Showing posts with label RESPON. Show all posts
Showing posts with label RESPON. Show all posts

Sep 23, 2013

WAJAH MELAYU




1. Bukan sebab racist, tapi bila melihat anak Melayu (baju Brooklyn) yang melakukan jenayah, aku jadi kesian

2. Banyak jari boleh ditunding, banyak alasan boleh diberi, namun akhirnya kita terpaksa akui semuanya berlaku kerana jurang ekonomi yang terlalu jauh dan rendahnya tahap pendidikan

3. Bagi memenuhi kehendak merapatkan jurang ekonomi dan menaikkan taraf pendidikan maka sesuatu yang drastik perlu dilakukan, tidak cukup dengan apa yang ada sekarang, dan ianya perlu dilakukan secara konsisten dan meletakkan kepentingan Negara lebih jauh tinggi dari kepentingan peribadi, kelompok, bangsa dan golongan yang terpilih sahaja

4. Kita juga harus akui kita masih terlalu jauh dari perpaduan dan sistem yang diamalkan kurang efektif dan efisyen lebih-lebih lagi banyak berlaku kegagalan pada peringkat pelaksana

5. Bukan sekali dua kita dengar; jenayah > tangkap > hukum > lepas > buat balik jenayah, dan kitaran ini tidak mungkin berhenti sekiranya semua lapisan masih tunding-menunding dan tiadak mencari titik persamaan

6. Buat uncle Kung Fu yang menyepak anak Melayu Brooklyn itu, aku maafkan kerana barangkali dia belum mengerti 'susah'

7. Buat anak Melayu Brooklyn, aku maafkan kerana barangkali dia belum mengerti 'kesusahan'.

8. Lagi-lagi wajah Melayu

Oct 22, 2009

AKU BUKAN COACH M.U

ps;- sila baca dengan nada riang ria, wah haha ha ha aha ha hha! Nie surat dari fan team bola sepak aku….. wah hahh ahha ha.



Kepade En Pendekar……..

Aku dah naik pelik sebab ramai lagi mangkuk ayun yang mai sini merepek ntah ape2. Tapi di sebabkan aku nie blum ade sakit jantung dan darah tinggi maka lantak diaorang la nak makan kerepek aper, bil letrik aku tak luak pun. Cuma yang aku rase, sini bukan gelanggangnya, awat tak buat blog sendiri dan kutuk team lain sepuas hati, tadak sape nak marah, ape susah bukan kene bayor pun, blogspot free maaaa…...


Kalau nak cerita tentang prinsip, yang aku pelik yang diaorang bangang sangat terima ideologi bengap yang pelik-pelik awat? Bola kat kaki sendiri bukan kat kakisyurga, pandai-pandailah nak sepak kat maner. Tadak paksaan dalam ini ‘game’. Klu ade yang terpakse, udah ler jangan jadi bengap pergi ler redah main guli ker main catur ker tak pun main masak-masak. Ho hoho ohoooo! Pakai kain batik, ho hoh ooh ohohoo!


Kenape tak analisa dulu, belajar ler bro, giie ler wat research sampai pitam, dan klu dah ade yang berprinsip sendiri dan punyer kehendak dan pandangan yang cukup bagus maka awat tak buat jer team sendiri, kumpul pasukan bola sepak sendiri dan buat ‘game’ sendiri, buktikan yang korang memang bagus, kalau menjadi team korang dan memang superbzzzz bagus, nanti ajak aku, confirm aku tak follow. wah hahah ahha aha….. sebab team aku dah champion….. wah hahah ahah ahha…..


Tapi yang menyedihkan aku, ada yang maha bengap pastu salahkan orang lain sebab bagi diaorang ‘game’ nie tak masuk akai??? Hoiiiiii! Belajar ler, mangkuk! Yang ikut cakap manusia apsai?


Sebelum aku menarik kasut but aku hari nie, sekali lagi aku nak bagitau, kalau nak main bola, main kat padang bola pakai aturan bola, jangan pakai aturan mangkuk! Klu tak akan menghasilkan mangkuk-mangkuk yang asyik pandai cakap, menjerit ntah aper-aper, DO SOMETHING BRO! Buktikan sesuatu yang nyata bukan mangkuk ayun. Thanx, callow baby….. :P


Peh! tak damai lansung, patutlah aku bukan coach M.U, wa hahahah hahaha!

Aug 5, 2009

LINGKARAN KOSONG

Mr. X

: Aku memang pasti Tuhan itu tiada.

Mr. Y

: Apsal pulok?

Mr. X

: Semuanya dongeng dan cerita tipu, direka agar manusia takut untuk melakukan
kesalahan.

Mr. Y

: Maksud kau, semuanya terjadi dengan sendiri?

Mr. X

: Yups, semua ajaran agama merupakan cara hidup agar manusia mampu terus
hidup dalam keadaan yang terkawal.

Mr. Y

: Syurga dan neraka?

Mr. X

: Ah! Itu tentang akibat, buat baik dibalas baik, buat jahat dapat perkara yang
negatif.

Mr. Y

: Aku tak faham. Apa maksud kau yang sebenar?

Mr. X

: Otak manusia nie sukar jika kita berbahasa secara terus, lembab, maka untuk
mendidik manusia maka diletakkan matlamat dan dasar supaya manusia punya
harapan dalam hidupnya dan mampu kembali bersemangat untuk melakukan
kebaikkan, jika tidak manusia sukar dikawal, kerana bukan semuanya mampu
mendengar secara terus dan mengambil pelajaran untuk melakukan kebaikkan
dan meninggalkan kejahatan.

Mr. Y

: Peh, lagi aku tak faham!!!

Mr. X

: Bahasa mudahnya, kau nie ditipu hidup-hidup untuk mempercayai sesuatu yang
tak pasti dan sesuatu yang tiada, itulah lingkaran yang kau sendiri tidak nampak
tapi membelit dan mengawal agar nanti kau menjadi orang baik, sama ada secara
terpaksa atau sukarela. Awwwww! Bodoh apsal kau cubit aku?

Mr. Z

: Mana ada aku cubit, ianya terjadi dengan sendiri. Ho ho ho h oho ho!

May 1, 2009

KELU

Dia : Yang penting ikhlas….
Aku : Walau sesusah mana?
Dia

: Yup, semua yang berlaku ketentuan Tuhan, pasti ada sebabnya, namun kita
  bukan hanya menadah tangan, tidak salah berdoa, tapi untuk membangunkan
  jiwa manusia perlu ada perlaksanaan, perlu dibina aqidahnya.

Aku : (sepi) Hmmmm….
Dia : Semua manusia punya cabaran punya rintangan tapi selaku manusia yang
  faham fungsi diri maka fikirkan jalan yang terbaik, kita dalam perang, semua
  orang dalam perang, perang dengan diri, perang peribadi, perang ekonomi,
  tapi Allah lebih suka andai kita berperang dalam barisan yang teratur,
  bagaikan bangunan yang tersusun kukuh…
Aku : (masih sepi)

Mar 25, 2009

BURGER TAK SEDAP

aKU :Kak burger daging dua.
dIA :Bagi ayam dua yaa…
  -sepi-
dIA :Encik, kalo kasi saya dulu boleh ka?
aKu :Hah?
dIA :En sudah datang dulu tapi kalau bagi ini kakak buat burger saya dulu boleh ka?
aKu :Oh. Boleh takde hal
  -sepi-
aKu :Uncle tak makan daging ker?
dIA :Tak dari kecil tak makan daging, skarang sudah 60 tahun, mak saya banyak marah kalau makan. Campur sikit pun tadak boleh.
aKU :Oh…..
dIA :Daging… Babi… Biawak semua tadak boleh makan, itu keturunan punya pasailah.
aKu :Oh…. kenape plak tak boleh makan uncle?
dIA :Kasta punya hal, macam harimau, ada harimau belang, harimau bintang, harimau juga, tapi lain brand.
aKU :Oh….. baguslah macam tu……

 

“Aku respek kat uncle tu begitu taat melaksanakan perintah tuhannya. Kita bagaimana?”

Mar 7, 2009

F**K ISLAM

Opssss........ aku postkan dua video dari u-tube ini sekadar untuk para sahabat dengar dan renungkan secebis kata-kata seorang gay, aties dan seorang yang lansung tidak berminat dengan Islam apatah lagi selepas aksi-aksi umat Islam itu sendiri(secara peribadi aku rasa mamat ini dah bosan dengan hidup dan ade masalah kasih sayang, hohohoho).


Banyak aksi carut-mencarut(maka yang tak tahan jangan dengar), video yang pertama telah lama di uploadkan dan dah banyak kali aku 'flag' tapi dieorang masih buat dunno jerk aku pun tak tau apsal, tup-tup keluar lagi siri yang kedua akan tetapi turut mengutuk kristian.


Pelajaran yang aku mahu sampaikan disini ialah, kita berhadapan dengan realiti manusia yang punya pelbagai kehendak dan pendapat, sukar untuk memuaskan hati manusia dari dulu, sekarang dan akan datang melainkan menghasilkan satu bukti yang nyata.


Maka perlu ada harakah(gerakkan) yang konsisten memajukan umat Islam tanpa mengharapkan sebarang imbuhan melainkan keredhaan Allah semata-mata, sepertimana yang telah dilakukan oleh para utusan terdahulu. Melaksanakan Al-Quran hingga dapat dipraktikkannya secara toleran dan seterusnya merahmatkan alam ini. So........ slamat sakit telinga.






Feb 14, 2009

PANGLIMA GARANG YANG KELAKAR


"Bukan beerti mencari kesalahan dalam sistem demokrasi yang ditinggalkan penjajah(kerana semuanya dari Tuhan), namun bagaimana untuk kita menambah nilai dalam sistem yang telah berakar umbi ini? Dan dari mana perlu kita mulakan?"- kakisyurga


Kamu tak faham hakikat DEMOKRASI..jadi pesanku, usah berbicara hal yang kamu tak tahu. Demokrasi dari Akal manusia yang ditinggalkan penjajah. Kamu mahu menambah saham dengan menambah nilai sistem ini?oh..sedarlah umat Islam..jangan terleka dengan bau wangian DEMOKRASI sedang ia sebenarnya najis.


Kembalilah kepada sistem ISLAM..bacalah Al-Quran dan fahami..Perhatikanlah sunnah apakah itu sisten ISLAM.

-panglima garang-





Sahabatku yang dirahmati Allah,

1. Memang demokrasi datang dari akal manusia, dan jawab pula persoalan aku, manusia datangnya dari mana? Tercipta sendiri? Semuanya datang dari Allah sahabatku.


2. Aku tak cakap pasal tambah saham, tapi tambah nilai, dalam kurungannya, yang kita mahu cari adalah persamaan bukan perbezaan.


3. Sebab terlalu emosi En Panglima Garang telah mengeja 'sistem' menjadi 'sisten'. He he he memang lawak, sekali bace macam setem pun ade. Jangan marah bro aku gurau jerk.


4. Bacalah sejarah dan fahami sebenarnya apa itu Islam, aku malas nak menghuraikan panjang lebar, jika benar mahu menegakkan Sistem Islam yang sebenar mulakan dari dalam diri kita dahulu, jika kita sendiri masih berfikiran 'jahiliyah' bagaimana?


5. Kebanyakkan yang aku bagi adalah kiasan untuk difikirkan, dikaji dan difahami. Kegagalan umat Islam hari ini kerna terlalu emosi, ego dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Demokrasi, Komunis, Liberal atau apa pun namanya semua dari Tuhan semuanya mengarah kepada kebaikkan namun adakah kebaikkan yang dilakukan didasari dengan cara dan faham Allah? Bukankah pernah Junjungan besar kamu bersabda bahwa setiap perbuatan yang baik haruslah didasari di dalamnya dengan Basmallah jika tidak tertolaklah ia. Kenapa dan mengapa?


Kerana 'awwal ad-deen ma'rifatullah', atau bahasa mudahnya permulaan sistem dengan mengenal Allah, maka aku memohon pada kalian kenalilah nama-nama Allah dahulu, fahami ismenya, ideologinya buat apa yang diperintah dan tinggal apa yang dilarang, ajaran Illahi untuk semua bukan yang kononnya beragama Islam sahaja, untuk semua manusia sahabatku, semua.

Feb 2, 2009

KAK TIE YANG COMEL

Nie pemberian kak tie, diantara tempat(blog) aku mencari idea dan menilai kehidupan, melihat pandangan para sahabat blogger yang bermacam ragam dari pelbagai lapisan usia dan status.



Masyarakat Malaysia memang unik lain dari yang lain, mendalami arena memblog di Malaysia membuatkan aku semakin teruja kerana dari blog kita dapat tahu tentang pandangan dan pengalaman orang lain walau tidak pernah bersua secara bersemuka namun ia satu kaedah komunikasi yang bagus dan berkesan.


Ini kerana blog bukan sekadar tempat untuk memaparkan rasa hati kita tentang isu yang kita suka atau isu yang mahu dikongsikan bersama, namun ia turut menunjukkan ekspirasi diri kita. Pernah aku diberitahu bahawa tulisan menggambarkan diri kita yang sebenar, dari tulisan seperti di blog, orang lain dapat menilai sejauh mana tahap pendidikan dan pemikiran serta budaya yang dibawa seharian dalam hidup kita.


Maka para blogger termasuk Kak Tie teruskan bekarya, aku lebih suka baca blog dari baca surat khabar, kenapa? nak tau? banyakkan lagi meluangkan masa di blog orang lain(aku cakap kat diri sendiri yang sekarang dah jarang menziarahi blog orang lain, sibuk dan menyibukkan diri, keh keh keh).


Tq Kak Tie........

Dec 26, 2008

RENTUNG

Aku masih mual selepas melihat mayat rentung dalam kereta yang terbakar di persimpangan Federal Highway masuk ke Shah Alam pagi ini. Aku tak pasti kereta apa(mungkin kembara atau viva) nak dapatkan kepastian nanti tengok newspaper pagi ini. Cuma saat aku sampai keretanya sudah terbakar, api semakin marak walau hujan renyai-renyai, lalu seorang sahabat menelefon bomba, dan bomba sampai kira-kira 2.25 pagi selepas lima minit panggilan.

Yang membuat aku sering menghampiri mana-mana kemalangan terutama yang membabitkan kemalangan kereta, kerana perasaan ingin memastikan mangsa sama ada orang yang aku kenali atau tidak. Bagi kemalangan ngeri ini, tak dapat dipastikan, no platnya aku tak jumpa dan mayat sudah rentung. Aku sering berharap bukan kawan-kawan aku(entahlah).


Tangannya mengerengkot, badannya masih menghadap ke hadapan, tetapi kedudukannya sudah berada di seat belakang(takda kena-mengena dengan tak pakai tali pinggang belakang). Selepas api dipadamkan, seluruh tubuhnya aku lihat melecur, masak macam ayam kenny rogers(maaf aku tak ambil gambar sebab tak sanggup), mukanya sudah hitam(tapi aku rasa lelaki, melihat dari bentuk muka dan badannya).


Takziah pada keluarganya.


Persoalan yang bermain-main di kepala aku, laju yang macam mana hingga keretanya remuk dan terbakar. Apa yang dikejar? Hidup ini sementara...........sedap cuma sejengkal.........maka hargailah.

Dec 16, 2008

DIARI PEROKOK TEGAR

FunnyPart-com-sup_yo


“Rokok? Ala hisap jer laaa, bukan pakai duit orang lain pun beli. Dah ade duit beli lah, bukannyer sampai merompak sebab nak beli rokok. Rokok haram, harg harg harg, buat lawak aper pulak? Tu pak-pak imam rileks jer hisap, menteri pun hisap. Huish jangan la haramkan, kang maner pulak kerajaan nak cari sumber pendapatan?


Tu la diaorang tak tau, hisap rokok nie boleh ‘awet mude’, tau laa sebab ramai yang kaki rokok mane sempat tua, sebab mati mude, maka dapatlah mengekalkan kemudaannya, kan kan kan?


Dieorang sajer jer nak buat gimik, ade toksik ler, 4000 racun la, sianid, arsenik argh!! Semua tu dengki semata-mata. Sebab apa? diorang maner boleh buat kepul-kepul pastu keluar asap bulat-bulat. Dieorang maner faham, rokok nie bagi inspirasi, bagi idea, bagi release tension, sekurang-kurangnyer tak delah pergi kelas yoga nak dapatkan ketenangan.


Cuba bayangkan kalau semua haramkan rokok, aper yang nak diisap? Takkan nak suruh hisap jari plak? Alah sengal betul ler dieorang nie, bukan mabuk pun, orang lain minum arak slumber jer, tak larang pun. Huish tak faham aku”.


P/s:- kepade adik-adik, jangan ikut buat karangan menggunakan bahasa pasar kerana ia membahayakan kesihatan. lol.

Dec 12, 2008

ADA BERANI?

Selamat datang hari Jumaat, dan macam biasa bagi yang dah akhir baligh dan berkemampuan akan solat Jumaat. Maka hari ini aku nak memprotes beberapa perkara tentang solat Jumaat. Bukanlah bermaksud aku tak mahu diadakan solat Jumaat, atau nak ganti buat waktu pagi, atau buat sebulan sekali akan tetapi setiap kali aku pergi solat Jumaat perkara yang sama yang aku perhatikan dan tahap menyampah aku dah sampai tahap dewa.


Maka jika ada pak-pak imam, pak bilal mahu pun ajk surau atau masjid yang ‘terbaca’ entry kali ini tolonglah korang ambil perhatian dan perbetulkan. Aku sebagai manusia biasa yang jahil lagi hina ingin menyatakan apa yang aku dengar dan lihat itulah yang aku bezakan.


Aku paling tak puas hati pada beberapa masjid sekitar Shah Alam dan Puncak Alam, hehehe, apsal? Tandas korang kecil ya amat(ada yang dah title masjid tapi tandas dua jer), ruang solat sempit, panas tapi korang masih mampu letak lampu chandelier dua tiga biji. Mana dapat duit? Jawab sendiri.


Kata nak kobarkan semangat para Muslimin tapi pak-pak imam membaca teks, ok lagi tapi apsal tak pergi kelas belajar balik intonasi, ‘bogee’ bahasa dan cara-cara berpidato yang betul. Bukanlah macam KJ atau DSAI berpidato tapi cukuplah sekadar bagi kami semangat untuk mendengar, tapi terbalik bukan kobarkan semangat nak berjuang, tapi kobarkan semangat nak tidor, dan akhirnya ramai yang terkorban. Tahniah pada masjid Seksyen 18(yang lama), setakat ini pak-pak imam situ yang the best yang aku dengar khutbah Jumaat. Bravo.


Faham tak erti kata panas?(jangan cakap sebab aku banyak dosa) Bukannya aku nak suruh semua masjid pasang aircond tapi tolonglah perbetulkan ventilation korang, janganlah pakai atap zink, aku dah jadi ikan masak tiga rase kalau lewat datang, kesian kat pakcik-pakcik yang sudah uzur, kami nie spesis kulit gelap bertambahlah kekilatan nampak gayanya.


Pada mamat-mamat yang rasa nak jadi bapak ‘mithali’ korang faham tak yang anak-anak korang mengganggu orang lain dan tak pernah ker korang belajar bahwa saff akan putus kalau korang selit-selitkan anak korang dekat saff orang dewasa. Janganlah zalim pada budak-budak tak seronok pun bersenam tengah panas, berhimpit-himpit.


Masjid Seksyen 7, tolonglah cari jalan yang terbaik dah berkali-kali aku tengok makmum solat atas tanah depan longkang, takkan aku jugak nak cerita tentang kapasiti masjid kot? Aku rase korang lebih pandai. Tiga minggu lepas ada makmum yang tak dapat solat sebab tak muat, belakang penuh dan azab kepanasan, huhuhuu.(sekali lagi jangan cakap kami banyak dosa)


Ini kepada sahabat-sahabat aku yang rajin tidur dan berumah tangga kat masjid dan surau, aku tabik spring kat korang sebab tinggal keluarga, tinggal anak bini semata-mata mahu mengajak manusia pergi masjid dan dengar ceramah korang. Tapi tolonglah kalau dah masak-masak dan makan-makan korang bersihkanlah sebersih-bersihnya janganlah buat macam kat rumah korang, nanti kurang plak pahala korang. hehehe.


arabic_calligraphy

Dah-dah, manusia nie(aku) memang macam-macam complain, macam bagus sangat harg harg harg, kalau diminta urus tandas surau pun belum tentu aku boleh urus, inikan pula nak complain pasal masjid. Keh keh keh. Tak sedar diri betullah aku nie, banyak pulak songeh. Tapi ape pulak pendapat korang semua? Heh. Rindu plak pada masjid disana..............


p/s:- tahukah anda maintenance masjid negeri mencecah puluhan ribu sebulan? apsal? dengar, lihat dan bezakan. (aku dah buat research masa diploma pasal maintenance yang tak patut tu, bilalah nak taubat)

Dec 10, 2008

MARI MEMBAKAR

Assalamualaikum……bro Pendekar

Sempena ketibaan ibadah Korban ni, saya nak tanya satu persoalan mengenai MERCUN.

Baru-baru ni saya terbeli buku kecil ni yang berupa teguran dengan dalil al-quran dan dalil hadeeth yang dijadikan sandaran yang selalu kita tak prihatin sangat. Yg disusun oleh Ustaz Zakaria Talib. Buku biasa jer. Fotostat. Ustaz tue cakap modal kecil jer dia pakai. So, sy tertarik dengan kata Syeikh Abdul Qadir Mahmud al-Qadahi yang mengatakan:

“Bunyi mercun itu adalah suara ifrit, suara syaitan. Orang yang main mercun ini ialah orang majusi (org sembah api). Jin syaitan pun kejadiannya dari api” Ada apa-apa pengesahan ke bro, dalil Al-Quran ke, dalil hadeeth ker?

Jawab dlm blog ye bro, semoga pembaca dapat iktibar dan memudahkan kastam dan sewaktu dengannya menjalankan kerja.

p/s: sy bukak blog ummuhani.com, sekali ada entri ‘senyuman syahid’ sekali ngan gambar (Indonesia). Makin blurr plak sya rasa.

Makasih….. Salam Eidul Adha

Jawahir


Maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk aku masukkan ke dalam entry, maklumlah perut penuh dengan rendang daging korban, tangan nie 'maleh' sikit nak menulis. Hehehe. (Sebelum tu, aku merepek sikit tulis entry kali nie sebab masih kekenyangan. hohoho)


Mungkin betullah kot bunyi mercun macam suara ifrit, tapi dahsyat betul sampai boleh dengar suara Ifrit, belum pernah pulak aku dengar suara Ifrit, sebab aku hanya manusia biasa, yang aku tahu spesis syaitan sahaja yang mampu dengar suara spesis syaitan. Ho ho ho ho.


Orang kita nie banyak menggunakan perumpamaan, yang merunsingkan jika apa yang diumpamakan tidak diambil pelajaran tapi diterima terus 'bentuknya' dan terus diletakkan sebagai fakta. Contoh tentang mercun, memang salah main mercun dan boleh memudharatkan diri serta berlakunya gangguan awam(bunyi). Maka untuk menyatakan ianya larangan adakala sukar difahami, maka ramai para sahabat menggunakan perumpamaan seperti yang disebutkan. Berbalik pada kita bagaimana untuk memahaminya, tidak ada di dalam Al-Quran dan hadith yang sahih(kalau sesiapa jumpa tolong info), bahwa bunyi mercun seakan suara Ifrit. Hehehehe


Kemudian tentang fakta orang yang main mercun orang Majusi, aku rasa kena dikaji semula kerana mercun bukan dicipta oleh orang Majusi dan tidak ada perayaan orang Majusi yang melibatkan mercun.



Manakala tentang gambar senyum syahid, hehehehehe, tengoklah dan lepas tu tengok pula link yang kat bawah tu, bezakan sendiri. Bukan setakat senyum malah siap tak reput. Heh. http://www.youtube.com/watch?v=0dRm_1OG4oE


Apa yang ingin aku sampaikan, jika senyuman ketika mati dijadikan ukuran maka ramai lagi yang mati bukan dalam agama Islam tapi tetap tersenyum ketika mati. Banyak faktor menyebabkan mereka ini tersenyum dan nampak seakan tersenyum, atau disenyumkan, dan jangan pelik pulak yang ditembak tiga orang yang tersebar gambar senyum cuma Amrozi, yang lain??? hehehe. awat yang lain tak syahid pulak ker? Semoga mereka menerima apa yanag mereka usahakan. ;-)


P/s :- aku memang tidak akan meletakkan sebarang fatwa untuk korang prinsipkan, dan tujuannya untuk semua pembaca menilai sendiri, membuat kesimpulan dan letakkan prinsip sendiri..harg harg harg mardhotillah. .


*nie tiada kena-mengena dengan entry, dan tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati*

Alkisah ada tiga mayat di salah satu bilik mayat sebuah Rumah Sakit di New York. Ketiganya dari negara yang berbeza. Yang satu warga negara Amerika, satunya Belanda dan yang satu lagi Afrika. Anehnya ketiga-tiganya mati dalam keadaan "tersenyum".


minigun



Dengan penuh persoalan si penjaga bilik mayat bertanya pada doktor yang menghantar ketiga jenazah tersebut.


Penjaga bilik mayat: "Doc, mengapa si Amerika ini meninggal dalam keadaan tersenyum?".


Doktor: "Oh, dia kena serangan jantung ketika sedang berasmara".


Penjaga bilik mayat: "Lalu kenapa dengan si Belanda?".


Doktor: "Dia kena serangan jantung kerana terkejut ketika mendapat loteri jutaan dollar".


Penjaga bilik mayat: "Bagaimana cara si Afrika ini meninggal, doc?".


Doktor: "Disambar petir".


Penjaga bilik mayat: "Hah?!... tapi kenapa dia tersenyum?"


Doktor: "Ooh... sebab kilatnya disangka sinar kamera. Dia fikirkan bahwa ada yang sedang mengambil gambarnya".

Nov 30, 2008

MANA MELAYUMU? MANA ISLAMKU?

Yaasiin;36.
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.

Ar Ra'd;3.
Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Adz Dzaariyaat:49.
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.


Dimana kau berada? Kiri atau kanan?
Err.. kalau aku pilih tengah-tengah?


Apa warna hatimu, jiwamu? Hitam atau putih?
Err.. kelabu


Mana duniamu? Neraka atau Syurga?
Err.. aku tak nak masuk neraka tapi rasa tak layak pulak masuk syurga.


Kemana amalanmu? Dosa atau pahala?
Err.. huish kau buat aku berdebar-debar pulak. Entah aku tak tahu nak pilih mana.


Siapa yang memimpinmu? Yang mati atau yang hidup?
Err.. apa punya soalan nie? Tentulah orang hidup, eh! tapi apsal banyak perkara tak selesai, dieorang nie tidor ke?


Apa warna masa hadapan generasimu? Malam atau siang?
Err.. aku rase tu bukan masalah aku, buat ape aku nak fikirkan. Adoi, sakitlah (Kena luku kali pertama)


Apa sembahan harianmu? Syiriq atau tauhid?
Err.. aku sembah Allah, buat apa yang disuruh tinggal apa yang dilarang (sambil menghisap rokok)


Sejauhmana kamu dan Al-Quran? Ingkar atau yakin?
Err.. aku boleh bace tapi tak faham sebab bahasa Arab, so tak boleh dikira ingkarkan?


Apa bicara masyarakatmu? Persangkaan atau ilmu pendidikan?
Err.. yang kau nie banyak soal apsal? Lantak la masyarakat nak fikir ape. Eh! Semalam ade dengar tak budak kecik kene rogol?


Kemana prinsipmu? Bengkok atau lurus?
Err.. kejap, huish, berat soalan nie, aku k.i.v dulu boleh?


Apa hasil ilmumu? Kau terangkan atau kau sembunyikan?
Err.. aku belajar dulu sebab nak exam, pastu sekarang aku belajar untuk aku sendirilah, kalau orang lain nak pandai pergilah belajar balik, aku peduli aper!


Apa jadi pada bangsamu? Bercerai-berai atau bersatu?
Err.. bersatu kita teguh, bercerai kawin lain, harg harg harg harg. Adoi! sakit laaa (kena luku lagi)


Sejauhmana Islammu? Angan-angan atau zahir?
Err.. aku dah mengucap dah kira Islamlahkan, kan kan? (sambil menggaru-garu kepala sebab tak faham soalan)


Mana langkahmu? Sistem bathil atau sistem yang haq?
Err.. Barter System...(dengan penuh yakin) Adoi, sakit lah!


P/s: Harap maaf tiada soalan lagi, kerana yang disoal sedang dalam perjalanan ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan. ;p

Nov 26, 2008

HIASAN DUNIA NUSANTARA

Memenuhi permintaan sahabatku bumilangit, dan filem ini memang best dan aku memang mengalu-alukan para sahabat yang dirahmati Allah untuk sama-sama menonton filem yang julung kalinya akan ditayangkan di Kuala Lumpur. Keterangan adalah seperti di bawah:-

Tarikh : 30 NOV 2008

Venue : Anjungan A, Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Artis yang hadir : Irwan Rinaldy (pelakon utama), Neno Warisman, dan Zul Ardhia (Pengarah Filem)

Harga Tiket :
  • RM50 -> Sessi I (8.30am – 1.00pm) + beramah mesra dengan artis Sang Murabbi.
  • RM10 -> Sessi II (2.30pm– 4.00pm)
Bonus: Doorprize

Tambahan tentang pengangkutan:
  • Akan ada kereta panitia yang akan menjemput peserta yang menaiki LRT/KTM.
  • Kereta akan berada di stesen LRT PWTC dan stesen KTM Putra
  • Sesi pagi : kereta akan berada mulai pukul 7.30am - 8.30am
  • Sesi tengahari : kereta akan berada mulai pukul 1:30pm- 2:30pm







Aku tak dapat sebarang komisyen untuk iklankan kat blog ini, tapi aku rasa berbesar hati kalau ada yang boleh pergi..


Untuk sebarang persoalan boleh ke www.sangmurabbi.com atau sang-murabbi.blogspot.com
Atau boleh pesan tiket secara on line di sini(ape lagi klik je laa, ho oho ho ho ho)

p/s: cerita nie bagus tapi mengantuk sikit maka sesiapa yang berhajat nak tengok pandai-pandailah. :-)

AWARD

Tanx to sakurasa 2, sebab bagi award. Akan aku pastikan persahabatan ini berkekalan. Terima kasih daun keladi, kalau ade bagi ler lagi. Ho oho ho ho ho ;-)


Nov 12, 2008

NEGARAKU.......oh! Iyakah?

Menjawab komen dari Bro. Aboo........

Pendekar!
Kawan gua ada tgk klip ni, dia amoy Buddha. "Wahhh...manyak teruk wooo, hidup pun susah...mati pun susahhh...! takot loo, jadi Islam..masuk kubur byk soal...! " Woowww..Gua rasa, kita yg Islam ni terlalu expose sangat lah pasal benda2 nih. Nak dakwah secara halus pun susah...! Terlalu kena ikut rentak..Haiya! Tu laa...bila dah berkawan, ingat nak ajak kawan masuk syurga sekali! Ishhh... Ntah la Pendekar, Lu sambung....
Ops...Pendekar! Soalan dari kawan gua,tak reti nak jawab; Apa2 fatwa oleh Majlis Mufti utk Islam je kan? Takde kena mengena dgn Si Kafir kan?!Macam hudud tu semua... Opss...Lagi satu,kasi kuliah hudud pulakkk! Kawan2 kafir gua byk tanya gk soal isu potong2 tangan nih...Please! Kongsi Ilmu! Huhu..Roger!

Panjang kalau aku nak jelaskan dengan terperinci (mungkin boleh siap satu novel, lepas tu ko tengok aku masuk ISA, ha ha ha), maka tolong pada Bro Aboo dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, tolong fahami sebaik-baik mungkin, jika ada sebarang persoalan tentang fatwa dapatkan khidmat pakar(korang jangan pergi dr sakit puan pulak) .......heh.


1. Islam hari ini terlalu jauh melencong dari apa yang Rasulullah ajarkan. Kita hari ini ditakut-takutkan tentang hukum, fatwa, balasan dosa dan bermacam-macam lagi. Padahal asas Islam itu ilmu(pendidikan). Islam di Malaysia majoritinya Islam baka, lahir-lahir terus Islam, maka seperti mengajar burung kakak tua ramai yang sekadar ikut-ikutan tanpa benar-benar memahami falsafah disebalik Islam, tanpa memahami matlamat Islam sebenarnya.

2. Belajar dari para Rasulullah, berapa ramai yang sudah dipotong tangan? Berapa ramai yang Muhammad s.a.w cabut nyawanya dengan direjam kerana zina? Adakah Rasulullah takut-takutkan masyarakat dengan hukum? Atau dipasakkan kecintaan pada Allah dalam jiwanya? Belajarlah sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah. Mana lebih senang tolak kereta, atau 'start' enjin kereta biar bergerak sendiri?

Hari ini Islam kita ramai yang paksa(forces) menolak kereta, nah! Padan muka kalau tak mampu menolaknya, aku yakin semua yang berlabelkan Islam mahu membawa kebaikkan tapi bukan itu caranya, 'start' suis kereta, nanti dia akan berjalan sendiri, kemudikan sahaja. (so satira, kalau tak mampus kena hentam lagi). Persoalannya siapa yang mahu mengemudi Islam ini? Siapa yang mahu jadi driver? Fikirkan.


3. Jika benar-benar sudah ditanamkan aqidah, dipasakkan rasa kecintaan dalam jiwa pada Allah, dizahirkan Ad-deen Islam, namun masih melakukan onar, baru cerita tentang hukum. Sudah kita tangkap pencuri, kita penjarakan, kita bimbing dengan Al-Quran, dalam penjara pun dia mencuri lagi, nah baru timbul hukum hudud, mudah kata ini hukum darurat, bukankan Allah itu Al-Af'fu? Allah tidak zalim tapi yang zalim kita.



4. Soalan dari aku pula. Dengar dan perhatikan dengan tenang. Jika dalam rumah kita maka dengan senang hati kita akan buat peraturan yang kita mahu, kerana itu rumah kita, dan kita sebagai pelakunya, kerana itu memang rumah kita(berapa banyak kali rumah daa). Negara Malaysia yang aku cintai ini negara Islamkah? Atau cuma dipimpin oleh orang Islam? Sampai kita bisa mengeluarkan fatwa dan hukum? Negara kita? Benar-benar rumah kita?

Bayangkan begini, duduk dalam sebuah rumah bujang, ada lapan orang penyewa, dan oleh kerana kita sudah tinggal lama dirumah itu, adakah semuanya kena ikut perintah kita sesuka hati tanpa kita perkenalkan dan fahamkan dasar-dasar peraturan yang kita mahukan. Jika tiga orang tidak mahu ikut macam mana, suruh yang mahu sahaja? Atau halau yang tak mahu ikut peraturan? Opssss diaorang pun bayar sewa maaa.......... Fikirkan.


5. Soal amoi yang tengok vcd kematian tu, he he he, bos suruh buat kerja korang tengok pulak, woit kerja-kerja, he he he. Tiada ayat didalam Al-Quran tentang penyiksaan dalam kubur(kalau ada tolong info), yang ada sekadar hadith, dan kebanyakkan hadith yang aku jumpa bukan hadith sahih. Kita yakin setiap perbuatan yang kita lakukan akan dibalas sebaik mungkin. Cuma kita tidak tahu bagaimana kaedah pembalasan yang diperuntukkan(siapa yang dah mati tolong jawab). Wajar atau tidak aku rasa dah jawab dalam entry lepas.


->CEPAT TUA
->MELAYU MELANGKAH LAYU

Nov 11, 2008

MELAYU MATI tapi hati-hati






Memenuhi permintaah bro. Aboo

1. Secara peribadi aku lihat, bagus di adakan program 'ilmiah visual', seperti yang di buat oleh sahabat-sahabat mengeluarkan vcd kematian, dan aku yakin mereka-mereka ini melakukan dengan tujuan yang positif(walaupun lepas tu jual dapat duit).

2. Carilah topik lain untuk di visualkan diantara sebabnya siapa dari kita yang dah mati yang tahu keadaan sebenar apa yang berlaku di alam barzakh?, Aku khuatir manusia-manusia yang bebal akan mengambil video ini untuk dijadikan fakta dan panduan, bukankah kata Allah dalam surah Al Israa' ayat ke-85,

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."

3. Kepada cikgu atau motivator yang menayangkan vcd pada kanak-kanak, aku tahu memang kau orang suka tengok anak-anak ketakutan, menangis dan trauma, memang ada anak-anak yang mampu 'digest' isi video tersebut namun ada yang kurang mampu, waima yang sudah dewasa(bila aku cek dekat komen-komen yang lain), masih ada yang menyatakan vcd ini menakutkan(walaupun aku gelak berguling-guling, sebab mayat die kelakar...he he he he). Maka tolong pertimbangkan melainkan kalau ada insurans, sekurang-kurang kalau ada cikgu yang kena belasah oleh ibubapa sebab menayang vcd ini takdalah susah selepas itu(apa yang aku merepek).


4. Tidak digalakkan membuat sebarang spekulasi atau persangkaan mengenai apa sahaja perkara yang kita sendiri tidak ada ilmu mengenainya. Kata Allah dalam Yunus: ayat ke-36.

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
"Maa Robbuka?" (siapa Robb(pengatur) kamu?) , he he he nanti jawab Demokrasi yang mengatur aku......keh keh keh......dan untuk selanjutnya sila dengar dan teliti pula video dibawah, yang memperlihatkan kebodohan kita mengenai kematian(tiada kena mengena dengan entry)..


Oct 30, 2008

HIDUP & MATIKU..........hidupkah aku?

Komen dari bro. Aboo:

Bro Pendekar!
Tang mana nak baca balik?
Opss...lagi satu, gua nak request Bro ulas skit pasal orang2 yg duk cakap pasal nawaitu nih!
Please,nak tarbiah orang nihhh...Yes!
Tarbiah jalan Terus!







Tanx Bro, kalau nak dengar ulasan aku nanti 'hancus' tapi kita lihat ulasan Allah dalam Al-Quran serta kata-kata hikmah Rasulullah:-

Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata-mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.

As-saff:2,3
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".


Sejak kecil, kita diajar tentang whudu, solat dan puasa, yang harus dimulakan dengan niat. Apabila seseorang itu berniat,bermakna ia telah memberikan arahan kepada minda dan minda akan mengarahkan keseluruh tubuhnya untuk menyempurnakan apa yang di niatkan. Niat mempunyai kuasa untuk mengubah cara hidup kita. Kuasa tersebut adalah getaran-getaran aliran tenaga positif yang akan merangsang minda bawah sedar kita dan secara tidak langsung mengubah bio-kimia tubuh untuk melakukan sesuatu.


Kerana itu Muhammad s.a.w menyatakan apa sahaja yang mahu kita lakukan bergantung pada niat setiap individu, kerana kita apa yang kita fikirkan. Manakala Allah memberikan penegasan yang teramat keras sekiranya kita menyatakan apa yang tidak kita buat(yang dinyatakan oleh orang yang beriman semestinya perkara yang positif). Allah benci malah besar kebenciannya sekiranya kita menyatakan apa yang tidak kita buat.



Maka jangan cakap sahaja tapi tak buat.(Banyak terjadi pada pakcik-pakcik yang berstatus ahli politik) Heh.

-> HIDUP DAN MATIKU KERANA AKU(?)

Oct 26, 2008

HEMBUSAN BAYU MELAYU.

Komen hny,

"jgn kate undang2 islam akhi.. yg sunnah pun tak sberapa yg menegakkan..
tgk je la kenduri kahwin org kite yg terlalu mengikut adat..
cuma nak jadikan contoh.. berdasarkan hadis sahih yg sy dengar dari seorg sheikh..
seeloknya nikah pada bulan syawal, hari jumaat..isteri dihantar kepada rumah pihak suami,
kemudian psgn td berkumpul..
selepas tu baru diadakan kenduri walimatul urus ..
tapi, yg dibuat kan sekarang membelakangkan sunnah, mendepankan adat..?
kalo ente sendiri yg kahwin nanti (kalo belum kahwin skrg, atau nak kahwin lagi la misalannye ye..heheh)
ente berani ka cakap dengan mak ayah (kandung n mertua), kate nak wat seperti yg nabi sabdakan?
amacam akhi? ada beran?"


Menjawab kembali komen hny,

Mungkin penjelasan ini agak panjang kerana pertanyaannya punya banyak jawapan namun aku cuba perjelaskan secara pendek dan padat. 'Hny' harus tanya kembali pada sheikh yang mengajar, kalau boleh diberitahu siapa nama sheikh tersebut serta perinci hadith yang dikatakan sebagai hadith sahih. Memang benar Muhammad S.A.W berkahwin dengan Siti Aishah dikatakan pada hari Jumaat dalam bulan Syawal, dipetik dari kata Aisyah bahwa:


"Rasulullah s.a.w mengahwiniku pada bulan Syawal dan serumahtangga denganku pada bulan Syawal. Maka manakah isteri Rasulullah yang lebih dicintainya daripadaku?"(Ruj. JAKIM)

"Rasulullah menikahiku pada bulan Syawal dan berkumpul denganku pada bulan Syawal, maka siapa di antara isteri-isteri beliau yang lebih beruntung dariku?"
(
Hadith riwayat Ahmad dalam Musnadnya, VI/54, Muslim dalam sahihnya II/1039, kitab nikah, hadith no. 1423, At-Tirmidzi dalam Sunanny
a II/277, Abwab Annikah, hadith no 1099 dan beliau menyatakan "Ini adalah hadith hasan sahih". An-Nasai dalam Sunannya, VI/70, kitab An-Nikah, bab PERNIKAHAN PADA BULAN SYAWAL. Ibnu Majah dalam Sunannya, I/641, kitab An-Nikah, hadith no 1990)



Rasulullah menikahi Siti Aisyah pada bulan Syawal adalah kerana ingin menafikan tradisi bangsa Arab yang melarang perkahwinan pada bulan Syawal, kerana ba
ngsa Arab ketika itu menganggap pernikahan dalam bulan Syawal boleh membawa sial atau malang dan mereka selalu berkata "Wanita yang hendak dikahwini itu akan menolak lelaki yang ingin mengahwininya seperti unta betina yang menolak unta jantan jika sudah bunting dan mengangkat ekornya."


Sahabat yang dirahmati Allah kita fahami sebaik mungkin sabda Muhammad S.A.W katanya,
Ku tinggalkan(pusaka) untuk kalian dua perkara(perbuatan/amal) taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya, iaitu KITABULLAH dan SUNNAHRASUL-NYA"

Sekiranya kita meletakkan kata Aishah sebagai sunnahRasul maka ramailah orang yang akan sesat, dan tidak ikut sunnahRasul termasuklah Muhammad S.A.W kerana baginda berkahwin dengan Siti Khadijah dan isteri-isterinya yang lain bukan dalam bulan Syawal.



Ramai kita pada hari ini keliru dan dikelirukan perbezaan antara
Hadith dan SunnahRasul. Kata Allah dalam Al Jumu'ah ayat ke-2;


Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,


Al-Quran merupakan satu doktrin Ad-deen(sistem), menjelaskan tentang dasar-dasar sistem yang menjadi cara hidup manusia di bumi. Dengan bahasa mudahnya Al-Quran merupakan perlembagaan kenegaraan manusia. Namun ianya sekadar teori sahaja, praktikalnya merupakan SunnahRasul-Nya. Beerti apa sahaja perlakuan(perbuatan), kata-kata(hadith) dan diam, Muhammad S.A.W dan para rasul terdahulu untuk menzahirkan Addeen(sistem) Allah, berlandaskan kitabAllah(wahyu), Rasulullah mempraktikkan banyak strategi dan kaedah membangunkan Ad-deen Allah dan ini yang boleh kita definasikan sebagai sunnah(yang paling hampir).


Mungkin ada yang punya pendirian lain mengenainya, namun apa yang aku harapkan kita sama-sama mencari titik persamaan. Tugas penting untuk menzahirkan sistem belum selesai dan jangan pula kita mencari perbezaan. Kata Allah dalam Al Mu'min ayat ke-4


"Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari suatu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu".

Maka jika ada pandangan yang lain tolong hujahkan secara ilmiah. Mardhotillah.....


;-)

Oct 15, 2008

ULANG-ULANG, PUSING-PUSING, MELAYU PENING.

Menjawab respon dari Brahimnyior


Pendekar, terima kasih tinggalkan jejak di blog saya. Blog tuan menarik, isu pun berkaitan dengan kemasyarakatan. Cuba komen hal penipuan orang Melayu terhadap bangsanya sendiri:
BNM serbu 4 syarikat

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan TAN MING WAI

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit. Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur , Selangor dan Negeri Sembilan. Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan. BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.(Petikan Bernama 14 Oktober 2008)



;-)

Sebelum itu, "Syarikat Melayu" yang disyaki mengambil deposit secara haram, menyalahi Akta Pencegahan Wang Haram 2001 (Akta 613) atau Anti-Money Laundering Act 2001 (ACT 613). Masih dalam siasatan maka kurang wajar pula kita mahu menyatakan siapa salah atau siapa yang betul.

Dalam ekonomi kapitalis yang diamalkan sekarang apa sahaja boleh berlaku, banyak spekulasi yang boleh kita buat namun beberapa amaran keras Allah seperti:-

Al-Baqarah : 275

"Orang-orang yang makan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu; dan urusannya kepada Allah. Orang yang kembali, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya".


Dalam perniagaan aku mudahkan bahwa, modal rendah maka risiko rendah dan untung pun rendah, kalau modal tinggi maka risiko pun tinggi dan keuntungannya tinggi. Namun kerana kejahilan "orang Melayu kita" dan sikap tamak serta berbuat tanpa ilmu menyebabkan selalu menjadi mangsa penipuan tidak kiralah ditipu oleh siapa pun. Tetapi apabila yang menipunya pun orang Melayu Islam, mengingatkan aku pada sejarah Nabi Muhammad ketika wujudnya 'Hiful Fudhul", yang diwujudkan atas dasar sumpah setia menangani jenayah terutamnya kes penipuan. Namun gagal membendung kes yang berlaku hinggalah turun wahyu pertama kepada Nabi Muhammad dan diajarkan bahwa, manusia ini diciptakan oleh Allah maka harus mengikut Qalamullah.