Dec 8, 2009

PIAGAM MADINAH

Pada tahun 622M bersamaan tahun pertama hijrah, Nabi Muhammad telah meletakkan dasar-dasar pemerintahan yang dikenali sebagai ‘Piagam Madinah’ atau ‘Perjanjian Madinah’. Ia merupakan Perlembagaan Negara yang pertama(bertulis) dalam catatan sejarah.


Mengandungi 47 fasal, 23 fasal berkaitan hubungan antara umat Islam, manakala 24 fasal berkenaan hubungan umat Islam dengan bangsa Yahudi.


Juga dikenali sebagai Dustar Al-Madinah dan Sahifah Al-Madinah, selain merangkumi hukum mengikut syariat Islam juga melambangkan Daulah Islamiah iaitu pembentukan sebuah Negara Islam. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:

  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.

  • Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

  • Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.

  • Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.

  • Keselamat orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,

Hingga kini Daulah Islamiah belum jelas kedudukannya setelah dimansuhkan pada tahun 1924 di Turki, ada yang mendakwa Islam tidak diperlukan lagi ‘Badan Kekhalifahan’ atau Islam tidak memerlukan Negara Islam seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah, maka perhatikan dengan tenang, jika Al-Quran merupakan aturan yang terkandung di dalamnya hukum-hukum maka perlu ada tempat untuk dilaksanakan, tempat yang melaksanakan tanpa cengkaman unsur lain melainkan berpandukan Al-Quran dan As-sunnah semata-mata.

Ramai yang menganggap ini perkara yang mustahil dan tidak praktikal lagi untuk abad ini, namun ramai juga yang cuba merealisasikan dengan pelbagai kaedah seperti melalui parti-parti politik, gagasan-gagasan, persatuan-persatuan, ada yang pasif ada yang agresif dan turut ada yang keterlaluan hingga menghalalkan pembunuhan atas nama Negara Islam.

Melaksanakan tuntutan Allah yang sebesar ini iaitu untuk melaksanakan sistemNya amat mencabar sekali, maka tuntutan ini perlu dilaksanakan dengan teliti, dilaksanakan mengikut kaedah yang telah Allah terangkan dalam Al-Quran dan perlaksanaanya mengikut cara Rasulullah.

Kita sendiri yang akan menilai tindakkan kita maka nilai sendiri sejauhmana kita benar-benar memahami betapa pentingnya melaksanakan hukum Islam. Laksanakan, jika ada yang mengajak kearah penyatuan maka penuhilah, jika buruk kita cantikkan jika busuk kita wangikan, segalanya bergantung pada tekad dan pendirian kita, maka marilah bersama-sama kearah menzahirkan sistem Allah agar terpancar cahayaNya hingga mampu merahmatkan sekalian alam.




2 comments:

  1. salam maal hijrah (next week) abang pendekar ittewww.. ehehe

    ReplyDelete
  2. ramai yang tak tau cerita disebalik hijrah ni...

    Selamat tahun baru..

    ReplyDelete