Tawaran lumayan seperti itu sudah berjaya memerangkap tujuh pelabur malang yang berkongsi mengeluarkan modal terkumpul RM50,000.
Tujuan mereka ialah menjadi penama bagi seorang lelaki berusia 40-an untuk memindahkan wang dari satu akaun bank di Switzerland berjumlah RM2.8 bilion.
Wang itu dikatakan dari satu sumber haram dan disimpan dalam akaun atas nama lelaki terbabit.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amir berkata, lelaki itu yang mendakwa kerabat diraja bergelar 'Tengku', dikenali menerusi seorang rakan di Hatyai.(seterusnya...)
Bila aku terbaca berita ini, aku gelak tak henti-henti, bukan apa pelik kenapa susah-susah sampai ke Hatyai kemudian akhirnya kena tipu, Melayu oh Melayu.......Kenapa la bijak sangat? Aku rasa tak perlu sampai ke Hatyai kalau nak kaya, aku duduk kat Malaysia pun boleh dapat USD256,000,000. Heh. Kenapa, tak percaya?
Ini diantara hasil 'research' aku, tentang online business dan internet game maka respon yang aku dapat berlambak-lambak e-mail dari bermacam-macam syarikat luar dan dalam negara yang meng'offer' aku dengan berbagai kaedah untuk jadi kaya. Dan salah satu yang paling menarik(seperti yang aku tunjukkan dalam gambar). USD256,000,000!!! Kenapa tak percaya juga? Orang yang paling bodoh dalam galaksi ini pun tidak akan percaya.
Tapi yang menyedihkan aku, masih ada yang mahukan duit tersebut yang mana perlu membayar USD15(wang proses). Manusia-manusia terus pengsan kalau tengok duit, ada yang lebih beharga di dunia ini sahabatku..................memiliki "Cinta Allah".
Manusia memang mudah lupa dan perlu sentiasa diingatkan agar tidak mudah terlupa.
ReplyDeleteIslam itu mulia dan kita akan mulia dengan Islam
ReplyDeletebila Islam tidak diletakkan dalam diri yang bernama 'MELAYU', maka hilangkan kemuliaan bangsa yang bernama 'MELAYU'
MELAYU kian LAYU dan MELAYU...
memang sunnah kot...melayu mudah di tipu..hehehe
ReplyDeleteduit bukanlah segalanya.. tapi segala-galanya memerlukan duit.. kannns
ReplyDeletemasih ramai yang nak jadi jutawan segera :( bila ketamakan menjadi raja, akal pun hilang suara!
ReplyDeletetak pernah percaya dgn benda mcm ni... kalaupun betul, malas nak terjebak... asal cukup makan, pakai... alhamdulillah... takut bila kaya, lupa segalanya...
ReplyDeleteni cuma kes nak kaya segera!
ReplyDeletemata dah dikaburi dengan wang yang tak kemana nye nanti...tapi mungkin ada diantara mereka yang betul diuji dengan niat yang betul..kita tak tahu...dan ini bagi pengajaran untuk kita semua..dah banyak kali jadi pun ada lagi yang jadi mangsa....
ReplyDeleteMemang melayu itu mudah benar ditipu..
ReplyDeleteSeakan sudah menjadi lumrah resam yang dijunjung..
Mudah benar menjadi mangsa..
Jangan salahkan sesiapa sebaliknya tudinglah jari haloba itu pada diri sendiri..
Tak kenal erti serik walaupun sedia terhidang tauladan di depan mata.. Cuma itu sahaja yang layak dipuji..!! (Puji ke tu?.. kehkehkeh..)
Tie memang tak faham lah. Mereka ni tak guna akal langsung (kasar ke bunyinya?) . Tak ada siapa pun nak bagi kita kemewahan senang2 tanpa usaha keras. Rasa nak ketawa pun ada...
ReplyDeleteIf you use your reason guided with true knowledge, IA. It saves us from being ignorance.
ReplyDeleteKesian mereka..
TQ for visiting my blog.
Itu la manusia kan?
ReplyDeletePasal duit...semua berebut~
a'ah...duit bukan leh bawak g mati pun kan... huhuhuhuhu....
ReplyDeleteo ye.. thanx 4 da bday wish ek... awk pun tua jgk..hahahaha...
salam bro...biase la tu..sume nk cpt kaya..sy ni jenuh dg org ajak msk mcm2..dulu lg hebat..saham internet..tp sy ade terjebak gak...hehe..merasa la gak duit tu...tp hasil duit tu dri mane x tau la..mgkin dia rolling duit org...duit haram kut...
ReplyDeleteSalam Ziarah,
ReplyDeletePower juga blog tuan, Insya Allah akan saya pautkan dalam blog saya...terima kasih atas ziarah ukhuwah tuan ke blog saya cuma ingatkan tuan kan komen panjang tapi tak sangka tuan komen hanya tiga huruf tapiu kira ok la tu...
thx!
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ReplyDeleteNur Aflah, Al Israa':41. Dan sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran).
Maka kita ingatkan mereka dengan Al-Quran.
USTAZAH-ENGINEER, namun jangan cepat mengalah melayuku, 'melayu' kalau dalam bahasa jawa bermaksud pindah atau hijrah(kalau tak percaya tanya en_me), maka Melayu hari ini harus pindah/hijrah dari bathil kearah yang haq.
Nazirul Mubin, selamatkan sahabatku Melayu ini dengan kebenaran Islam.
en_me, iya aku akui, namun biar duit yang jadi hamba kita bukan kita yang jadi hamba duit....
erisya nor, sudah namanya manusia sahabatku, takkan pernah puas dengan dunia, tanamkan pada diri generasi akan datang bahwa ada yang lebih penting.......mencari cinta Illahi.
ku tak sempurna, kaya tak salah yang salah kita, kerna kita menyalah gunakan kekayaan.....heh
INTAN RH, he he he, nanti akhirnya kayap.....heh
Anonymous, segala2 yang hendak dilakukan haruslah dilandasi dengan ilmu sahabatku, waima dengan niat yang baik, kuasai ilmu dahulu......
Cerpelai, wah bagus sungguh kata2 pujianmu....he he he, tapi aku akui memang bangsa ini begini dan aku akan pastikan bangsa ini kembali sedar........sedar kita masih bermimpi.....
Tie, yup kak tie, macam yang aku biasa cakap dan ulang-ulang, modal kecil maka untung kecil maka risiko kecil, kalau nak untung besar modalnya besar maka risiko pun besar.......pastikan melakukan apa sahaja dengan ilmu.......
[amiiChan], welcome to kakisyurga my dear, I hope our Malays back to Quran and our prophet's sunnah.....amin.
ZARA 札拉 [사랑해~], duit sagala-galanya sahabatku, nak berjuang menegakkan Islam pun kena ada duit.....he he he......dan diri.....heh
nuyui, huish.....kalau takde duit susah jugak kalau nak mati, nak beli kain kapan pakai aper? he he he......"slamat tua yer awak".....heh
Unrestmind, he he he, ko pun terjebak ker bro? aduis....... jangan buat lagi, kesian kat orang lain bro........
perfectwater75 wakaka aku dah tak tau nak komen sebab bercampur aduk perasaan biler bacer n3 ko......but, welcome to kakisyurga, ......teruskan mengungkap kebenaran......
mardhotillah...
Manusia bukan sahaja jahil bila disogok dengan wang malahan sanggup menjadi hamba wang juga. Lagi maju kehadapan lagi berkantung-kantung jahilnya. Ingatlah nasihat dalam AQ dan Sunnah menjadi penyelamat dari dunia kejahilan
ReplyDeleteye.. ada yang lebih berharga untuk dihargai... kelak mereka akan mengetahui...
ReplyDelete~tak akan sama menghargai sesuatu yang berharga dengan tidak menghargai sesuatu yang berharga~
salam...
ReplyDeleteada yang lebih beharga di dunia ini sahabatku..................memiliki "Cinta Allah".
Alhamdulillah...