Belajar dari politik negara jiran, belajar dari Thailand yang suka tukar president seakan tukar baju, belajar dari Indonesia hingga kini punya penduduk Islam teramai di dunia namun banyak yang ketinggalan, belajar dari Singapura masyarakat hidup aman bahagia namum pelbagai hak dinafikan. Apalagi kita di
Kalau yang susah kalian ahli politik tidak mengapa, namun generasi mendatang yang akan terima padahya. Aku tahu ramai ahli politik negara kita dah tua-tua, maka jangan pentingkan diri sebab kau orang hidup dah tak lama, namun kami dan generasi mendatang yang akan menerima padahnya.
Pada zaman Nabi Muhammad SAW juga telah wujud fahaman politik, wujudnya Darul Nadwah, wujudnya badan-badan NGO seperti Hiful Fudhul, namun mengapa Muhammad memilih untuk menyampaikan akidah manusia secara senyap-senyap dan perlahan-lahan? Kerana dia sedar menjalankan tugas suci untuk menegakkan sistem yang hak bukan sekadar meraih undi atau menyampaikan ceramah(lepas itu boleh claim duit) di khalayak ramai, harus ditanamkan aqidah serta rasa kecintaan kepada Yang Maha Esa. Hanya cinta yang kuat sahaja mampu menarik akar umbi sistem yang bathil. Namun ianya kerja rumit dan kerja gila. Sanggup?
Salam. Entry yang menarik.
ReplyDeleteNamun menanamkan akidah yang kuat pd Muslim dan menyebarkan akidah Islam pd non-Muslim bukan kerja gila. Ianya perjuangan Rasulullah S.A.W. yang mesti diteruskan walaupun rumit. Tugas kita sebagai hambaNya hanyalah mampu berusaha dan berdoa. Method dakwah Rasulullah S.A.W. ada yang secara senyap2, ada secara terang2an. Wallahua'lam.
benar apa yang saudara maksudkan beerti memahami apa yang mahu saya sampaikan......
ReplyDeletetetapi lebih penting menanamkan akidah pada yang muslim dahulu, kerana jika diperhatikan terlalu ramai orang Islam kita yang mengaku Islam namun tidak mengamalkan ad-deen Islam.
hanya orang yang beriman, dan berjiwa besar sahaja yang memahami bahwa perjuangan yang dibawa oleh rasulullah bukan kerja gila
;-)
cara 'senyap' yang dimaksudkan besar ruang lingkupnya, menyampaikan aqidah bukan untuk mendapat upah, menyampaikan aqidah berperingkat2 hingga teguh dalam jiwa manusia, menyampaikan aqidah secara aman(hudaibiyah).
CARI PERSAMAAN WALAU WUJUD BERJUTA PERBEZAAN
mardhotillah
sepatutnye kita mmg kene sedar yg masalah politik ni mmg tak dpt nak selesaikan. mmg patut jdkn turning point supaya kita suma bleh 'turn' n kembali blk pada Al-Quran n Sunnah.
ReplyDeleteMr Aku,
ReplyDeleteSebarkan. Penuhi alam ini dengan budaya toleransi dan damai
salam...
ReplyDeleteAsy Syuura:13.
Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang ad-deen apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah ad-deen dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik ad-deen yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada ad-deen itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada -Nya orang yang kembali (kepada-Nya).
Alhamdulillah...