Dec 1, 2009

KIPAS SUSAH MATI

Tun Dr. Mahathir pernah menggariskan 7 kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu;

  • Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang2nya tidak bercakap besar.
  • Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
  • Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
  • Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
  • Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
  • Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
  • Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya

Bila aku cermin-cermin diri aku untuk menjadi pemimpin(semua manusia adalah pemimpin), maka aku akan ‘fail’ bab menjaga sensitiviti pihak atasan dan orang lain, wah hahahaha, salah satunya sebab kepala batu aku masih tak lembik-lembik lagi, dan kadang-kadang aku merasakan orang yang terlalu menjaga sensitiviti pihak atasan dan oarng lain seperti seorang kaki kipas…. wa hah ah ahha.

1 comment:

  1. salam...wah...nasihat yang berguna lagi manafaat...kerosakan wanita berpunca dari lelaki yang rosak...sebab itu, usaha hendak dibuat ke atas orang lelaki...takaza kita sekarang dan sampai kiamat jumpa setiap lelaki akil baligh di dalam rumah2 org islam,,ajak mereka kepada masjid..biar semua lelaki islam ada hubungan dgn masjid dan ada taaluk dengan Allah swt.

    ReplyDelete