Oct 3, 2008

TOLERANSI MELAYU DAN PERDAMAIAN ISLAM

Saban tahun kita merayakan Hari Raya Aidil Fitri, semua penganut agama Islam gembira merayakannya mengikut budaya dan cara mereka sendiri, serta tidak boleh dipisahkan perayaan ini dengan solat raya, ziarah-menziarahi dan melawat pusara generasi terdahulu.

Namun apa yang menjadi tanda tanya aku ialah tentang tarikh sambutan perayaan ini di seluruh dunia yang disambut setiap tahun berlainan tarikh dan harinya. Hinggakan di Indonesia contohnya punya dua versi sambutan. Mungkin kita di Malaysia tidak terasa namun ada juga sahabat kita yang menyambut hari lebaran ini berbeza tarikh.


Walhal Allah telah menetapkan bahwa kita harus menegakkan Deenullah dan jangan berpecah belah (Asy Syuro:13). Seharusnya dalam menentukan setiap apa sahaja yang diperintahkan Allah harus dilaksanakan dalam berbentuk penyatuan kerana Islam mengajak bersatu bukan berpecah-belah. Yang lebih menakutkan apabila perbezaan itu wujud atas sebab untuk mempertahankan ego peribadi atau ego golongan, sikap ego dan senantiasa merasakan dirinya serba cukup menolak prinsip toleransi dalam beragama.


Perhatikan Ar Ruum : 31,32,33, sikap berbangga diri salah satu dari sifat orang-orang musyrik (golongan mempersekutukan Allah), hinggakan tanpa rasa malu menyatakan prinsip yang lalu menjadi budaya dan terus menjadi darah daging. Natijahnya berlaku perpecahan pendapat diantara umat Islam di dunia.


Perpecahan dan perbezaan umat Islam kini bukan sekadar dalam menentukan tarikh hari lebaran namun berlaku dalam banyak cabang lagi, penetapan hukum, kefahaman rujukan Al Quran dan Hadith, dan pelaksanaan syariat Allah. Allah itu satu, katakanlah bahwa Allah itu satu, laungkanlah bahwa Allah itu satu, maka Islam punya satu prinsip, satu fahaman dan satu keyakinan, beerti Islam kini hilang pusat penyatuan. Maka harus digembeling tenaga dalam menzahirkan kembali kiblat Islam agar umat Islam mengikut perintah yang satu.

3 comments:

  1. Salam..

    Benar..Mesir raya hari rabu, Malaysia pun sama, Jordan dan Mekah Selasa..nampak berterabur jadinya..

    ReplyDelete
  2. harus ada tindakkan bagi mengembalikann penyatuan dalam kalangan umat islam,

    walaupun tindakkan yang kecil atau memakan jangka masa yang lama

    ReplyDelete
  3. salam...

    Ar Ruum : 62.

    "Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete