Oct 26, 2008

HEMBUSAN BAYU MELAYU.

Komen hny,

"jgn kate undang2 islam akhi.. yg sunnah pun tak sberapa yg menegakkan..
tgk je la kenduri kahwin org kite yg terlalu mengikut adat..
cuma nak jadikan contoh.. berdasarkan hadis sahih yg sy dengar dari seorg sheikh..
seeloknya nikah pada bulan syawal, hari jumaat..isteri dihantar kepada rumah pihak suami,
kemudian psgn td berkumpul..
selepas tu baru diadakan kenduri walimatul urus ..
tapi, yg dibuat kan sekarang membelakangkan sunnah, mendepankan adat..?
kalo ente sendiri yg kahwin nanti (kalo belum kahwin skrg, atau nak kahwin lagi la misalannye ye..heheh)
ente berani ka cakap dengan mak ayah (kandung n mertua), kate nak wat seperti yg nabi sabdakan?
amacam akhi? ada beran?"


Menjawab kembali komen hny,

Mungkin penjelasan ini agak panjang kerana pertanyaannya punya banyak jawapan namun aku cuba perjelaskan secara pendek dan padat. 'Hny' harus tanya kembali pada sheikh yang mengajar, kalau boleh diberitahu siapa nama sheikh tersebut serta perinci hadith yang dikatakan sebagai hadith sahih. Memang benar Muhammad S.A.W berkahwin dengan Siti Aishah dikatakan pada hari Jumaat dalam bulan Syawal, dipetik dari kata Aisyah bahwa:


"Rasulullah s.a.w mengahwiniku pada bulan Syawal dan serumahtangga denganku pada bulan Syawal. Maka manakah isteri Rasulullah yang lebih dicintainya daripadaku?"(Ruj. JAKIM)

"Rasulullah menikahiku pada bulan Syawal dan berkumpul denganku pada bulan Syawal, maka siapa di antara isteri-isteri beliau yang lebih beruntung dariku?"
(
Hadith riwayat Ahmad dalam Musnadnya, VI/54, Muslim dalam sahihnya II/1039, kitab nikah, hadith no. 1423, At-Tirmidzi dalam Sunanny
a II/277, Abwab Annikah, hadith no 1099 dan beliau menyatakan "Ini adalah hadith hasan sahih". An-Nasai dalam Sunannya, VI/70, kitab An-Nikah, bab PERNIKAHAN PADA BULAN SYAWAL. Ibnu Majah dalam Sunannya, I/641, kitab An-Nikah, hadith no 1990)



Rasulullah menikahi Siti Aisyah pada bulan Syawal adalah kerana ingin menafikan tradisi bangsa Arab yang melarang perkahwinan pada bulan Syawal, kerana ba
ngsa Arab ketika itu menganggap pernikahan dalam bulan Syawal boleh membawa sial atau malang dan mereka selalu berkata "Wanita yang hendak dikahwini itu akan menolak lelaki yang ingin mengahwininya seperti unta betina yang menolak unta jantan jika sudah bunting dan mengangkat ekornya."


Sahabat yang dirahmati Allah kita fahami sebaik mungkin sabda Muhammad S.A.W katanya,
Ku tinggalkan(pusaka) untuk kalian dua perkara(perbuatan/amal) taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu KITABULLAH dan SUNNAHRASUL-NYA"

Sekiranya kita meletakkan kata Aishah sebagai sunnahRasul maka ramailah orang yang akan sesat, dan tidak ikut sunnahRasul termasuklah Muhammad S.A.W kerana baginda berkahwin dengan Siti Khadijah dan isteri-isterinya yang lain bukan dalam bulan Syawal.



Ramai kita pada hari ini keliru dan dikelirukan perbezaan antara
Hadith dan SunnahRasul. Kata Allah dalam Al Jumu'ah ayat ke-2;


Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,


Al-Quran merupakan satu doktrin Ad-deen(sistem), menjelaskan tentang dasar-dasar sistem yang menjadi cara hidup manusia di bumi. Dengan bahasa mudahnya Al-Quran merupakan perlembagaan kenegaraan manusia. Namun ianya sekadar teori sahaja, praktikalnya merupakan SunnahRasul-Nya. Beerti apa sahaja perlakuan(perbuatan), kata-kata(hadith) dan diam, Muhammad S.A.W dan para rasul terdahulu untuk menzahirkan Addeen(sistem) Allah, berlandaskan kitabAllah(wahyu), Rasulullah mempraktikkan banyak strategi dan kaedah membangunkan Ad-deen Allah dan ini yang boleh kita definasikan sebagai sunnah(yang paling hampir).


Mungkin ada yang punya pendirian lain mengenainya, namun apa yang aku harapkan kita sama-sama mencari titik persamaan. Tugas penting untuk menzahirkan sistem belum selesai dan jangan pula kita mencari perbezaan. Kata Allah dalam Al Mu'min ayat ke-4


"Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu".

Maka jika ada pandangan yang lain tolong hujahkan secara ilmiah. Mardhotillah.....


;-)

6 comments:

  1. aku tidak punya ilmu yang banyak untuk memberi penjelasan.bila terbaca begini baru aku trfikir,memang kekadang manusia lupa beza sunnah dan hadis itu

    ReplyDelete
  2. sememangnya ia berbeza sahabtku....nazirul

    ReplyDelete
  3. asif akhi,
    nampak gayanya hamba yg x berilmu ni dah mess up sampai...
    but,it's ok!

    point ana menulis comment itu tidak lebih dari sekadar nak menunjukkan betapa hal yg simple jadi complicated,jadi susah nak bila nak ubahnya..sebab masih tebal, masih kuat pegangan melayu kita kepada hukum adat berbanding hukum hudud, di malaysia ni..sebab itu ramai yang tak sanggup bila nak hidupkan hudud, ramai yg itu, ini dan sebagainye..

    nah, jadi sekarang pandanganku pada entry kamu yg lepas ialah benda yg dianjurkan nabi sendiri tak mampu dihidupkan sehidup-hidupnye, benda yg melibatkan generasi..tak kira org berilmu atau tidak, sesiapa pun tapi mewakili satu jumlah yg besar, org kite di malaysia..
    ape lagi hukum Allah yg tak sanggup nak dihidupkan..

    itu point ana sebenarnye..bukan nak membahaskan soal sunnah atau hadis, (sungguhpun aku mengaku kekurangan ilmu membuatkan aku salah membezakan keduanya..)
    jadi term yg ana gunakan di situ tidak lebih sekadar tujuan memberi contoh kepada point nya sahaja..
    jadi aku merasa, pandanganku yg lepas disalahertikan..

    mungkin ana yg kurang ilmu, atau ter"jumud", atau terpedaya dengan tipu daya syaitan semasa memberikan komen di sini..apa sajalah yg semakna, pendek kate masih bertatih lagi lah kalo nak dibandingkan dengan ente..

    asif kalo ana mencelah x kene masanya..tapi ana terus terang saja di sini, response2 nye membuat aku terselar dan tidak betah membace di sini lagi sedangkan aku benar2 berminat untuk mendalami buah fikiran kamu..
    mungkin sebab hati perempuan, senang tercuitnya..jadi..itulah (speechless, ana tak ape nak cakap lagi)

    aku cuma salah seorang dari kalangan akhwat yg tidak cukup ilmu, tapi teachable dan mengharapkan ilmu, seizin-izin Dia..

    enough!
    cukup sekadar itu tentang itu..

    yg ni sekadar berkongsi shj ye..
    hadis atau apa pun yg aku maksudkan di comment lepas dan entry ente ini aku dengar dari pengajian kitabunnikah, kitab karangan Imam Muhammad bin Abdullah Al Khatib Al Tabrizi, yang disampaikan oleh sheikh nuruddin yang aku kagumi penyampaiannya..
    wallahi, aku tidak kenal mendalam siapa sheikh ni, atau setakat mane tinggi ilmunya atau apa kelayakan dia..tapi, pada aku yg kurang ilmu ni, tidak lebih seperti peribahasa melayu: yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan..
    to limit extent,bear in mind: tauladan bukan amalan..

    lebih mudah kalo ente masuk je laman sesawangnya kalo punye masa:
    http://www.mymkkk.tv/view_video.php?id=177

    barakallahu fik, ya akh..
    ana berundur dan pergi, assalamualaikum.

    ReplyDelete
  4. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    fahana_ann, aku cuma berkongsi mana yang aku tahu. kerana pesan muhammad s.a.w, sampaikan walau sepotong ayat.

    nazirul, salam perjuangan.

    hny, he he he...... dan alamak, maafkan aku diatas kekurangan diri masih tidak memahami....mardhotillah

    ReplyDelete
  5. masih jauh perjalanan untuk aku cari titik persamaan............heh

    ReplyDelete
  6. salam...

    Al Mu'min ayat ke-4


    "Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu".

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete