Sepanjang tahun ini aku belajar tantang pelbagai perkara diantaranya:
~ mengenali erti sebenar sahabat dan teman
~ mengenali keupayaan diri
~ mengenali keupayaan pesaing
Namun sampai malam ini, saat aku menunggu Nuzul Quran esok hari, hati aku mula berbicara lagi, membicarakan tentang kesabaran. Semuanya berkisar tentang sabar. Sabar itu mudah diungkap, namun payah dilengkap. Tidak semuanya sabar, termasuk aku. Dalam perhubungan bersama sahabat dan teman aku kurang sabar, hingga akhirnya aku hilang rasa percaya. Dalam mengenali keupayaan diri aku kurang sabar, hingga aku rasa aku tidak punya sebarang perkembangan, masih berkisar pada takuk yang sama. Dalam mengenali keupayaan pesaing aku kurang sabar, hingga niat baik disalah erti.
Bila difikir-fikirkan kembali semuanya bermula dari diri aku sendiri. Terlintas pada kepalaku, sebuah ayat dari seorang sahabat:
"Cabaran dan tugas yang kita sedang hadapi ini ukurannya adalah potensi diri kita, jika mahu lihat sejauh mana kesabaran dan potensi diri mari lihat hasilnya"
Showing posts with label BILA AKU MENULIS. Show all posts
Showing posts with label BILA AKU MENULIS. Show all posts
Aug 16, 2011
Jan 12, 2011
PENDAPAT SEORANG AKU
Cabaran membentuk sebuah organisasi , memerlukan beberapa perkara untuk dipertimbangkan kembali, dan untuk itu pertama harus sedar mana kita berada, samada dalam bahagian membuat polisi atau pelaksana atau juga pada diantaranya(pembuat polisi dan melaksanakannya pada masa yang sama).
Kaji kekuatan organisasi, terutamanya kekuatan sumber daya manusia, nilai yang pertama yang perlu dititik beratkan adalah tahap pendidikan, rata-rata yang agak rendah pendidikannya bermasalah dalam menyelesaikan masalah dan tidak mampu berfikir secara kritis dengan konsistant. Paling mujarab jika pelaksana peringkat awal mempunyai hubungan spiritual(semangat dan level kegigihan untuk mencapai sesuatu visi yang sama), kerana amat menyusahkan melaksanakan sesuatu matlamat jika rakan pelaksana mempunyai pandangan yang terlalu jauh berbeza atau terlalu ekstrim. Maka pilih rakan pelaksana yang mudah berkomunikasi dan tidak berfikiran negatif, jika sudah terlanjur berhadapan dengan rakan yang tidak punya hubungan spriritual yang sama, maka nyahkan sama ada cara kejam, cara perlahan atau cara yang sihat. Perlu diingat semua yang diciptakan tidak sia-sia maka yang buruk laku juga ada nilainya yang tersendiri untuk organisasi, akan tetapi dalam mengejar matlamat maka harus dipisahkan dahulu.
Kemudian nilai kaedah yang sesuai untuk diguna pakai, samada pecah perintah, atau suap perintah. Untuk matlamat jangka masa panjang yang mana kita sendiri berada dalam lingkungan 'gray area', tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan maka pecah perintah amat sesuai digunakan, kerana dengan cara ini sahaja kita akan menemukan sesuatu yang baru, akan tetapi jika matlamat yang disasarkan sudah jelas proses perlaksanaannya maka suap perintah amat-amat berguna, namun perlukan motivasi dan penerangan proses yang berterusan. Ini memang sudah menjadi lumrah kehidupan manusia tidak suka untuk berfikir dan memerah otak apatah lagi jika matlamat yang disasarkan tidak jelas untungnya pada diri. Maka supaya proses kearah merealisasikan matlamat tidak terganggu maka gunakan kaedah yang mudah difahami seperti menyiapkan kerangka proses dan pelaksana sekadar mengikut 'flow' proses tersebut akan tetapi penerangan teliti harus disampaikan kepada pelaku dari masa-kesemasa.
* tulisan nie rojak, dan memang dari sejak dulu aku menulis dengan bahasa yang rojak sebab dalam kepala aku esok aku nak makan rojak..... :P
Dec 20, 2008
LANGKAH YANG PASTI (BAH. 1)
Hari ini masuk hari yang kesembilan aku berdialog dengan seorang mualaf, berkahwin diusia muda, menganut Islam kerana perkahwinan dan cuba untuk memahami Islam. Aku terlalu kesian dan tersentuh jiwa bila mendengar bahwa dia terkapai-kapai tidak tahu kemana hala tuju.
"Ustaz saya nak tanya soalan tambahan boleh?" sambil mengesat anak matanya yang tidak berair, mungkin dia cuba untuk menahan sebak bila ada yang mahu berkongsi pendapat.
"Jangan panggil saya ustaz, saya manusia biasa saja seperti kamu, menyampaikan amanah Allah, setakat yang mampu, apa soalannya?", sambil aku mengelap peluh di keningku kerana bilik bacaan di rumahnya agak panas.
"Kawan saya dahulu pun Kristian macam saya, sama dari Sarawak, sekarang duduk di Kelantan, berkahwin dengan orang Melayu, tapi dia masih ada tatoo di tangan dan bahu, salah ker?" dia menyusun kata begitu tertib dan lancar.

"Dia tahu tak bertatoo itu tidak dibenarkan dalam Islam?" perlahan-lahan aku kembali duduk di kerusi berhadapan dengannya.
"Tahu, cuma dia tak sanggup lagi nak buang, katanya kawan-kawan dia orang Melayu Islam pun ada tatoo," riak wajahnya seakan kebingungan mahukan kepastian.
Aku memandang sahabat disebelahku sambil tersenyum, melihat jam di dinding rumahnya menghampiri waktu maghrib. "Beginilah, Islam satu ajaran yang dimulai dengan kefahaman, bukan ajaran paksaan, bukan ikut-ikutan, apa yang mampu kita lakukan adalah dengan menjelaskan dalil-dalil Allah tentang larangan bertatoo, dan jelaskan secara muhkamat apa kesan pada manusia jika bertatoo, fitrah semulajadi manusia yang hidup dimuka bumi ini harus mengikut kehendak Allah yang menciptakan manusia", jawabku panjang lebar.
"Tak dosa ker?" sampuknya seakan mahukan lagi kepastian.
"Dosa, pahala Allah yang tentukan, kita, lakukan apa yang diperintah dan tinggal apa yang di larang, sama ada dihumban ke dalam neraka atau syurga, itu hakNya. Kenapa kita harus ikuti perintah Allah? Mudah, kerana main golf dekat padang golf pakailah peraturan golf, kalau main golf dalam kolam renang boleh, tapi nanti huru-hara, nak main golf ikut peraturan bola tampar pun boleh tapi nanti akhirnya huru-hara jugak", jelasku lagi sambil menarik nafas yang panjang.
Sunyi sepi keadaan di luar, mungkin semuanya sedang balik kesarang. Masih banyak tanda tanya dan persoalan dibenakku tentang prinsip manusia, mengapa terlalu sukar untuk dijelaskan tentang fitrah manusia? Kenapa masih ramai yang berlebelkan Islam tapi akhirnya meghina dan memalukan Islam sendiri. Mungkin ini sunnahtullah, ya mungkin.
"Encik jom, dah nak Maghrib, perjalanan kita masih panjang", tegur sahabatku, menghapuskan lamunanku.
Iya, perjalanan ini masih panjang, aku berdoa agar perjalanan yang penuh dugaan ini dapat aku tempuhi, dapat aku hadapi, jika dahulu seakan sukar, namun bila melihat ramai yang berhati rijal berdarah mujahid, aku kembali segar. Perjalanan ini masih panjang.

Nov 22, 2008
MELAYU DAN PROJEKTOR
Sempat juga aku ke kedai gunting rambut, itu pun setelah big bos menyindir-nyindir, memang aku nak gunting tapi tak berkesempatan. Oleh kerana hendak menyelesaikan beberapa bil, maka aku terus ke kompleks PKNS, taman permainan sejak kecil.Melangkah ke dalam kedai, beberapa orang lelaki sedang rancak berbual, lalu aku melemparkan senyuman. Melihat kerusi yang kosong terus aku mengarahkan langkahku dan seorang tukang gunting bergegas-gegas menghampiriku.
"Pendek?", sapanya bersahaja. Aku mengangguk perlahan. "Sependek yang boleh", jawabku sambil melabuhkan punggung. Tangannya terus rancak memainkan mesin rambut di kepalaku.
"Sekarang macam-macam kes berlaku, boleh kata hari-hari, kalau tak dapat duit pun dicederakan. Ish..", keluh si tukang gunting memulakan cerita, mungkin tidak mahu aku kebosanan.
"Kalau dulu ada jugak rasa kesian", sambil menolak sedikit kepala aku ke hadapan. Dari raut wajahnya, aku jangkakan dia seusia awal 40-an.
"Heh! Macam-macam dah sekarang nie, mungkin terdesak sangat kot?", balas aku dengan nada perlahan sambil anak mataku mengerling pada pelanggan di sebelah, raut wajahnya saling tak tupah seakan wajah anak buah aku.
Senyap, sunyi, sepi tiada suara. Di luar hujan mulai turun, mengingatkan aku pada malam ini aku perlu berjumpa seseorang, jika hujan masih lebat begini habis lagilah rancangan aku. Minggu depan berjawab lagilah dengan big bos, kalau aku masih gagal mendapatkan client.
"Semalam kawan kena rompak, dekat depan pasar Seksyen 6, dia dah bagi tahu dia takde duit", tukang gunting bersungguh tidak mahu aku kebosanan dan semakin susut rambut aku dijamah mesinnya. Aku menghela nafas perlahan-lahan sambil membayangkan restoran di depan pasar Seksyen 6, lama sudah tidak kesana.
"Tapi lansung tak diendahkan, habis disentap handset dan jam tangan, itu ok lagi, tapi tak pasal-pasal dapat penumbuk percuma", sambung tukang gunting. Aku masih cuba membayangkan mek yang menghidangkan makanan di restoran depan pasar Seksyen 6.
Terus fikiranku merawang hingga teringat sewaktu aku sedang asyik minum di Restoran Ali Berkat, Seksyen 7, yang sekarang sudah digantikan dengan restoran baru. Sedang rancak berbual dengan seorang sahabat, sambil menonton perlawanan bola, lalu seorang lelaki Melayu menghampiri meja di depan kami, di mana mereka meletakkan projektor diatasnya.Aku kira mungkin pelanggan yang mahu pulang. Tapi persangkaanku meleset sama sekali, lelaki Melayu tersebut terus memegang projektor di atas meja, menyentap wayarnya dan membawanya lari. Maka berlakulah aksi kejar-mengejar diantara mamak dan lelaki Melayu. Aku kaku dan terkedu, aku perhatikan pelanggan lain pun begitu tidak mampu melakukan apa-apa kerana kejadian yang berlaku terlalu cepat, sekelip mata dan kami tidak menyangka ia boleh berlaku.
Dihujung persimpangan menghala kearah Kompleks Belia, sebuah motor sedang menunggu. Geng-geng mamak menjerit "Tahan dia! Tahan!", merujuk kepada lelaki diatas motor yang sedang berhenti bertentangan dengan lelaki melayu yang membawa lari projektor, mereka mahu lelaki diatas motor Honda ex-5 itu menahan penculik projektor.
Tapi dengan selambanya dia menaiki motor tersebut dan beredar begitu sahaja. Rakan subahat rupanya. Satu aktiviti merompak secara terancang. Aku memikirkan apa yang terjadi pada mereka selepas itu. Mungkin mereka mampu menjual projektor itu paling minima pun dengan harga RM2,000. Beli apa ya? Beras? Handphone? Hantar sedikit ke kampung untuk bonda tersayang? Beli syampoo baru? Bayar zakat? Atau mungkin belanja marka makan roti canai di Restoran Hakim.
"Okey siap", tukang gunting memecah lamunanku. Setelah membayarnya, aku terus melangkah keluar, dan di kepalaku masih buntu memikirkan apa kesudahan hidup lelaki Melayu pencuri projektor. Mungkin selepas ini dia akan merancang satu rompakkan yang lebih bergaya. Mencuri baju yang mamak itu sedang pakai. Mungkin........
Subscribe to:
Posts (Atom)