Mar 30, 2010

ATAS NAMA CINTA

Puas sudah aku bersilat, hampir tepu dan tidak tahu ungkapan yang bagaimana lagi mahu aku dendangkan. Serasa aku yang aku luahkan itu yang paling mudah, maka bagaimana lagi untuk aku mengertikan. Kau kata aku terlalu logik? hingga aku melupakan intipati serta pengertian yang pernah disampaikan oleh rohul qudus.

Yang mendukacitakan aku, bukan kerana prinsipmu tidak berubah, tapi kerana kata-katamu yang becok seakan jiwamu yang paling bersih membenci segala macam kemungkaran, namun akhirnya kau sendiri bicarakan kau tak temu jalan, aku hulurkan tangan mahu ku tunjukkan jalan namun kau sendiri pula menyatakan belum masanya lagi. Tunggu apa?

Hari ini aku tertawa, bukan ketawa gembira namun dalam benakku segala macam rencah seakan mahu aku menjerit terlolong "Apsal ko bengap sangat!!!"

Namun itu bukan diri aku, dan aku pasti perasaan ini sekadar sejam dua, aku tidur dan esok, 'pling' ianya seperti biasa. Cuma satu sahaja, cintamu atas nama siapa?




<

No comments:

Post a Comment