Feb 10, 2009

PASTI MENANG


Dalam lingkungan kehidupan ini bukan mudah untuk memuaskan hati setiap orang, pelbagai perangai, pendapat dan prinsip, namun adakalanya perlu diperjelaskan pada mereka walaupun perkara itu bukan mudah untuk diterima. Manusia kini bijak dan bajik, namun kebijaksanaannya adakala menjerumuskan kepada kehancuran. Peringatan yang diberi masih tidak berupaya mengubah pandangan manusia.


Semuanya melaungkan dan menyatakan mahu membuat kebaikkan, memandang manusia lain yang berlainan pendapat dan pegangan seperti sampah, perlu dilupuskan segera, makin dibiar makin sesak hidungnya. Bila yang berlawanan melakukan kesilapan maka dicananglah bagai dirinya maksum tidak pernah melakukan dosa.


SEDIH DAN AMAT KECEWA. Melihat bangsa Melayu 'Islam' yang hari ini lupa diri. Kesilapan demi kesilapan masih tidak mampu memandaikan orang Melayu yang kini makin dikuda dan dikastakan, siapa yang melakukannya? Orang Melayu itu sendiri, yang dendamnya lebih dalam dari soal kemanusian, yang kuasa dan harta lebih bernilai dari memartabatkan bangsa, yang partinya lebih berkuasa dari yang Maha Esa.


Aku biasa dan amat biasa berjumpa dengan golongan yang dimulutnya berapi-rapi menyatakan mahu mendaulatkan bangsa ini namun akhirnya menyatakan 'andai aku mampu'. Kebanyakkan halangan berpunca dari harta dan tanggungjawab terhadap keluarga. Dahulu yang namanya Muhammad tidak makan? tidak berkeluarga?


Pengorbanan bukan sekadar bercerita di mimbar, berceramah di surau-surau malah lebih lagi. Perlu ada usaha gigih dan pengorbanan yang besar dan semua itu kerana mengejar keredhaan Allah, tiada cinta tanpa pengorbanan.


Jika dengan pergi dari rumah ke rumah bercerita tentang sirah nabi mampu merahmatkan alam maka silakan, jika dengan berpolitik mampu merahmatkan alam silakan, jika dengan ekonomi dan pendidikan mampu merahmatkan alam maka silakan. Tapi perlu ingat kata junjungan besar kita Muhammad saw bahwa "Setiap perbuatan yang baik harus didasari di dalamnya dengan, dengan nama Allah jika tidak tertolaklah ia".


Yang sedikit pasti menang. :-) Chayook....


Ps:- Superb trimas pada sahabat aku Wira dan en XZ, aku nak nangis, tq korang....... makasih daun keladi..... keh keh keh

4 comments:

  1. tq pendekar mengingatkan..biar la kita dalam golongan yang sedikit tu...cinta itu perlu pengorbanan

    ReplyDelete
  2. salam,
    sekadar pendapat...

    Bila berbicara tentang islam dan toleransi, banyak perkara yang perlu kita tolerate di sini. Islam ertinya menyerah kepada kebenaran. Islam juga boleh didefinasikan dengan mental attitude. Saya setuju dengan pendapat seorang tokoh, dari segi anatomi bahasa, antara islam dan Islam kebelakangan ini menjadi sesuatu yang berbeza. Islam dengan huruf 'i' dimiliki oleh seluruh manusia yang beragama. Sedangkan Islam dengan 'I' hanya dimiliki oleh orang yang beragama Islam.

    Apa yang berlaku, kita lebih banyak mendalami Islam, sedangkan islam itu yang harus kita dalami. Sebab, jika Islam sahaja yang kita dalami, makanya jiwa toleransi kita mejadi minimal. Tetapi kalau islam menjadi satu mental attitude, maka kita semua menjadi umat yang satu. Umat manusia yang memiliki satu hak yang harus ditegakkan, yang namanya hak asasi.

    Ada benarnya dalam pendapatnya itu. Seperti Nabi Muhammad yang membawa islam, ajaran Ilahi, Nabi Musa juga membawa islam, Nabi Isa juga membawa islam, Ibrahim, Adam sekalipun. Semua membawa ajaran yang sama. Dan ajaran itu merahmatkan sekelian alam. Seluruh umat manusia bersatu di bawah naungan yang sama dengan fahaman yang sama.

    Tetapi bila manusia itu mula lupa, lalu mula ingkar, lalu mula keluar dari frame islam itu, maka terjadilah banyak fahaman yang berbeza. Maka mulalah Yahudi menyeleweng ajaran yang dibawa Musa, Nasrani mula memversi-versikan kitab yang stu yang dibawa Isa. Dan kita Islam? Bagaimana pula?

    Perlukah kita yang diberi satu kitab, wahyu Tuhan yang sama, diwariskan oleh Muhammad untuk kita, mem"banyak"kan Islam itu melalui pendapat atau fahaman yang berbeza-beza?

    Selebihnya, baca, perhatikan, fikirkan.

    ReplyDelete
  3. buat je keje....nk bg koment pun hnya komen jew la huhu...

    ReplyDelete
  4. salam...
    apabila berbeza pendapat...
    rujukkan kita ialah Al-quran...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete