Showing posts with label REVIEW. Show all posts
Showing posts with label REVIEW. Show all posts

Sep 3, 2013

TANDA PUTERA REVIEW

Aku menulis sekadar sebagai catitan peribadi kerana jarang sesekali aku menonton filem Melayu, dengan alasan aku sendiri bahwa kebanyakkan jalan cerita filem Melayu sudah boleh dijangka.

Pertama kali menonton filem Melayu sewaktu dibangku sekolah cerita Awie dan Erra(tak ingat tajuk), kemudian ada beberapa lagi cerita seperti Jangan Pandang Belakang, dan 1957 Hati Malaya.

Kebanyakkan kami 'si hantu panggung' masuk panggung bukan sekadar jalan cerita sebuah filem juga kerana kualiti bunyi dan gambar filem tersebut. Aku pernah tengok filem yang sama pada hari yang sama di panggung yang sama  kerana indah sangat visual yang dipaparkan (Avatar).

Bla... bla .... bla.... itulah filem Melayu, cakap, cakap, cakap, padahal komunikasi bukan sekadar verbal, banyak kaedah yang boleh disampaikan terutama melalui sebuah filem, memek muka, cara berjalan, intonasi, bla bla bla..... cakap lagi....




Ok berbalik pada Tanda Putera secara ringkas aku nyatakan:

1. Sangat Bagus dan aku syorkan semua orang tonton terutama kanak-kanak (don't say : "machai detected"), gie tonton dulu cerita ini dengan hati yang terbuka.

2. Sayang sangat kerana Shuhaimi Baba diberi peluang untuk mengarahkan sebuah Filem Sejarah dan peluang ini disia-siakan.

Aku tak mahu complain pasal watak Mahathir yang kaku dan macam kartun, termasuk watak Anuar(aku rasalah tengok pada misai dia) yang macam orang bodoh, aku juga tak mahu complain pasal jalan cerita yang meleret-leret, ada part yang confiuskan orang, ada part yang tak perlu, ada part yang berulang-ulang, bangunan kartun jelas buat dalam studio. Choiii.... Negative.... Ha ha ha ha ha sorry Ye

Tapi kalau diberi lagi peluang pada Shuhaimi Baba aku harap sangat tolonglah jangan syok sendiri sangat, plot dan jalan cerita dah ok, pelakon dah hebat-hebat, kurang 'roh' cerita, pidato fail, pakaian fail, tapi....

Sekurang-kurangnya syukur kerana cerita ini membuatkan aku berjaga malam membaca buku sejarah, rasa banyak sangat yang aku tak tahu pasal sejarah.

Akhir kata disebabkan Shuhaimi Baba orang Nogori maka aku bagi 4 bintang untuk cerita ini kerana informasi, visual 2 bintang dan audio 2 bintang, good try, dan kalau boleh buat lagi Filem Sejarah yo Kak, podulikan lah oghang lain, bak kato ogang bijak-bijak (bukan ese lah tu)

“To avoid criticism say nothing, do nothing, be nothing.”
― Aristotle


Rujuk :

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/i-actually-thought-tanda-putera-was-good-and-no-i-have-not-been-paid-to-wri

http://sg.news.yahoo.com/review-tanda-putera-film-takes-liberties-truth-230700699.html

http://www.ohbulan.com/review-filem-tanda-putera-bongkar-rahsia-pejuang-negara/


Mar 8, 2009

PEREMPUAN BERKALUNG SERBAN

film20041b
Jenis Film : Drama
Produser : Hanung Bramantyo
Produksi : Starvision
Pelakon : Revalina S. Temat, Joshua Pandelaki , Widyawati , Oka Antara, Reza Rahadian, Ida Leman, Tika Putri
Sutradara : Hanung Bramantyo
Penulis : Hanung Bramantyo, Ginatri S. Noor


Jika di Indonesia filem ini telah mula ditayangkan pada 15 Jan 2009, dan aku tak fikir ia boleh ditayangkan di Malaysia atas banyak faktor termasuk mungkin menyentuh isu-isu yang sensitif (bagi ramai penganut Islam yang tertutup dan terkatup).


Filem ini garapan dari novel yang di tulis oleh Abidah el Khalieqy dan diterbitkan oleh Yayasan Kesejahteraan Fatayat. Menyentuh banyak isu berkaitan wanita dan pandangan serta diskriminasi terhadap kaum hawa yang kelihatan disekat waima ianya tidak bercanggah dengan Al-Quran.

'Sebelum haqqul yakin dengan kebenaran 
 
aku tak mau mengangguk dan menjadi keledai
sekalipun keledai seorang syaikh atau imam besar'



 

ps:- sebelum terlupa, soundtrack by dato siti nurhaliza…….