Jun 22, 2009

RINDU PADA KENCANA

Tanyakan pada langit, kenapa aku diam membisu,

Hujan semakin lebat, arus sungai tanpaknya deras,

Titik-titiknya menyuburkan, menghidupkan, maka terbukti kata-kata Dia,

Kita doakan agar tanah ini, kali ini, subur,

Pagarnya semakin kejab, semakin teliti dan aku semakin puas hati,

Tapi kata Dia, jangan berpuas hati, selepas kesulitan ada kemudahan,

Habis membaja ada lagi kerja yang perlukan kesungguhan,

Dulu, seakan mustahil tanah ini punya hasil,

Namun kini anak benihnya terasa berbicara;

“Usah risau, yang mati biarkan, yang baru lebih tinggi kecintaannya pada alam ini”

Moga ia benar, kerna jalan ke gunung sana mula kita tebas,

Dari tiada kini sudah nampak riak anak jalan, masih mengekalkan perdamaian,

Ada yang asyik menoleh dan bertanya tentang yang tertinggal,

Lalu hati kecil aku berkata;

“Usah risau, yang mati biarkan, yang baru lebih tinggi kecintaannya pada alam ini”

Pusingan dan kitaran ini akan terus berlaku, tanpa mampu dihalang,

Andai mahu silakan, ketetapannya takkan pernah berubah,

Berbicara dia, berbekas dalam hati aku,

“Kau teliti, biar dari anak benihnya, curahkan seluruh kasih sayangmu, Dia pasti suka”

Mulanya aku bingung kerana cangkulku tumpul, tanahku keras,

“Kau teliti, biar dari anak benihnya, curahkan seluruh kasih sayangmu, Dia pasti suka”

Dan sorakan itu akhirnya aku fahami bila yang tumpul diganti, yang keras disirami.

Memang agak sukar aku kerjakan tanah ini kerana hujan semakin lebat membasahi,

Hingga aku tersedar hujan kali ini bawa rahmat bukan musibat,

Kerna paritnya sudah terbina, waduknya sudah hampir siap, tunggu masa dipenuhi,

8 comments:

  1. وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ نَسُواْ ٱللَّهَ فَأَنسَٮٰهُمۡ أَنفُسَہُمۡ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ (١٩) لَا يَسۡتَوِىٓ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِ‌ۚ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِ هُمُ ٱلۡفَآٮِٕزُونَ (٢٠) لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٍ۬ لَّرَأَيۡتَهُ ۥ خَـٰشِعً۬ا مُّتَصَدِّعً۬ا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِ‌ۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُہَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (
    ٢١)

    ``mulakan dengan tafassahu fil majaliis:!fafsahuu yafsahillah lakum!

    http://www.youtube.com/watch?v=HVdbhRS9i9k

    ReplyDelete
  2. 100 tahun=4 jam tidak sama tujuh hari dalam SURAH sajadah

    http://www.youtube.com/watch?v=Ky3ER_GFhQE

    moga yahudi lebih ketuat dari gam gajah yang dihidu kaum melayu?

    ReplyDelete
  3. http://www.mujahideenryder.net/,

    moga kelmarin lebih sarangnya dalam neuRON2 mneumonik dalam fikiran baku di mana2:(

    ReplyDelete
  4. salam..saje nak share lirik ni..mendalam maksdunye..

    Diari Habil Qabil
    Artist : Search
    Lyrics by Allahyarham Loloq

    Ku lihat api di ufuk sana
    Ku dengar jeritan mengundang tangisan

    Anak anak tak berdosa
    Ku lihat manusia bunuh manusia
    Kerana perbezaan bangsa dan agama
    Buta mata buta hati

    Semarakkan nafsu serakah
    Masing-masing tak nak mengaku bersalah
    Dan berdosa bagai Tuhan bukan Esa

    Ku dengar manusia hina manusia
    Kerana kelainan adat dan bahasa
    Buta mata buta hati

    Menuruti bisikan syaitan
    Masing-masing tak nak mengambil
    Iktibar atau hikmah
    Dari kisah Habil Qabil

    ReplyDelete
  5. “Kau teliti, biar dari anak benihnya, curahkan seluruh kasih sayangmu, Dia pasti suka”

    Dan sorakan itu akhirnya aku fahami bila yang tumpul diganti, yang keras disirami.

    Memang agak sukar aku kerjakan tanah ini kerana hujan semakin lebat membasahi,

    Hingga aku tersedar hujan kali ini bawa rahmat bukan musibat,

    Kerna paritnya sudah terbina, waduknya sudah hampir siap, tunggu masa dipenuhi,

    ReplyDelete
  6. indah dan benar coretanmu ilham dari Tuhan Yang Maha Agung...jazakallah :)

    ReplyDelete