Sejak kapan dia disitu.
Mengukur dalam cara yang berbeza
Melirik dengan bahasa yang serupa
Memerhati dari alam bunian
Dengan kira, tiga, tiga, tiga
Ada yang cuba turut mengira
Satu? tapi kelibatnya seakan dua
Dua? namun seperti tiga
Tiga? tapi dibelakangnya lima
Lima? mereka kata berjuta
Mustahil!
Sejak kapan dia disitu?
Sekali pandang seperti orang gila
Dua kali pandang seakan dewa
Tiga kali pandang tak pernah serupa
Diherdik diam, disepak diam
Lagak seperti orang kaya
Poket sepapa-papa
Senyum melirik, kata tersirat, hati memikat
Sejak kapan dia disitu!
Pandangan dari sudut berbeza
Serupa tapi tak sama bucunya
Akarnya? dia yang tahu,
Batangnya? dia yang tahu
Buahnya? dia yang tahu
Belajar dari Dia
Satu guru tiga rasa
Pernah berkata sang petapa
“Tembok itu tinggi, parit itu dalam
jangan kau uji, takut nanti makan diri”
Lari ikut caramu walau kau tahu siapa aku
Tidur ikut baringmu walau kau tahu mana aku
Caturmu untuk kamu, caturku untuk aku
Satu lagu berbeza rentak
Maka menarilah ikut caramu……..
(titik)
Tie tak suka menari, suka tengok je....
ReplyDeleteHmm...agaknya adakah yang hebat rentak tariannya akan disanjung ? Atau rebah tergolek........entahlah....
macam citer promlee - 'cubaannnns' ..
ReplyDeletemenari ikut rentak yang pelbagai jangan sampai sumbang langkahnya
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
rindu akan jubin sejuknya..hehee
ReplyDelete