T’)
AL-HANIFIYAT AL-SAMHAH
AL-HANIFIYAT
AL-SAMHAH
tok pakir..hebat...hehe
ReplyDelete