Showing posts with label KULIAH. Show all posts
Showing posts with label KULIAH. Show all posts

Apr 3, 2014

ANALOGI ADAM DAN IBLIS

Turunnya Al-Quran dalam era masyarakat yang kaya dan cintakan puisi, maka ayat-ayatnya amat dalam dan punya makna yang tersurat dan tersirat. Maka aku ungkapkan analogi antara Adam dan Iblis bagi tujuan rujukan diriku sendiri, tidak ada kena mengena dengan kamu yang hidup dan yang mati.

Allah hanya mampu berbicara langsung dengan para Rasul, malah ramai RasulNya mendapat wahyu melalui perantaraanNya iaitu Jibril. Di antara wahyu Allah ialah Al-Quran aka Kalamullah yang tidak lain dan tidak bukan mengajar manusia hidup bersistem yang benar(jika dibuat SWOT analisis berdasarkan sistem-sistem yang ada maka sistem Islam walaupun ramai yang tidak mahu terima pakai, tetap sistem yang terbaik di atas sistem-sistem yang lain). Hidup bersistem, berRukun perlukan beberapa unsur antaranya unsur aturan, unsur tempat dan unsur pelaku. 


Analogi Adam dan Iblis lebih kepada unsur pelaku. Di sini Allah secara terangan menampakkan dua kategori kepimpinan, satu kepimpinan yang dasarnya dari api dan satu kepimpinan yang dasarnya dari sari pati tanah. 
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Aku lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".
 Al-A'raf; Ayat 12

Iblis: Diciptakan Dari Api

1. Sifat api yang membara-bara apatah lagi jika ditambah dengan minyak semakin maraklah api itu, kepimpinan yang selalu mengobarkan semangat, menaikkan semangat juang, mengapi-apikan emosi pengikutnya.

2. Punya bakat kepimpinan semulajadi(born leader), cepat membuat keputusan dan percaya diri yang tinggi.

3. Motivator yang baik dan mampu mewujudkan idea-idea yang bagus(genius) dan lebih agresif.

4. Menyukai perkara yang baru, inovasi dan mampu mendominasi orang lain dengan idea yang kreatif serta mampu menanggung risiko.

5. Sifat 'powerful choleric' yang tinggi, ego, suka menjadi pemenang utama, dan suka mendengar pandangan orang lain asalkan selepas itu tetap mengikut telunjuknya, serta bersikap impulsif.

6. Terlalu berani mengeluarkan pendapat. Mampu menarik orang lain melaksanakan visi dan misinya, suka bersemangat dalam mengejar cita-citanya sehinggakan hasilnya seringkali 'asal sudah'.

7. Seringkali berusaha mewujudkan keinginannya dengan kekuatan dan kekerasan, beranggapan yang tidak sependapat adalah sang lawan dan sering menghadapi kesulitan.

8. Sikap selalu semberono menyebabkan kerosakkan yang masif bila gagal dikawal dan mengarahkan energi dengan tepat.

9. Iblis hanya mampu berstatuskan ketua para malaikat, hanya mampu menundukkan makhluk yang sudah sedia tunduk(mukmin) pada perintah Allah. Namun untuk merahmatkan alam jika masih mengekalkan unsur api maka tidak layak.

10. Jika dalam ajaran Kitab Perjanjian Lama, iblis yang menghasut Adam merupakan 'Lilith' isteri Adam yang pertama juga digelar Iblis Betina. Maka iblis juga tinggi emosinya, amarah, sifat tamak yang tinggi, dan cemburu yang teramat kuat.

11. Kesimpulan Analogi Kepimpinan Iblis; Kepimpinan Iblis boleh ada dalam jiwa mana-mana manusia, juga dalam jiwa pemimpin sesebuah negara. Pemimpin yang keras, hanya mengejar cita-cita sehingga mengenepikan hak individu yang dipimpinnya. Kepimpinan seperti ini tidak menghasilkan pemimpin, tapi hanya menghasilkan pengikut, malah pengikut yang tidak bersifat universal sekadar dalam tempurung kelapa yang disorok dalam gobok lama. Pemimpin yang boleh menjadi diktator walaupun Islamik namun pengikutnya sekadar 'yes man' dan 'robotiklisme', pengikut yang tidak mampu melawan pendapat, pak turut dan hamba abdi tanpa sedar.

Adam: Diciptakan Dari Saripati Tanah.

1. Unsur tanah lebih memperhatikan tujuan-tujuan yang praktikal daripada mengejar impian dan sasaran, lebih melihat 'detail' proses dari menginginkan hasil kerana dia sedar, hasil hadir dari proses yang lancar, efektif dan efisyen.

2. Mempunyai pemikiran yang luar biasa dan lebih suka pada satu tujuan yang nyata, jelas serta mampu capai.

3. Dengan visi yang jelas serta kemampuan untuk mengorganisasi, unsur tanah adalah perencana dan pengelola yang efektif.

4. Unsur tanah akan menggunakan segala potensi yang mereka temukan secara optimal dan cenderung bijaksana dan teliti dalam masalah.

5. Unsur tanah cerdas dan objektif dalam memimpin orang lain untuk mewujudkan tujuan yang telah direncanakan dengan matang, maka yang dihasilkan bukan sekadar pengikut tetapi bakal pemimpin.

6. Pada umumnya unsur tanah adalah orang-orang yang serius dan metodis dalam cara kerja dan dapat mengorganisasi dan menjalankan segala jenis pengurusan yang menuntut pengelolaan yang tegas. 


7. Unsur tanah dapat dipercayai untuk memikul tanggungjawab secara mengagumkan, dan dapat mendisiplinkan diri sendiri secara efektif, serta bertanggungjawab terhadap pendapatnya dan memiliki alasan-alasan bagi segala hal yang mereka lakukan.

8. Meskipun tindakannya perlahan, namun biasanya mencapai hasil yang memuaskan dan bertahan lama, kebiasaannya konservatif dan berhati-hati. 


9. Apatah lagi Adam diajarkan 'nama-nama itu semuanya' oleh Allah dan hanya Allah yang punya nama-nama yang terbaik, beerti Adam dengan sifat unsur tanahnya juga dasarnya pendidikan kerana hanya dengan pendidikan(air) akan menyuburkan dan membuahkan hasil.

10. Tanah tempat diinjak-injak dan seringkali diludah, beerti kepimpinan unsur tanah mereka yang seringkali menerima cemuhan dan menerima penghinaan, janji boleh terus mengabdikan pada yang sedar atau tidak sedar, bukan sekadar dipuja-puja dan menghangatkan suasana tetapi 'berpijak juga pada bumi yang nyata', realistik bukan fantasi.

11.Kesimpulan Analogi Kepimpinan Adam; samaada kepimpinan Iblis(Teori X) atau kepimpinan Adam(Teori Y) atau gabungan keduanya(Teori Z), dunia kehausan pemimpin yang berunsur tanah yang dasarnya pendidikan(Teori Allah). Ramai pemimpin yang neutral(penebat elektrik) namun belum ada lagi kelihatannya pada 2014 ini Kepimpinan Adam. Hanya corak kepimpinan ini yang mampu menjadi 'khalifah' di muka bumi, bukan sekadar Khalifah Islamik Lokal, namun sehingga mampu merahmatkan alam. Maka bagi pucuk pimpinan, pengurusan negara yang dikasihi dalamilah Kepimpinan Adam, bukan sekadar mahukan pengikut yang taat tapi mencipta jutaan pemimpin pewaris masa hadapan. Wallahualam bissawab.



Apr 17, 2010

UNTA, UNTA dan UNTA


Al Ghaasyiyah
17. Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan

Dalam Al-Quran telah dinyatakan sebanyak 19 kali perihal unta dalam pelbagai keadaan, ada yang mengisahkan tentang kaum Salleh, ada juga yang menyentuh mengenai penelitian terhadap ciptaan Allah dan ada ayat menggunakan unta sebagai salah satu bentuk sindiran.

Apa itu unta?, jika diperhatikan pada You Tube yang aku postkan, maka sedikit sebanyak dapat kita fahami kelebihan dan kekurangan unta. Unta mampu bertahan dalam keadaan cuaca yang kering dan kurang air namun dalam keadaan sebaliknya ia tidak mampu bertahan.

Memandangkan banyak Rasul diturunkan pada bangsa Israel dan bangsa Arab khususnya maka keadaan setempat dan persekitarannya sedikit sebanyak mencorak kandungan dan intipati kitab-kitab, termasuklah haiwan seperti unta supaya manusia yang bengap seperti aku mampu untuk memikirkan sesuatu.

Wokeh, sekali lagi, apa itu unta?, hehehehehe, baiklah, unta terdiri dari dua spesis iaitu dromedary(arab) yang mempunyai satu bonggol, dan bactrian yang mempunya dua bonggol. Berkaitan bonggol unta ramai yang salah faham dengan menyatakan bonggol unta mengandungi bekalan airnya(termasuk aku yang bengap), bonggolnya merupakan tangki simpanan lemak. (Kalau aku lemak kat perut die lemak kat blakang, wa hahahaha), dan lemak ini mampu ditukar menjadi air.

Yang aku tak faham, unta dalam bahasa Arab ialah 'Jamal' yang beerti cantik, puas aku tengok tang mana yang unta nie cantik sangat.

Unta setakat ini telah dijadikan sebagai pengangkutan, kenderaan peperangan yang amat efektif(kuda tidak suka bau unta), manakala susu dan dagingnya boleh dijadikan sumber pemakanan. Sejarah memakan daging unta terlalu panjang namun bangsa Yahudi lama mengharamkan memakan daging unta.

Bagaimana unta mampu bertahan dalam keadaan cuaca yang panas? Jika diperhatikan pada you tube yang aku postkan, diantara ciri-ciri yang menarik pada unta adalah kukunya, mata, bulu dan hidung. Bentuk kuku kakinya membolehkan unta bergerak dalam keadaan yang panas dan berpasir serta berbukit, Matanya pula mempunyai lapisan lutsinar yang membolehkan unta melihat dengan keadaan ribut pasir, dan hidungnya pula mampu ditutup jika memerlukan,(aku cuba untuk meniru gaya unta menutup hidung tapi gagal). Yang lain-lain korang carilah sendiri hahahahha.

Dalam perjuangan semuanya ke arah memperolehi kemenangan, maka harus difahami kemenangan bukan satu pengakhiran namun permulaan sebuah perjalanan, dalam perjalanan maka harus ada kenderaan pengangkutann kerana perjuangan akan menempuh perjalanan yang panjang. Dan tiada perjuangan yang mudah seperti berjalan di kawasan khatulistiwa, kebiasaannya perjuangan seperti menempuh ribut di padang pasir, panas dan berbukit. Maka perlu diperhatikan pada unta agar kita mampu terus berjuang dalam keadaan yang bagaimana sekali pun.

Maka apa yang perlu diperhatikan diantaranya ialah persiapan untuk berangkat serta bekalan yang mencukupi serta mampu bertahan. Oleh itu harus diperhatikan bagaimana unta diciptakan. Malah bukan sekadar perhati tetapi mengambil pelajaran serta mengadaptasikan dalam perjuangan.

Jan 28, 2010

HAYUN LAJU-LAJU

Menukar kepercayaan dan prinsip bukan mudah, lebih-lebih lagi jika itu telah lama dijadikan pegangan. Yang menghairankan aku, kita diajak mengikut Al-Quran bukan manusia akan tetapi masih ramai yang susah untuk menerima hakikat belajar terus dari wahyu Allah, atas alasan kita harus belajar dari orang yang lebih berilmu.

Yang Maha Berilmu itu Allah, dan Allah tidak zalim kepada manusia kerna itu dipermudahkan Al-Quran(20;2, 54;17). Dan pada diri kita sudah ada kemampuan untuk belajar Al-Quran. Fikirkan.

Dec 17, 2009

SALAM TAHUN BARU

1431 Hijriah akan bermula sebentar lagi, memandang pada apa yang telah kita lakukan tidak pantas untuk kita berpuas hati, banyak lagi perkara yang belum tuntas yang perlukan penelitian dan perlaksanaan segera. Memasuki tahun baru ini tidak akan mengubah dasar yang sedia ada, prinsip dan akidah kita tetap sama, beriman kepada Allah, namun fikirkan bahwa penambahan tahun merupakan pengurangan usia kita maka harus sedar bahwa hidup ini tidak lama dan semakin berkurangan.


Perhatikan bagaimana bumi ini dicipta, diolah, semuanya punya umurnya yang sendiri, walau ada yang menggantikan tetap ada kadarnya.


Demi masa(umur),

Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran

Al ´Ashr:1-3


Satu prinsip yang Allah letakkan dan diminta untuk kita mengakui sumpahNya, iaitu tentang masa atau umur. Kerana Al-Quran ini untuk manusia maka kita akan lebih jelas lagi bila menggunakan perkataan umur(merujuk pada diri). Umur atau usia adalah catuan waktu yang mengukur keberadaan benda atau makhluk, baik yang hidup mahupun yang mati. Misalnya, umur manusia diukur sejak dia dilahirkan hingga waktu umur itu dihitung, biasanya dikira mengikut tahun.

  • Usia kronologi

Usia kronologi adalah perhitungan usia yang dimulakan dari saat kelahiran seseorang hingga waktu penghitungan usia.

  • Usia mental

Usia mental adalah perhitungan usia yang dinilai dari taraf kemampuan mental seseorang. Misalnya seorang anak secara kronologi berusia empat tahun akan tetapi masih merangkak dan belum dapat berbicara dengan bahasa lengkap dan menunjukkan kemampuan yang setara dengan anak berusia setahun, maka dinyatakan bahwa usia mental anak tersebut adalah satu tahun.

  • Usia biologi

Usia biologi adalah perhitungan usia berdasarkan kematangan biologi yang dimiliki oleh seseorang.


Itu tentang usia ataupun umur, namun bagi Allah usia kita akan menjadi sia-sia, menjadi pembaziran, menjadi kerugian. Sia-sia beerti tidak digunakan mengikut fitrah atau kepentingan atau keperluannya. Pembaziran beerti kita punya masa yang banyak hingga masa itu tidak diisi, diabaikan atau diisi dengan perkara yang tidak penting dan ini merupakan perkara yang negatif hingga Allah umpamakan pembaziran adalah salah satu kerja syaitan.


Sesungguhnya pemboros-pemboros(pembazir) itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.

Al Israa' : 27


Manakala kerugian sering dikaitkan dengan perniagaan, kerna hidup ini seperti perniagaan dan Allah mengajak kita berniaga.


Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Ash Shaff : 10, 11


Maka jika kita dilanda kerugiaan membawa erti kita gagal mengikut piawaian yang Allah letakkan iaitu beriman kepada Allah dan rasul dan berjihad di jalanNya dengan harta dan jiwa kita. Mungkin kita sudah beriman(percaya) kepada Allah dan Rasul namun masih lagi tidak berjihad atau hanya berjihad pada salah satu dari harta dan diri tidak kedua-duanya.


Dan Allah perincikan lagi tentang teknik untuk mengelakkan kerugian, iaitu kita harus saling ingat-mengingatkan, ini kerana diri kita dan orang lain selagi digelar sebagai manusia harus sering diperingatkan kerna manusia mudah lupa, dan ada kala sengaja buat-buat lupa. Dua perkara yang Allah anjurkan untuk kita ingat, pertama tentang kebenaran dan kedua tentang kesabaran.


Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.

Al Baqarah : 42


Kita akan jelas mana yang benar jika kita faham apa yang salah, oleh itu ianya bergantung pada penilaian individu, namun mengikut ukuran Allah telah diletakkan garis panduan untuk menentukan benar atau salah dan kini ianya di namakan sebagai Al-Quran. Maka bukan sekadar membaca atau mengkajinya namun perlu dilaksanakan, dijadikan panduan serta cara hidup barulah kita dapat mengingati kebenaran dengan lebih jelas, kerna jika sekadar baca mungkin kita boleh lupa, namun jika dilaksanakan maka kesannya lebih panjang.


Allah tidak akan berbicara tentang sabar jika ianya sia-sia, pastinya untuk melaksanakan perintah Allah banyak halangan dan ujian hingga diminta bersabar. Bersabar bukan merelakan cabaran itu berlaku pada kita, namun bersabar yang Allah mahu ialah tetap melaksanakan dan tetap berprinsip.


Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.

Ali ‘Imran : 146




To farhana_ann, berkaitan Salam 1 Malaysia mungkin pada entry yang akan datang, Thanx.....

Dec 8, 2009

PIAGAM MADINAH

Pada tahun 622M bersamaan tahun pertama hijrah, Nabi Muhammad telah meletakkan dasar-dasar pemerintahan yang dikenali sebagai ‘Piagam Madinah’ atau ‘Perjanjian Madinah’. Ia merupakan Perlembagaan Negara yang pertama(bertulis) dalam catatan sejarah.


Mengandungi 47 fasal, 23 fasal berkaitan hubungan antara umat Islam, manakala 24 fasal berkenaan hubungan umat Islam dengan bangsa Yahudi.


Juga dikenali sebagai Dustar Al-Madinah dan Sahifah Al-Madinah, selain merangkumi hukum mengikut syariat Islam juga melambangkan Daulah Islamiah iaitu pembentukan sebuah Negara Islam. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:

  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.

  • Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

  • Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.

  • Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.

  • Keselamat orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,

Hingga kini Daulah Islamiah belum jelas kedudukannya setelah dimansuhkan pada tahun 1924 di Turki, ada yang mendakwa Islam tidak diperlukan lagi ‘Badan Kekhalifahan’ atau Islam tidak memerlukan Negara Islam seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah, maka perhatikan dengan tenang, jika Al-Quran merupakan aturan yang terkandung di dalamnya hukum-hukum maka perlu ada tempat untuk dilaksanakan, tempat yang melaksanakan tanpa cengkaman unsur lain melainkan berpandukan Al-Quran dan As-sunnah semata-mata.

Ramai yang menganggap ini perkara yang mustahil dan tidak praktikal lagi untuk abad ini, namun ramai juga yang cuba merealisasikan dengan pelbagai kaedah seperti melalui parti-parti politik, gagasan-gagasan, persatuan-persatuan, ada yang pasif ada yang agresif dan turut ada yang keterlaluan hingga menghalalkan pembunuhan atas nama Negara Islam.

Melaksanakan tuntutan Allah yang sebesar ini iaitu untuk melaksanakan sistemNya amat mencabar sekali, maka tuntutan ini perlu dilaksanakan dengan teliti, dilaksanakan mengikut kaedah yang telah Allah terangkan dalam Al-Quran dan perlaksanaanya mengikut cara Rasulullah.

Kita sendiri yang akan menilai tindakkan kita maka nilai sendiri sejauhmana kita benar-benar memahami betapa pentingnya melaksanakan hukum Islam. Laksanakan, jika ada yang mengajak kearah penyatuan maka penuhilah, jika buruk kita cantikkan jika busuk kita wangikan, segalanya bergantung pada tekad dan pendirian kita, maka marilah bersama-sama kearah menzahirkan sistem Allah agar terpancar cahayaNya hingga mampu merahmatkan sekalian alam.




Jul 16, 2009

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN…???

Persepsi manusia tentang Tuhan amat berbeda, ada yang hanya mengaku adanya Tuhan tetapi hidup dengan berpandukan ajaran manusia. Ada yang menurut perintah Tuhan tanpa pernah meneliti apakah perintahnya itu diturut mengikut kemahuan Tuhan yang sebenar atau hanya persangkaan kita belaka.

Bila berbicara tentang Tuhan maka semuanya akan berakhir dengan syurga atau neraka, ertinya pengakhiran yang baik atau sebaliknya. Jika diteliti dengan menanamkan matlamat yang terarah kepada keduanya(syurga atau neraka) maka manusia mampu didisiplinkan tanpa persoalan. Maka matlamat Tuhan yang sebenar untuk merahmatkan alam ini akan tercapai.

Namun kisah syurga dan neraka adakalanya tidak lagi seakan terkesan pada jiwa manusia waima jelas kewujudannya. Dan mentaliti ini akhirnya akan membenamkan pula rasa percaya pada Tuhan. Manusia hari ini ramainya yang sudah tidak ada rasa percaya pada Tuhan, untuk menimbulkan rasa percaya ianya perlu dengan didikan dan satu bukti yang nyata. Kerana apa sahaja perlu dengan ilmu.

Snapshot_20090519

Ada yang menanyakan pada aku, bagaimana untuk kita mulakan, mulakan mencari ilmu dan terus sampaikan. Maka nanti persepsi kita pada Tuhan akan mula berubah, fikirkan.

Didalam surat Ar-rahman misalnya, Tuhan ada menegaskan bahawa Tuhan mengajarkan bacaan-bacaanNya, baru diciptakan makhluknya. Maka pendidikan amat penting, untuk mengejar syurga juga harus terdidik, untuk mengejar dunia juga harus terdidik. Oleh iu jangan memperlekehkan jika ada yang mahu mewujudkan keamanan dan perpaduan dengan mendasarkan pada pendidikan.

Pendidikan yang terbaik ialah pendidikan yang benar-benar mengambil pelajaran dari bacaan-bacaan yang diilhamkan dari Tuhan. Dari dahulu, kini dan selamanya segala persoalan manusia sama, maka penyelesaiannya juga sama. Membangunkan pendidikan yang berorentasikan wahyu Tuhan bukan sekadar menghafalnya namun dengan membuktikannya, dari situ kita akan belajar dan dipandaikan menjelaskan segala sesuatu.

Jika Tuhan katakan jangan tinggalkan anak yang lemah(*4:9), maka generasi akan datang harus dipersiapkan dengan pendidikan yang mensasarkan untuk memperkuatkan mental(ilmu) dan fizikal.

Al Baqarah:247.

Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thalut menjadi rajamu." Mereka menjawab: "Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa." Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.

Thalut mampu memerintah kerna punya spesifikasi yang Tuhan minta iaitu ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa. Untuk punya ilmu yang luas banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dan banyak kerja yang perlu dilaksanakan semuanya juga perlukan sumber pendanaan dan sumber daya manusia. Untuk menepati tubuh yang kuat juga bukan sekadar dengan pendidikan jasmani satu jam satu minggu, tapi setiap hari dengan konsistan, ditata makanannya, persekitaran serta latihan yang benar-benar memenuhi kehendak semulajadi manusia.

Dalam keadaan sekarang ini(ho ho ho hoh ohohohoho), kemenangan tidak sukar jika benar-benar kita laksanakan perintah Tuhan, bukan setakat kuasai ilmuNya tetapi melaksanakan, Tuhan bukan mahukan manusia yang diluar fitrah seperti superhero untuk merahmatkan alam, tapi cukup dengan menguasai ilmu yang benar-benar luas dan punya tubuh yang perkasa. Kerana manusia sekarang amat dan teramat lemah ilmu dan tubuh mereka(ho ho ho hoh oh ohohohoo).

Yang aku maksudkan, bila persepsi manusia tentang Tuhan sekadar pada permukaan dan tidak memikirkan dan mengambil pelajaran, maka manusia terus hanyut dan lena dalam dogma, terus-menerus dalam alam khayalan. Bubbyeeeeee…….

Jun 27, 2009

RIJAL YANG NISA

Apa yang dapat diperhatikan dan difahami, bahwa kegagalan bukan sahaja mampu memberi impak yang negatif namun turut menghambat kearah yang positif. Islam seringkali gagal menyatukan umat manusia, kegagalan tersebut bukan kerana kaedah atau teknik yang diajar dalam Al-Quran tidak tepat akan tetapi cara memahami kaedah itu kurang tepat.


Kita kini memandang wahyu-wahyu Allah hanya layak bagi yang punya pendidikan formal, ia amat bagus kerana mereka memahami dari dasar pengetahuan Islam, namun ini bukan alasan untuk kita tidak membaca dan memahami Al-Quran serta menjadikan ianya sebagai salah satu pegangan hidup(namun bagaimana hendak dipegang jika asyik mengikut tanpa faham).


Maka sekarang kita berhadapan dengan kegagalan demi kegagalan dan ramai yang mengeluh hingga lupa kata-kata Allah bahwa Allah jamin kemenangan yang dekat dan jamin sinarnya tidak akan mampu dipadamkan. Maka di sini timbul pula masalah keyakinan, keimanan, maka jika itu yang menjadi punca maka usaha memperkenalkan Islam pada manusia harus diperhebatkan, pembinaan harus dipertingkatkan.


Berkali-kali Allah nyatakan bahwa menegakkan syariat Allah bukan mudah, jika Rasulullah ditentang dan dikhianati apatah kita manusia biasa yang hanya punya kemampuan yang terhad, namun jika dikumpulkan semaksimanya kemampuan yang terhad ini akan menghasilkan gelombang raksaksa kebangkitan Islam yang takkan mampu dihalang.


Maka gagal itu sebenarnya guru yang darinya kita mampu mengevaluasi diri dan mampu berevolusi.


ps:- sini bukan gelanggangnya, jika benar punya jiwa rijal buktikan baru kita mampu beza, terbitkan sinarnya......

Jun 15, 2009

NATURAL SELECTION

Melaksanakan kebaikkan bukan boleh direka-reka, bukan boleh dengan hanya berlakon, tapi hadir dari hati yang membeda. Begitulah untuk menzahirkan Ad-deen Allah, sejarah telah menunjukkan untuk memperoleh kemenangan perlu dengan hati yang benar-benar ikhlas lillahitaala semata-mata dan tidak sekali-kali kerana sesuatu diluar dan keluar dari kepentingan agama Allah, agama Islam.

 

Al Hijr : 39,40.

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,

 

kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka."

 

Itu kata si Iblis, kerana yang namanya Iblis sedar bahawa memang dia sesat, keluar dari frame yang Allah telah tetapkan. Maka berprinsiplah si Iblis bahwa akan menyesatkan, sesesatnya seluruh keturunan Adam. Keingkaran Iblis bukan kerana tidak takutkan Allah, tapi kerana nafsunya sendiri yang terlalu mahu menjadi pemimpin sekalian makhluk.

 

Pernah si Iblis merayu, memujuk Adam, agar sama-sama memakan pohon larangan yang nantinya Adam akan mendapat kerajaan yang kekal, padahal Allah telah meletakkan garis panduanNya yang amat jelas, yang haq tetap haq yang bhatil tetap bhatil.

 

Pastinya si Iblis juga punya ilmu yang tinggi, masakan tidak, hinggakan syaitan tunduk padanya, hinggakan hawa terpedaya janjinya.

 

Namun ada makhluk yang tidak akan pernah terperdaya dengan kata-kata dan pujuk rayu si Iblis, iaitu hamba Tuhan yang Mukhlis. Yang benar-benar menyerah diri kepada Allah dengan ikhlas dan suci hati lillahitaala semata-mata.

Tony-Koukos-Flora-Tropical-97832

Tony-Koukos-Flora-Tropical-97832 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aku : Habis bagaimana yang telah disesatkan atau sedang tersesat, tidakkah kita perlu
  mencari dan mengingatkan mereka?
Dia : Untuk apa?
Aku : Kerana ada yang tidak tahu dan mengerti apa-apa.
Dia : He he he, bukankah Allah Maha Tinggi ilmunya, jika benar mereka berbuat atas
  dasar iman dan takwa dan benar-benar ikhlas, pasti Allah tunjukkan jalan.
Aku : Ohww…..

Jun 10, 2009

PASTI MENANG

At Taubah : 20.

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah, dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.


Tiada perjuangan yang tidak mahukan kemenangan. Untuk menang perlukan mentaliti pemenang, berfikiran positif, bertindak positif.


Oleh itu untuk menangkan Ad-deen Allah dan benar-benar menang, bukan dengan dipolitikkan, sekadar di'surat khabarkan' atau dijaja dengan ucapan panjang berjela. Namun dengan melahirkan manusia yang yakin dengan perintah Allah, yakin bukan sekadar dengan kata tapi yakin sekiranya dilaksanakan perintah itu pasti beroleh kejayaan.


Nanti akan timbul pula suara-suara 'serak basah yang tak sedap' menyatakan ini kerja gila atau sudah tidak relevan dengan keadaan sekarang. Kerana kegilaan yang mendalam untuk merahmatkan alam maka kita kena yakin pada Allah serta pelaksanaannya dan Rasulullah telah merelevankan apa yang telah diwahyukan kenapa kita tidak mencuba. Memang nanti hasilnya tidak akan seperti yang dilakukan oleh baginda, sekurang-kurangnya kita laksanakan, ianya lebih bagus dari berpeluk tubuh.


Hijrahkan pemikiran kita, hijrah itu selayaknya dan sepatutnya berlaku setiap hari. Sentiasa lakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Jika hari ini hidup dalam aturan manusia maka hijrahkan diri, hidup dalam genggaman Allah yang Maha Kuasa. Andai sudah mengakui keagongan Allah maka hijrah dari sekadar mengakui kepada melaksanakan. Andai sudah laksanakan maka hijrah untuk melaksanakan dengan lebih baik lagi. Dan jangan terus berpuas hati, tiada yang sempurna melainkan Allah.



Seterusnya setiap diri yang beriman dan berhijrah perlu berjihad. Jihad merupakan usaha nyata untuk menyuburkan nilai Islam bukan menafikan prinsip yang lain. Maka usaha jihad perlu berteraskan untuk memulihkan dan memelihara Islam, pulihkan umat Islam itu dahulu, pulihkan pandangan masyarakat terhadap Islam, maka nanti kita pelihara sampai bila-bila.


Semuanya ini perlu ditanggapi dengan usaha yang realistik, bukan sekadar menadah tangan atau berbangga dengan apa yang kita ada. Maka semuanya perlukan sumber dana yang sistematik, konsistan serta sumber daya manusia yang berqualiti tinggi( ilmu dan jasad).


Laksanakan ikut pengalaman orang terdahulu, ya, sebelum Syawal memang perlukan berpuasa baru nanti kita rayakan Aidul Fitri(kembali pada fitrah). Namun hingga hari raya, yang diharamkan berpuasa hanya satu hari sahaja maka selepas itu perlu berpuasa enam pula. Ini kaedah bagaimana kita menata atau mengawal kemenangan. Menang juga perlu ditata dan dikawal supaya manusia tidak mudah lupa diri bila melihat 'harta dan diri' manusia lain tunduk pada Islam.

May 27, 2009

HAK BERSUARA

Dukacita jika diperhatikan keadaan politik tanahair, mengulangi perkara yang sama, rasuah, tamak kuasa, kronisme dan pecah amanah. Apakah bila tertegaknya sistem Islam masalah ini tidak berlaku? Perhatikan sejarah dan perhatikan apa yang terjadi pada parti-parti politik yang berlabelkan Islam, masih gagal dalam menangani isu yang serupa.


Rasulullah mendidik dan membina manusia dari perkara dasar iaitu pembinaan akidah hingga nanti mampu mempamerkan akhlak yang sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. Jika dahulu akhlaknya sesuai dengan keadaan bangsa Arab dan persekitaran tanah Arab maka kini jika di tanahair kita masakan mampu dilaksanakan perlakuan bangsa Arab.


Al-quran memang sesuai di mana, atau dalam keadaan mana sahaja tidak mengira masa dan geografi, namun kini ramai dari kita gagal membezakan untuk mengikuti Al-Quran atau mengikut budaya Arab. Inilah yang sebenarnya mengapa bangsa kita gagal menyelesaikan masalah waima menyatakan sudah mengikuti ajaran Allah.


Bila ada yang mempamerkan akhlak Al-Quran yang sebenar maka banyaklah tomahan, cacian dan fitnah dilemparkan dengan bermacam-macam tuduhan dilakukan. Pelbagai label diletakkan waima apa yang dilaksanakan mampu menangani masalah yang sedang berlaku. Umat Islam kini amat berbangga dengan apa yang ada pada setiap diri mereka, hinggakan dengan sengaja menutup mata pada kebaikkan orang lain kerna berlainan prinsip atau pendapat.


Ini yang perlu diperhatikan, didikan tentang Al-Quran bukan sekadar membetulkan tajwid, malah memahami apa yang disampaikan. Lalu ada pula yang menyatakan sudah mampu menafsirkan ayat-ayat Allah, persoalannya pula sejauhmana perlaksanaan kata-kata Allah tersebut?


Memang sukar untuk kita fahami dan laksanakan kerna lahir-lahir sahaja kita di muka bumi ini terus memandang bahawa Al-Quran itu sebuah buku yang perlu dijunjung hingga kita lupa bukan itu tujuan sebenarnya tapi satu sahaja cara dan jalan yang paling ideal dan praktikal bagi menyelesaikan segala masalah yang berlaku kini............

May 25, 2009

KAMU, KAMU, AKU, AKU..........


Aku jangkakan usaha untuk menyatukan jiwa manusia di negara ini akan tetap diteruskan waima apa cabarannya. Banyak reaksi yang aku terima, banyak persoalan dan banyak permasalahan yang wujud, semoga Allah pandaikan.


Diantaranya tentang pengisian yang perlu diguna pakai, sumber daya manusia dan sumber kewangan. Islam bukan tumbuh dengan pengurniaan atau revolusi mahupun atas bantuan pihak lain, Islam berdiri dengan sendiri dari umat yang 'benar-benar' memahami kepentingan mewujudkan kebersamaan yang wujud atas kefahaman dan kesedaran dalam jiwa manusia itu sendiri.


Maka banyak contengan yang telah dilakukan atas nama Islam atau atas nama mewujudkan kebersamaan dan kebenaran, dilakukan dengan sedar mahupun tidak sedar. Ada yang mengalah, ada yang saling salah-menyalahkan dan ada yang berdiam diri. Kurangnya kefahaman tentang Al-quran itu sendiri mengakibatkan manusia leka dan sering diperdaya.


Maka fahamilah Al-quran sebagaimana yang mahu difahami, jangan sekadar memandang bentuk tapi falsafah yang terkandung dalamnya, dan jangan sekali-kali berbuat tanpa ilmu atau berbuat kerna taksub pada individu, semuanya manusia yang pernah, sedang atau bakal melakukan kesilapan. Setiap apa yang kita lakukan atas usaha kita sendiri, hasilnya, positif atau tidak juga atas usaha kita. Jangan salahkan orang lain.......



May 18, 2009

BARAAH

Aku melihat pelangi, warnanya amat mengasyikkan. Tenang. Ciptaan Allah pasti bukan sia-sia. Cinta manusia pada keamanan juga perlu seperti pelangi, seiring warnanya walau berbeza, hingga nanti menghasilkan keindahan semulajadi. Tuhan itu amat mengerti, ciptaannya punya citarasa berbeda-beda, namun ada jalan yang sama. Kita semua manusia.


Manusia tidak akan bisa meninggalkan alam ini, manusia perlu menjaga bumi ini, kerna ini tempat kita, kerna tanpa bumi kita tiada lagi. Nah, itulah manusia, yang terikat di muka bumi dan punya tanggungjawab semulajadi iaitu merahmatkan bumi ini.


Maka untuk merahmatkan alam ini, perlukan kesedaran yang mana kesedaran itu tidak muncul dengan sendiri, perlu diperingatkan, perlu sentiasa diingatkan bahwa kita ini manusia dan bumi ini milik kita bersama.


Juteru perlu ada cara yang terbaik untuk memakmurkan alam ini, bagaimana? Tanyakan pada Sang Pencipta. Sudah lama Dia berkata-kata dengan kita, kita dengar, mungkin ada yang faham. Namun sekiranya kata-katanya sekadar dinyanyikan tiada beza andai tidak diucapkan. Terserah, namun fikirkan, ini sahaja jalan yang terbaik. Mengembalikan manusia yang hidup di bumi kembali pada fitrah Allah, kembali kepada Al-Quran.

May 8, 2009

MATAHARIKU

decofan

“Mengarah memang mudah, namun mendidik, membimbing manusia bukan mudah namun jalannya telah dipermudahkan dengan Al-Quran”.


Kita sering mengikut hawa nafsu dalam menentukan hala tuju generasi akan datang, apa yang aku katakan sebagai hawa nafsu adalah sikap kita yang mengikut dan mengutamakan kepentingan diri sendiri dahulu dari kepentingan agama Allah.


Allah menjadikan sesuatu dan memerintah manusia bukan dengan sia-sia, melimpah ilmunya untuk manusia gunakan sebagai cara hidup dari dahulu, kini dan selamanya. Ada manusia yang terleka dan tertipu dengan harta dan kuasa, padahal segalanya dari Allah, ada yang percaya pada ilmunya namun tidak mempercayai kewujudan Allah, kenapa? Fikirkan.


Kita membaca Al-Quran, memahami falsafahnya namun tidak melaksanakan, seperti belajar memasak, kita belajar, punya ilmu memasak, namun masih makan di kedai. Banyak sebab kenapa kita tidak memasak dan yang paling utama kita tidak yakin diri bahwa kita mampu memasak, sama erti kita tidak yakin dengan apa yang kita pelajari(ilmu).


Begitu juga dengan mentadbir alam, kita sedar Allah yang menciptakan kita dan Allah yang punya pengetahuan bagaimana untuk menguruskan alam ini, namun kita masih tidak yakin dengan ilmu Allah, sama seperti kita tidak meyakini wujudnya Allah. Islam bukan sekadar diletakkan sebaris dengan ajaran atau agama-agama atau kepercayaan yang lain. Islam merupakan Ad-deen yakni cara hidup atau sistem kehidupan, bukan sekadar untuk umat yang bersyahadah namun untuk sekalian manusia.


Andai kita yakin dengan kewujudan Allah, rancanglah masa hadapan generasi mendatang dengan teliti, pasti Allah bersama kita..


An Nisaa':9

Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.

May 6, 2009

SIAPA SESAT? SIAPA PENAT? siapa punya angkara?

Setiap manusia ingin jadi yang terbaik, sama ada dalam pelajaran, dalam kehidupan, politik, kewangan dan segala-galanya. Namun dalam proses memiliki sesuatu yang terbaik ada yang perlu dikorbankan. Besar matlamatnya besar juga pengorbanannya. Kita bukan rasul yang punya mukjizat yang mampu mengubah manusia, namun kita punya sumber yang mampu menyembuhkan manusia iaitu Al-Quran.


Jika hasil yang dikatakan mengikut Al-Quran itu tidak mengarahkan yang baik bagi kita mungkin kita akan cepat melatah, menghamburkan bermacam hamburan, caci-maki, lebih-lebih lagi apabila melibatkan harta dan diri. Begitulah manusia, sering memandang negatif.


Namun jika diteliti, proses yang dilakukan terlalu panjang dan berliku, bukan mudah untuk merahmatkan alam, lebih-lebih lagi untuk mengembalikan fitrah manusia. Menukar manusia dari faham kepada lebih memahami perintah Allah yang sebenar. Mengajak manusia membesarkan Allah. Bukan sekadar melaungkan Allah Maha Besar, tetapi menzahirkan dengan hasil yang nyata.


Maka banyak pengorbanan yang perlu dilalui untuk menghasilkan bukti yang nyata, yang mampu meningkatkan keimanan dan rasa tunduk manusia kepada Allah. Proses yang sama dilakukan oleh junjungan besar kita Muhammad s.a.w. dan yang nyata……..


An Nahl:125.

Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

May 2, 2009

SUARA KEKASIH

Yaasiin:11.

Sesungguhnya kamu hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun dia tidak melihatnya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.

Zamac_Lock

Ramai hari ini dapat kita lihat terlalu tega, sombong dan bongkak bila diingatkan tentang keperluan mewujudkan badan kekhalifahan. Mereka lebih selesa duduk di rumah dengan membiarkan kehidupan ini terus-menerus diatur oleh pengatur yang bukan menciptakan.


Maka bertebaranlah, kerna bumi Allah ini luas, praktikkan cara yang lebih sesuai dengan jiwa manusia kini tanpa melupakan visi dan misi kita untuk merahmatkan semesta alam. Sampaikan peringatan pada yang mahu menggunakan pendengaran, penglihatan dan hati mereka, yang berupaya memahami falsafah Al-Quran.


Sampaikan pada mereka yang takut kepada Allah Yang Maha Pemurah, gentar, kerana mereka yakin bahwa Allah Yang Maha Pemurahlah yang mengajarkan Al-Quran dan yang menciptakan manusia. Andai ada ilmu atau cara yang lain untuk merahmatkan alam silakan, bantahlah mereka dengan cara yang terbaik.


Bukan harta atau kuasa yang menjadi harapan akan tetapi keampunan dan segala nilai kembali yang positif dan yang paling utama………………..keredhaan Allah.

Apr 24, 2009

PENGECUT


Ali 'Imran:111.

Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan.


Musuh ada di mana-mana, orang yang lain prinsip malah kita sendiri mampu menjadi musuh. Harus fahami, keyakinan menzahirkan Ad-deen Allah benar, kerana itu janjinya, maka jika ada yang tidak mahu atau tidak mampu turut serta dalam mendokong tugas mulia ini maka biarkan, jangan dipaksa.


Keazaman yang kuat, serta misi dan visi yang jelas akan membawa kita kearah kemenangan. Mereka yang ‘kurang upaya’ hanya mampu menghamburkan kata-kata kesat, caci-maki yang menyakitkan hati, lebih dari itu mereka tiada upaya, kerana perut mereka juga perlu diisi.


Mereka cuba membenam rasa jihad dan cuba memadamkan api cahaya Allah, namun dek kerana punya sikap individual yang tinggi, segala usaha mereka akan gagal, tidak konsistan dan berlainan pendapat.

Apr 21, 2009

JENDUL



Ramai yang punya pendapat sendiri, maka peganglah. Akan tetapi aku cuba untuk fahamkan berdasarkan ideologi Allah(kalau ada cara yang lebih baik silakan). Kita terima segala pandangan waima keburukan yang dilontarkan. Justeru itu matangkan pemikiran dalam menangani segala isu. Pandang dari sudut yang positif, ambil kira kebaikkan orang lain. Bukan semuanya buruk. Kita tidak mampu hidup sendiri atau hanya dengan kelompok kita. Semua saling perlu-memerlukan tidak kira ras, bangsa atau sempadan.........

Apr 15, 2009

N3 CIPUT

Cintai dahulu yang di bawah sebelum meminta kita dicintai, maka untuk mencintai mereka perlu wujudkan rasa ingin mengenal. Sekian (Ho ho ho hoooo, ini yang paling pendek.... heh)

Apr 5, 2009

KEMALASAN DALAM DIRI

Penyatuan amat penting dalam mendirikan sistem Islam, ini kerana membangun dan mendokong sistem yang haq ini bukan sekadar meningkatkan keupayaan individu malah lebih dari itu kerana berdirinya sistem Islam atas kesungguhan dan keupayaan umat.


Namun untuk benar-benar menzahirkan sistem ini disiplin diri dan kelompok amat penting hingga dapat mengimbangi kehendak Allah dan kehendak dunia. Rasa cinta pada duniawi bukan penghalang dalam menzahirkan sistem, namun sekiranya gagal mengenalpasti kepentingan sama ada menzahirkan Ad-deen Allah atau duniawi kehancuranlah akan menanti.


Pada yang memegang tanggungjawab, jangan letih dan lesu mengingatkan sang pejuang(yang macam aku susah nak bangun pagi, hohohohoho) tentang cabaran hadapan yang perlukan disiplin diri yang tinggi. Hingga nanti, moga dipandaikan Allah...........

Mar 24, 2009

BAHASA JIWA BANGSA(+ ‘L’ @ ‘T’)




Ada beberapa kebaikkan dan keburukkan jika pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, diantara kelemahannya memang akan merosakkan Bahasa Melayu itu sendiri yang sekarang sudah ‘pasar’ dan ‘rojak’(macam aku yang ntah ape2 kalu menulis… ho ho ho). Indentiti Bahasa Melayu dan seterusnya bangsa Melayu akan terhakis(Melayu ada Identiti ka?). Akan tetapi jika terus membudayakan demonstrasi, piket, maka bangsa Melayu tidak akan kemana, kabur hala tujunya.


Alasan tentang kekurangan guru untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris mungkin boleh ditelusuri, ini kerana, sedangkan di UiTM yang dah berkurun di’perintahkan’ untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris pun gagal untuk mengikut perintah, tanyakan pada pensyarah dan pelajar di UiTM, apa bahasa yang digunakan? Inggeris atau rojak? Bagi aku kemampuan seseorang menguasai bahasa yang lain selain dari bahasa ibundanya terletak pada dirinya sendiri dan faktor persekitaran(keluarga).


Akan tetapi, jika diperhatikan pada nenek moyang kita yang membesar dalam pemerintahan British memang ‘terror’(perkataan nie bukan BM atau BI, aku pun tak tahu mana datang, dan takde dalam kamus) dan fasih dalam berbahasa Inggeris, hinggakan anak-anak kita yang dilatih sejak dari tadika tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris seperti mereka, tidaklah pulak aku tengok nenek moyang kita yang fasih berbahasa Inggeris meninggalkan lansung Bahasa Melayu dan berperangai seperti Mat Salleh. Anak-anak kita sekarang yang ‘fail’ bahasa Inggeris lebih hebat ‘adengannya’ berbanding bangsa barat.


Kenapa isu bahasa ini tidak disuarakan melalui media ‘tradisi’ demokrasi seperti parlimen? Adakah rakyat sudah bosan dengan wakil rakyat? atau wakil rakyat tidak mendengar suara rakyat mungkin kuasa dan nama lebih penting dari rakyat? Bahasa adalah alat atau medium untuk mendapatkan ilmu, kita sibuk tentang bahasa tapi malas mengejar ilmu, dan menjadikan isu bahasa sebagai alasan, kenapa tidak dijadikan bahasa itu benar-benar sebahagian ilmu dan yang penting jangan memaksa. Cari pendekatan yang lebih rasional supaya anak-anak kecil dapat pendidikan yang terbaik.


2182938433_19a7739ba0_b


Maka dalam isu bahasa ini aku tidak mahu mengulas dengan lebih panjang,(korang fikir ler sendiri, ho ho ho) akan tetapi jika diperhatikan isu PPMSI ini seakan mengarahkan kewujudan kembali PKMM(bukan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia) iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya.


Parti ini ditubuhkan pada 1945 di Perak dan diharamkan oleh British(semua orang kuatnya ditangkap) kerana mempunyai resolusi yang amat berbeza dengan British. Dipandang oleh British sebagai parti yang memihak kepada Parti Komunis Malaya kerana resolusinya mirip dengan PKM(rancangan ‘sembilan perkara’ PKM).


Dan diantara usaha PKMM adalah untuk mewujudkan Melayu Raya(Tanah Melayu + Indonesia) kerana mahukan rumpun nusantara dan mahukan kemerdekakan Tanah Melayu bersama Indonesia pada tahun 1949(siapa yang merdeka pada tahun itu?).


Kini sekiranya penubuhan PKMM menjadi kenyataan maka Melayu akan bertambah berpecah belah. Yang nyata Melayu hari ini sedar pentingnya punya kuasa 'mutlak' dan pilihan Melayu tidak dapat dipisahkan dengan memimpin berpandukan ajaran Illahi.


Asy Syuura:13.

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang ad-deen apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah ad-deen dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik ad-deen yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada ad-deen itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada -Nya orang yang kembali (kepada-Nya).


Allah memerintahkan kita agar menegakkan agama/ad-deen dan larangannya JANGAN BERPECAH BELAH, maka hari ini sahabatku, carilah dengan bersungguh-sungguh manusia yang serius untuk menegakkan ad-deen dan serius mengajak manusia kepada penyatuan kerana itulah mahunya Allah, bersatulah bersama-sama mereka.


Mardhotillah.........

ps:- buat cikgu Bahasa Melayu aku, “jangan menangis membaca entry aku yang ntah aper-aper, bukan salahmu tapi salah aku ”………ho hoh ho