Mar 5, 2009

MENARILAH

Sejak kapan dia disitu.

Mengukur dalam cara yang berbeza

Melirik dengan bahasa yang serupa

Memerhati dari alam bunian

Dengan kira, tiga, tiga, tiga

Rubber_Boots2

Ada yang cuba turut mengira

Satu? tapi kelibatnya seakan dua

Dua? namun seperti tiga

Tiga? tapi dibelakangnya lima

Lima? mereka kata berjuta

Mustahil!



Sejak kapan dia disitu?

Sekali pandang seperti orang gila

Dua kali pandang seakan dewa

Tiga kali pandang tak pernah serupa

Diherdik diam, disepak diam

Lagak seperti orang kaya

Poket sepapa-papa

Senyum melirik, kata tersirat, hati memikat



Sejak kapan dia disitu!

Pandangan dari sudut berbeza

Serupa tapi tak sama bucunya

Akarnya? dia yang tahu,

Batangnya? dia yang tahu

Buahnya? dia yang tahu

Belajar dari Dia

Satu guru tiga rasa



Pernah berkata sang petapa

“Tembok itu tinggi, parit itu dalam

jangan kau uji, takut nanti makan diri”

Lari ikut caramu walau kau tahu siapa aku

Tidur ikut baringmu walau kau tahu mana aku

Caturmu untuk kamu, caturku untuk aku

Satu lagu berbeza rentak

Maka menarilah ikut caramu……..


(titik)

5 comments:

  1. Tie tak suka menari, suka tengok je....

    Hmm...agaknya adakah yang hebat rentak tariannya akan disanjung ? Atau rebah tergolek........entahlah....

    ReplyDelete
  2. macam citer promlee - 'cubaannnns' ..

    ReplyDelete
  3. menari ikut rentak yang pelbagai jangan sampai sumbang langkahnya

    ReplyDelete
  4. rindu akan jubin sejuknya..hehee

    ReplyDelete