Oct 29, 2009

BECAK

22 Ada orang suka menari, melukis dan bermacam-macam lagi, tapi aku suka menulis, dan bila ada wadah seperti blog ini membuatkan aku rasa seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Sedar tak sedar sudah bertahun aku merapu dekat sini. Menulis menyebabkan aku terpaksa mencari lebih banyak ilmu, terpaksa membaca artikel dan buku, dan menulis juga salah satu terapi untuk aku menghilangkan stress. Dalam penulisan pula aku lebih suka mencoretkan apa yang ada dalam benakku dan dengan gaya yang bersahaja kerana itulah peribadi aku, maka banyak protokol penulisan aku langgar, hoh oh oho hoo.


Pernah seorang sahabat menyuruh aku pergi ke kelas penulisan, maka aku jawab dengan pertanyaan, “Untuk apa?”, kerana dulu guru Bahasa Melayu aku dah cukup banyak mengajar tentang tulisan. Kacamata kita adakala berbeza, aku melihat penulisan salah satu bentuk seni. Adakala tulisan boleh merembiskan banyak makna. Maka aku persetankan apa juga pendapat negatif yang aku terima, bukan menyombong diri, kerana bagi aku ramai yang mampu menulis dengan lebih baik, dengan penyusunan kata-kata yang amat indah, dan oleh kerana dah terlalu ramai yang cerdik pandai, apa salah ada seorang yang bodoh seperti aku menulis, hahahahah ha.


Dan ada jua yang menanyakan bila masa aku menulis? Maka jawapannya bila aku rasa aku nak menulis aku akan menulis. Kadang-kadang sedang duduk menunggu dalam Tesco pun aku menulis, dalam jamban paling banyak datang idea dan paling best menulis lepas bangun tidor sebab masa tu tengah mamai, maka lebih mudah untuk aku merepek(dengan air liur melekat kat pipi, wagh ha ha ahhaha).


Dalam menulis sajak pula, memang sejak dahulu lagi aku suka mengarang sajak, entah, banyak pula idea dalam kepala, dan kalau aku tak keluarkan aku boleh mereng jap, bila dah keluarkan perkataan-perkataan dalam kepala aku maka datang sedikit kelegaan, yang paling best bila apa yang aku maksudkan difahami dengan macam-macam maksud oleh orang lain. Pernah dahulu aku hadiahkan seseorang sebuah sajak kisah seorang hamba Allah yang aku ambil dari surat Yasin, tapi bagi dia aku menulis sajak cinta, ceh! Lari jauh betul.


Maka sahabatku, buat apa yang kau suka, kerana aku berbuat apa yang aku suka. Setiap individu ada pandangan dan prinsip masing-masing, punya cara berfikir yang berbeda, maka jangan salahkan orang lain jika pandangan kita tidak sama atau kita menganggap pandangan mereka salah, biarkan. Yang benar-benar tahu siapa salah atau betul itu cuma Tuhan dan kita bukan Tuhan…………

3 comments:

  1. Salam,
    Bagi abah menulis adalah luahan hati...

    ReplyDelete
  2. saya pun suka menulis, tapi tak rajin je... hohoho!

    ReplyDelete
  3. salam...

    "aku menulis, bukan kerna nama"...-ramli sarip-

    tetapi nak wat apa2 pun kena baca dengan nama...

    iaitu,

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

    ReplyDelete