Nov 29, 2008

SUKA sama SUKA

Kenapa kita perlu tidur? Kenapa kita perlu makan? Kenapa kita perlu bernafas? Kenapa kita perlu berkeluarga? Kenapa kita perlu kecil, dewasa dan mati? Kenapa kita perlu ketawa bila gembira dan menangis bila sedih?


Kerana itu fitrah manusia, itu tabiat semulajadi manusia. Manusia dijadikan perlu rehat dan tidur, perlu makanan dan minuman, perlu bernafas, perlukan keluarga dan sahabat. Kerana itu fitrah semulajadi manusia, proses yang perlu manusia kecapi, lahir, membesar, dewasa dan akhirnya mati, proses yang manusia harus lalui, ketawa sewaktu gembira dan menangis waktu duka.

Apa yang akan berlaku jika manusia keluar dari fitrah semulajadinya? Keluar dari kehendak tabiinya? Maka berlakulah segala impak dan kompilasi yang negatif dan hingga titik akhirnya manusia akan mati jika keluar dari fitrah semulajadi manusia. Maka bagaimana pula fitrah semulajadi manusia di muka bumi? Adakah manusia masih berada dalam fitrahnya atau telah terkeluar dari sepatutnya?


Bagaimana untuk memastikan manusia tetap kekal di muka bumi tanpa mencacatkan alam dan saling berlakunya ‘interdependency’ sesama makhluk? Adakah akal manusia mampu mencari penyelesaian? Adakah akal manusia mampu memikirkan keperluan makhluk dan alam ini? Jika mampu apa buktinya? Jika tidak mana laluan sebenarnya?


Para nabi diutuskan untuk merahmatkan sekalian alam. Bagaimana cara mereka merahmatkan alam? Adakah sekadar membawa satu doktrin keagamaan? Meminta semuanya sekadar syahadah, solat, puasa, zakat dan haji? Kenapa alam ini masih huru-hara, berlakunya penindasan, kezaliman, kemaksiatan? Pada hal berbillion umat yang mengaku hamba Tuhan? Kenapa masih samar-samar rahmatnya? Adakah kita hanya redha menunggu bumi ini dimusnahkan?


Fikirkanlah sahabatku. Benang putih kau tetap akan nampak seakan hitam dalam gelap, bumi ini luas, maka hijrahlah.

An Nisaa':97
Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?." Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri." Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?." Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali,

-> Aku Islam & dot dot dot
-> Letih Berfikir Tak Letih Berbuat

9 comments:

  1. aku sdg berfikir membaca semua ini.. :)

    ReplyDelete
  2. sampaikan dgn bijaksana macammana?boleh terangkan sikit?

    ReplyDelete
  3. blurr...kureng ngerti dong

    ReplyDelete
  4. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Maryam Abu Ahmad, ketetapan Allah, berulang-ulang, siang dan malam silih berganti, jatuh perlu bangun,

    jika dahulu Musa naikkan Islam kemudian Islam jatuh, Isa naikkan Islam kemudian jatuh, Muhammad naikkan Islam dan kini makin jatuh, siapa lagi yang perlu naikkan Islam sekarang?
    Bagaimana?

    Kita yang perlu mengorak langkah mengembalikan Islam pada landasan sebenar, melalui perlaksanaan terhadap Al-quran dan sunnah.

    theconfused, ;-) fikirkan jika mampu kau fikirkan, he he he he.

    Ibnurashidi, ana rasa anta punya jawapan ho ho ho ho

    Islam itu kaya dengan Ilmu, adakala perlu berterus terang namun adakalanya bersimbolik baru difahami, jangan memperdebatkan Al-quran, dan carilah persamaan..... ;-)

    Jawahir, loh kalo gitu kena dibetulkan channelnya..... tukar siaran dari yang lama kebaru, yang hitam putih ke yang ade colour, hijrah dong... he he he he..... mampus gue kalo berterus terang....

    ReplyDelete
  5. owh. byk nya soalan tersirat dlm entri ni. buat diya berfikir ^-^

    ReplyDelete
  6. diya, fikir jangan tak fikir, jangan berhenti untuk berfikir...

    ;-)

    ReplyDelete
  7. berfikir tu pun fitrah..hehe...
    sunnah kembali...

    ReplyDelete
  8. salam...

    An Nisaa':97
    Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?." Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri." Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?." Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali,

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete