Dec 4, 2009

TAKUT KOT?

f-94a


Semalam dan hari ini amat bermakna buat aku, kerna memahami dan mempelajari sesuatu perkara yang teramat penting iaitu ‘menghadapi ketakutan’.


Adakala untuk mengurangkan perasaan takut kepada harimau maka kita kena selalu berada dengan harimau, memahami dan menghadapinya, dan kita akan dapati bahwa ketakutan kita sebelum ini tidaklah seberapa mana. Hantu contohnya sesuatu yang dikatakan amat menakutkan namun jika kita cuba untuk berhadapan pada tempat-tempat yang dikatakan berhantu maka kita akan temukan titik perubahan, memahami bahwa perasaan takut itu cuma sekadar perasaan kita.


Kita takut kehilangan hingga ada yang murung bila kehilangan, yang perlu dilakukan cuma hadapi kehilangan itu, bersemuka dan memikirkan maka tiada lagi rasa kehilangan, tanpa kita sedari tiada yang ada(kekal) dan tiada yang hilang sebenarnya(berbelit lidah aku wa hahahaha). Andai kita berjaya menghadapi ketakutan maka satu ilmu yang baru akan kita temui. Namun untuk menghadapi ketakutan perlu dengan tekad dan ilmu, jangan berani membuta.


Andai takut pada Allah, takut ancamanNya maka hadapi rasa takut itu dengan menghadapi segala perintahNya, lakukan, laksanakan.

3 comments:

  1. kdg kala kita merasa mcm takut ..
    " adakah esok masih ada lagi untukku?????

    ReplyDelete
  2. wah.. setuju tu.. lawan takut itu dgn wat ape yg Allah suruh.. betul3x..

    ReplyDelete
  3. a'ah kan..ble kite mendekati dgn ape yg kite takuti, kite akan mendapati bahawa kite mepunyai kekuatan utk melawan ketakuatan itu...

    ReplyDelete