Nov 12, 2008

NEGARAKU.......oh! Iyakah?

Menjawab komen dari Bro. Aboo........

Pendekar!
Kawan gua ada tgk klip ni, dia amoy Buddha. "Wahhh...manyak teruk wooo, hidup pun susah...mati pun susahhh...! takot loo, jadi Islam..masuk kubur byk soal...! " Woowww..Gua rasa, kita yg Islam ni terlalu expose sangat lah pasal benda2 nih. Nak dakwah secara halus pun susah...! Terlalu kena ikut rentak..Haiya! Tu laa...bila dah berkawan, ingat nak ajak kawan masuk syurga sekali! Ishhh... Ntah la Pendekar, Lu sambung....
Ops...Pendekar! Soalan dari kawan gua,tak reti nak jawab; Apa2 fatwa oleh Majlis Mufti utk Islam je kan? Takde kena mengena dgn Si Kafir kan?!Macam hudud tu semua... Opss...Lagi satu,kasi kuliah hudud pulakkk! Kawan2 kafir gua byk tanya gk soal isu potong2 tangan nih...Please! Kongsi Ilmu! Huhu..Roger!

Panjang kalau aku nak jelaskan dengan terperinci (mungkin boleh siap satu novel, lepas tu ko tengok aku masuk ISA, ha ha ha), maka tolong pada Bro Aboo dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, tolong fahami sebaik-baik mungkin, jika ada sebarang persoalan tentang fatwa dapatkan khidmat pakar(korang jangan pergi dr sakit puan pulak) .......heh.


1. Islam hari ini terlalu jauh melencong dari apa yang Rasulullah ajarkan. Kita hari ini ditakut-takutkan tentang hukum, fatwa, balasan dosa dan bermacam-macam lagi. Padahal asas Islam itu ilmu(pendidikan). Islam di Malaysia majoritinya Islam baka, lahir-lahir terus Islam, maka seperti mengajar burung kakak tua ramai yang sekadar ikut-ikutan tanpa benar-benar memahami falsafah disebalik Islam, tanpa memahami matlamat Islam sebenarnya.

2. Belajar dari para Rasulullah, berapa ramai yang sudah dipotong tangan? Berapa ramai yang Muhammad s.a.w cabut nyawanya dengan direjam kerana zina? Adakah Rasulullah takut-takutkan masyarakat dengan hukum? Atau dipasakkan kecintaan pada Allah dalam jiwanya? Belajarlah sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah. Mana lebih senang tolak kereta, atau 'start' enjin kereta biar bergerak sendiri?

Hari ini Islam kita ramai yang paksa(forces) menolak kereta, nah! Padan muka kalau tak mampu menolaknya, aku yakin semua yang berlabelkan Islam mahu membawa kebaikkan tapi bukan itu caranya, 'start' suis kereta, nanti dia akan berjalan sendiri, kemudikan sahaja. (so satira, kalau tak mampus kena hentam lagi). Persoalannya siapa yang mahu mengemudi Islam ini? Siapa yang mahu jadi driver? Fikirkan.


3. Jika benar-benar sudah ditanamkan aqidah, dipasakkan rasa kecintaan dalam jiwa pada Allah, dizahirkan Ad-deen Islam, namun masih melakukan onar, baru cerita tentang hukum. Sudah kita tangkap pencuri, kita penjarakan, kita bimbing dengan Al-Quran, dalam penjara pun dia mencuri lagi, nah baru timbul hukum hudud, mudah kata ini hukum darurat, bukankan Allah itu Al-Af'fu? Allah tidak zalim tapi yang zalim kita.



4. Soalan dari aku pula. Dengar dan perhatikan dengan tenang. Jika dalam rumah kita maka dengan senang hati kita akan buat peraturan yang kita mahu, kerana itu rumah kita, dan kita sebagai pelakunya, kerana itu memang rumah kita(berapa banyak kali rumah daa). Negara Malaysia yang aku cintai ini negara Islamkah? Atau cuma dipimpin oleh orang Islam? Sampai kita bisa mengeluarkan fatwa dan hukum? Negara kita? Benar-benar rumah kita?

Bayangkan begini, duduk dalam sebuah rumah bujang, ada lapan orang penyewa, dan oleh kerana kita sudah tinggal lama dirumah itu, adakah semuanya kena ikut perintah kita sesuka hati tanpa kita perkenalkan dan fahamkan dasar-dasar peraturan yang kita mahukan. Jika tiga orang tidak mahu ikut macam mana, suruh yang mahu sahaja? Atau halau yang tak mahu ikut peraturan? Opssss diaorang pun bayar sewa maaa.......... Fikirkan.


5. Soal amoi yang tengok vcd kematian tu, he he he, bos suruh buat kerja korang tengok pulak, woit kerja-kerja, he he he. Tiada ayat didalam Al-Quran tentang penyiksaan dalam kubur(kalau ada tolong info), yang ada sekadar hadith, dan kebanyakkan hadith yang aku jumpa bukan hadith sahih. Kita yakin setiap perbuatan yang kita lakukan akan dibalas sebaik mungkin. Cuma kita tidak tahu bagaimana kaedah pembalasan yang diperuntukkan(siapa yang dah mati tolong jawab). Wajar atau tidak aku rasa dah jawab dalam entry lepas.


->CEPAT TUA
->MELAYU MELANGKAH LAYU

15 comments:

  1. salam perdamaian.
    padang bola dah tentu nya main bola orang yang main pulak mesti la pemain bola yang tahu peraturan bola..tapi kalu tak tau nanti jadi caca marba la...hehehe...nice entry..mungkin ramai yang membaca akan memahami ape yang ingin di perjelaskan...

    ReplyDelete
  2. Entry yang membuatkan saya berfikir sejenak.. Kehidupan kita sekarang sudan terpesong jauh dari Islam sebenar iaitu Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
  3. Soalan no.4 tu...memang dah lama tie fikirkan. Bagi Tie, Malaysia umpama sebuah rumah, tuan rumahnya telah terlalu bermurah hati membenarkan tetamu tinggal dengan selesa,beranak pinak dan diberi sedikit hak.

    Namun kerana anak2 tuan rumah kurangnya sifat bertanggungjawab, maka tetamu dengan sedikit2 mengambil alih tugas tuan rumah, dan kemudian menuntut bahagiannya.

    Pemimpin kita telah lakukan kesilapan yang pertama iaitu menukarkan nama Tanah Melayu kepada Malaysia. Kerana itu tetamu tidak sedar sebenarnya tanah yang mereka pijak ini masih bukan milik mereka walaupun berjuta RM mereka laburkan.

    ReplyDelete
  4. Eh!..Tie lari dari topik ke?? Sorry laa...sedikit patriotik tadi..huhu..

    ReplyDelete
  5. salam..

    wajib mempercayai ada nya siksa kubur...sila layari..http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah1/chapter3%20isyarat%20quran%20berkaitan%20azab%20kubur.htm

    kalau salah tolong betul kan..:D

    nice posting..walau pun kawan awak tu bahasa nya tunggang langgang

    ReplyDelete
  6. Pendekar!

    Gua rasa,sistem pengurusan Islam kita yg problem. Dah terlalu liberal sgt dah kot..?!

    Ops...Amoy tu tgk kat youtube kat rumah.Bkn kat ofis..Kitorang non-government,So...takde masa nak tgk2 youtube masa kerja.

    Thanks utk kuliah!

    Roger!

    ReplyDelete
  7. salam

    lagi byk y aiman baca lagi takut untuk terus berdepan ngn dosa yang lepas..

    moga Allah ampunkan dosa2 kita..

    amin..

    ReplyDelete
  8. Jangankan kata orang bukan Islam yang keliru dengan kita, orang Islam pun ramai yang keliru.

    ReplyDelete
  9. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    yonna bebot =), tanx sis.

    nazirul mubin, aku takut jugak kalo refree takde, heh...

    Tirana, kerna itu nabi Muhammad tinggalkan pada kta kitab dan sunnahrasul......agar lencongan kembali pada jalannya kembali.....

    .Tie, jangan begitu Tie, kalau dahulu Muhammad s.a.w hijrah ke kota Yathrib juga sebagai tetamu, malah diangkat menjadi pemimpin. siapa pun kita bumi ini bumi allah, apa salahnya kita hidup dengan aman dan damai...... berlandaskan aturan Allah.

    fakhzan, seperti yang aku beritahu, bahwa tiada ayat yang merujuk spesifik tentang azab kubur, bahkan jika diperhati dan diperhalusi, Allah mengajarkan falsafah dalam Al-Quran, nah kita yakin tentang azab, namun kita tidak tahu bagaimana kaedah atau bentuk azab yang dibuat, mutawwir hadith dari rasulullah kebanyakkan yang menceritakan azab kubur bukan hadith yang sahih. terima kasih atas pengongsian maklumat. moga kita makin dekat pada cinta Allah.

    Aboo, He he he, sebab itu harus kita tangani masalah pengurusan yang liberal ini dengan membangunkan kembali pendidikan yang mampu membawa generasi faham fungsi diri mereka yang sebenar. bukankah Al-Quran itu juga mengajar kita untuk mengurus, silap kita sekarang ini ramai yang mengurus pakai otak sendiri.....

    akuduniaku, amin, dekatkan diri kembali dengan Al-quran aiman......

    RAHISAM RAMLI, itu la yang menjadi kekeliruan aku pula, tapi sebabnya mudah kita sendiri ambil mudah dalam menyebarkan kebenaran Islam.....

    Mardhotillah.

    ReplyDelete
  10. Sy Takut tgk video nih..huh takut.. takut.. takut.. patutlah mak bapak d'org bising!

    ReplyDelete
  11. Oh gitu ke??..ih! ih!...malu laa...... lain kali tak fikir gitu...janji!!

    ReplyDelete
  12. Pendekar!

    Kali ke-5 gua baca tulisan nih,gua rasa..Kita tak penah di-force pun! Kita sekarang terlalu pandang ringan pasal agama nih dan di-visual-kan Islam dgn pandangan tertentu oleh Si Islam yg tertentu.

    Kita terlalu open pasal life. No-boundaries la kononnya. Pada gua,Islam di Malaysia...yang menonjol ada 2pihak. Pertama,yang orang 'nampak' extreme.Kedua, yang terlalu simple-kan Islam,kononnya fundamentalist yang sbenarnya,taktau pun ada itu ISlam!

    So..Si Fundamentalist ni duk pertahan diorang punya ke-fundamental-an tu. Yang 'nampak' ektrim tu selalu di-visual-kan macam jumud.

    What say you,Pendekar?

    Roger!

    ReplyDelete
  13. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Azlin HAshim, Heh, kalau bagi aku ok jer, takde ape pun tapi mungkin ada yang tak boleh tengok....... sebab itu harus dipertimbangkan kalau nak tayangkan pada anak2.

    Tie, Heh, fikirkan yang positif.

    Aboo, Baguslah kalau bro rasa tak dipaksa, tapi ramai sahabat kita 'terpaksa' jadi Islam, kita tengok hasil bro, jika tidak rasa terpaksa sepatutnya tidak ada yang membantah, bukan hendak salahkan sesiapa, tapi mereka belum benar2 memahami Islam.

    Nah, kalau dari kacamata aku, Islam di Malaysia terdiri dari banyak cabang, Islam yang benar2 mempertahankan Islam yang terbahagi kepada dua, yang mempertahankan Islam secara terang-terangan dan yang mempertahankan Islam secara sembunyi.

    Islam yang lansung tidak endah dengan Islam, lebih mengutamakan kehidupan juga terbahagi pada dua, yang mahukan keadilan sosial, dan yang hanya mementingkan diri dan keluarga sendiri sahaja. Kebanyakkan mereka ini tidak ada asas Islam yang kukuh.

    Islam baka, jenis ini yang paling berbahaya, mereka umpama lalang, tidak berperinsip, mengikut kata tanpa usul periksa dan golongan ini yang sentiasa dilabelkan sebagai Islam jumud.

    Dasar Islam ilmu bro kerana Allah yang Maha pemurah mengajarkan Al-Quran kepada manusia. maka titik tolak Islam pada pendidikan. hari ini kita asyik salah-menyalahkan padahal harus kita lengkap-melengkapi.

    Dan apa sahaja prinsip samaada fundemental atau yang nampak ekstrim , aku rasa jawapannya kita tengok apa hasil yang sudah ada, apa kesan terhadap memiliki prinsip sebegini.

    mardhotillah

    ReplyDelete
  14. aku suka posting ni..nnti aku baca lagi untuk lebih faham dan beritahu mmber yang memang kadangkala tercetus untuk dibincangkan..em..time kasih atas perkongsian dan maklumanyang sangat berguna..moga allah memberkati..-fahana_ann

    ReplyDelete