Aug 19, 2010

MEMORI


Lalu ditegakkan tangannya sambil berbaring, sikunya berlabuh dilantai, aku dan anak-anaknya terkebil-kebil memandang.

"Prak, prak, rooom", "Pokok dah tumbang", ujar Pak Cu, sambil tangannya perlahan-lahan longlai rebah ke lantai, begitulah hampir setiap hari sebelum waktu tidur, hiburan Pak Cu untuk anak-anak, kerana pada ketika itu aku dan sepupuku masih belum mengenal apa itu tv atau radio.

Itulah Pak Cu, adik kepada arwah mama, yang banyak membantu dan memberi kata-kata semangat pada mama, terutamanya saat hampir sepuluh tahun mama ditinggalkan oleh sang suaminya.

Dan kini, Pak Cu sudah tua, kerna itu fitrah manusia, yang akan tinggal cuma kenangan. :p

No comments:

Post a Comment